Monday, October 31, 2016

RUMAHKU SYURGAKU - SAYUR-SAYURAN (BAB 12)

Assalaamualaikum wbt,

Antara bulan Mei hingga November 2015....sempat jugaklah aku berjinak-jinak dengan pokok sayuran seperti kailan, kangkung, terung dan bendir....cabaran utama untuk menyiram pokok dua kali sehari...pagi dan petang....tapi aku gagahkan jugak.


ANAK KAILAN
ANAK KANGKUNG
POKOK BENDIR
POKOK TERUNG
CILI API

Selepas beberapa lama , akhirnya merasalah jugak hasil sayur tanaman ini walaupun tidak sesubur yang beli di pasar , tetapi satu kepuasan ni yang bestnya...

HASIL KANGKUNG TANPA BAJA KIMIA
KAILAN DEWASA
KAILAN GORENG
SIAP UNTUK HIDANGAN

Sepanjang musim tanaman tu, puaslah makan terung, kailan dan cili api...sekarang ni tengah rehat dari tanaman sayuran dan sedang sibuk mengerjakan kebun luar pagar,,,,nangka, jambu batu, nenas, serai dan macam2 lagi termasuk pokok anggur. Tunggu next entry.

Tuesday, October 25, 2016

SEBENAR - BENAR JIHAD

Assalaamualaikum wbt,


Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, seorang lelaki bertanya : wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling utama? jawab Baginda SAW, “Iaitu orang Mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri di jalan Allah”. Lelaki itu bertanya lagi “Selepas itu siapakah lagi? “Baginda menjawab, “yang mengasingkan dirinya di lereng-lereng bukit untuk beribadat kepada tuhan-Nya. Dalam satu riwayat yang lain iaitu orang yang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan diri) daripada orang yang melakukan kejahatannya.(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith :
  1. Sebenar-benar jihad ialah orang yang sentiasa berusaha memperbaiki dirinya untuk bertaqwa kepada Allah SWT serta membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai-Nya.
  2. Islam menuntut umatnya menyeru ke arah kebaikan dan menentang kemungkaran.
Sumber :Kitab Riyadhus Salihin

Friday, October 21, 2016

AMALKAN SIFAT LEMAH LEMBUT

Assalaamualaikum wbt,

Daripada Aishah RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya Allah bersifat lemah-lembut dan berlemah-lembut dalam semua perkara.”(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
Huraian Hadith :
Hadith ini menggalakkan kita bersikap lemah-lembut dan bersantun dalam semua perkara, kerana sikap itu boleh menimbulkan rasa kasih sayang dan bersatu-padu. 
Sumber :
Kitab Riyadhus Salihin 

Monday, October 17, 2016

RINDU TURKI ....RINDU ISTANBUL

Assalaamualaikum wbt,

Rindu pada Makkah dan Madinah memang tak pernah hilang sejak Umrah dan Ziarah Bursa @Istanbul Feb 2014....masih mengharap giliran haji diawalkan pada atau sebelum 2024....

Sejak beberapa minggu lepas....datang pulak rindu pada Istanbul....kenangan Januari 2014 tidak pernah padam dari ingatan....aduh.....

KENANGAN ' BOAT CRUISE'  DI SELAT BOSPHORUS JAN 2014

AKU DAN WIFE DI MASJID BIRU DAN HAGIA SOPHIA
AKU DAN MASJID BIRU@MASJID SULTAN AHMED JAN 2014

"Ya Allah Kau murahkan rezeki aku ke sini lagi". In Shaa Allah. Aamiin....Aamiin .....Aamiin


Wednesday, October 5, 2016

DIHARAMKAN BERSIFAT SOMBONG DAN BANGGA DIRI

Assalaamualaikum wbt,


Daripada Abu Said al-Khudri RA daripada Rasulullah SAW sabdanya, “Syurga dan Neraka berbantahan. Neraka berkata, “Didalamku adalah orang-orang yang gagah dan orang yang sombong.” Syurga pula berkata, “Didalamku adalah orang yang lemah dan golongan miskin.” Maka Allah memberi keputusan di antara keduanya, dengan firman-Nya “Sesungguhnya engkau syurga rahmat-Ku, dengan engkaulah aku memberi rahmat kepada sesiapa sahaja yang aku kehendaki, dan sesungguhnya engkau neraka adalah sebagai azabku yang dengan kamulah aku menyeksa sesiapa sahaja yang aku kehendaki. Bagi kedua kamu akan Aku penuhkan isinya.”(Hadith Riwayat Muslim).

Huraian Hadith :
  1. Hadith ini memberi peringatan dan amaran terhadap orang yang takbur. Dan Allah akan memilih di kalangan manusia yang akan memenuhi syurga-Nya dan neraka-Nya.
  2. Syurga adalah tempat orang-orang yang hidup mereka sentiasa pemurah dan orang-orang yang beriman sekalipun miskin dan kurang berupaya.
  3. Neraka adalah tempat orang-orang yang mencari kekayaan dengan merasa tenaga orang lain dan bersikap sombong kepada Allah dan manusia.
  4. Kekayaan yang diperolehi dengan cara yang baik adalah dituntut oleh Islam dan dikehendaki menggunakannya dengan cara yang baik.
Sumber :Kitab Riyadhus Salihin