Sunday, April 24, 2016

KELEBIHAN BERTOLAK ANSUR DALAM HAL JUAL BELI

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: al-Bukhari
Hadith: 
Daripada Jabir RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Allah memberi rahmat kepada orang yang bermurah hati ketika berjual beli dan ketika meminta haknya”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari)
Huraian Hadith: 
  1. Allah memberi rahmat kepada mereka yang suka bertolak-ansur dalam semua perkara terutama dalam berjual beli.
  2. Berlemah lembut, bermanis muka dan berlebih kurang semasa menagih hutang adalah antara sifat yang dipuji oleh Islam.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Wednesday, April 6, 2016

KELEBIHAN SOLAT FARDHU ASAR DAN SUBUH

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: Muslim
Hadith: 
Daripada Abu Zuhair iaitu Umarah binti Ruwaibah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidak masuk neraka seseorang yang sembahyang sebelum terbit matahari dan juga sebelum terbenamnya, iaitu sembahyang subuh dan sembahyang asar”.
(Hadith Riwayat Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Kelebihan sembahyang asar dan sembahyang subuh, kerana kedua-dua waktu ini paling sukar dilakukan, kerana subuh waktu sedang banyak tidur. Manakala waktu asar sedang leka bekerja, oleh itu jika dua waktu ini dapat dijaga maka menjaga yang lainnya lebih mudah.
  2. Di antara amalan yang dapat menjamin seseorang masuk syurga ialah dengan mendirikan sembahyang fardhu semuanya, lebih-lebih lagi mereka dapat mendirikan sembahyang subuh dan asar dengan sempurna.
  3. Setiap amal ibadat yang dilakukan oleh seseorang hendaklah dengan niat yang ikhlas nescaya Allah SWT akan membalasnya dengan pahala dan syurga.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin