Tuesday, June 21, 2016

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Assalaamualaikum wbt,


Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
Huraian Hadith :
  1. Ramadhan merupakan bulan yang paling banyak mempunyai kelebihannya bagi orang yang berpuasa, antaranya ialah :
    1. Semua pintu syurga dibuka dan orang yang telah meninggal dunia dihentikan azab mereka buat sementara.
    2. Pintu-pintu neraka pula ditutup, oleh itu orang yang mati dibulan puasa terlepas daripada azab kubur.
    3. Pada bulan puasa juga dirantai serta dibelenggu syaitan dan iblis daripada mengganggu dan menggoda orang yang berpuasa.
  2. Digalakkan oran yang berpuasa agar berlumba-lumba membuat kebajikan dan kebaikan, kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang berganda-ganda.
Sumber :
  Kitab Riyadhus Salihin

Friday, June 17, 2016

MIMPI MELIHAT RASULULLAH SAW

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang bermimpi melihat aku sesungguhnya ia akan melihat aku di waktu jaga atau seolah-olah ia melihat aku semasa jaga, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupaiku”. (Syaitan tidak dapat menjelma seperti Baginda Rasulullah SAW).
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith: 
  1. Setiap orang Islam yang bermimpi melihat Rasulullah SAW semasa tidurnya dia akan melihat Junjungan semasa di hari kiamat dan ini adalah berita baik bagi yang bermimpi.
  2. Syaitan dan iblis tidak akan dapat menyerupai para nabi dan rasul sama ada ketika jaga mahupun di dalam tidurnya (mimpinya).
                
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin