Wednesday, October 24, 2018

KEBENARAN ITU ADALAH KETENANGAN

Assalaamualaikum wbt,


Daripada Abi Muhammad Al Hasan bin Ali bin Abi Talib RA katanya : Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW : "Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu kerana kebenaran/kejujuran itu ketenangan dan sifat dusta itu mendatangkan keraguan.
(Hadith Sahih riwayat At-Tirmizi, No.Hadith : 2518)

Matan hadith :
عَنْ أَبِي محمد الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّبن أبي طالب رضي الله عنهما قَالَ :حَفِظْتُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  :دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ فَإِنَّ الصِّدْقَ طُمَأْنِينَةٌ وَإِنَّ الْكَذِبَ رِيبَةٌ
]جامع الترمذي ,كِتَاب صِفَةِ الْقِيَامَةِ وَالرَّقَائِقِ وَالْوَرَعِ , بَاب60  ,حديث رقم 2518[
Pengajaran Hadith :
  1. Maksud perkataan الريبة adalah meninggalkan apa yang mendatangkan syak (keraguan) dalam hati pada sesuatu perkara dan berpegang kepada sesuatu yang tidak mendatangkan syak (keraguan) pada perkara tersebut.
  2. Galakan untuk bersifat benar kerana itu adalah sumber kepada kebaikan dan peringatan untuk menjauhi sifat dusta kerana itu adalah punca bagi setiap keburukan.
  3. Hendaklah seseorang itu menjauhi perkara yang mendatangkan syubhah (keraguan) kepadanya dan berpegang kepada perkara yang jelas lagi nyata kerana sesiapa yang menjauhi perkara syubhah maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Sebaliknya sesiapa yang terjatuh dalam perkara syubhah, maka dia telah jatuh dalam perkara yang haram.
Sumber rujukan :
1. Kitab Jami’ At-Tirmizi
2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyadus S

Sunday, August 12, 2018

REHAT 5 BULAN - KECEDERAAN BAHU

Assalaamualaikum wbt,

Mohon maaf pada semua pembaca , aku rehat 5 bulan akibat kecederaan bahu sejak 27 Feb dan pembedahan bahu dilakukan pada 20 Mac 2018. 
(A bone spur (osteophyte) is a bony growth formed on normal bone. ... It's usually smooth, but it can cause wear and tear or pain if it presses or rubs on other bones or soft tissues such as ligaments, tendons, or nerves in the body. Common places for bone spurs include the spine, shoulders, hands, hips, knees, and feet. )

KETIKA DOKTOR PAKAR TERANGKAN KECEDERAAN TERSEBUT

Mengikut kata doktor pakar tulang bahu memanjang dan menghimpit tendon.....atau rotator cuff....aku bukan faham sangat istilah doktor ni......kalau ada yang silap mohon maaf sesangat...


Macam biasalah,  bila dah sakit ni.....cuti lama dan akibatnya minat menulis di blog pun sentap.....sibuk dengan WA ....dengan kerja ofis dan kesan dari kecederaan ini ego pun sentap dan kesan psikologi memang amat ketara sesangat.

HARI KEDUA SELEPAS PEMBEDAHAN

Proses yang begitu lama, tunggu nak buka jahit dan buat fisioterafi....diam tak diam sudah masuk bulan ke lima....bahu semakin baik dan banyak perubahan...

SELEPAS JAHITAN DI BUKAK

BENANG2 JAHITAN
Alhamdulillah keadaan bahu semakin baik setiap kali buat fisio dan dijangka pulih sepenuhnya Disember 2018. In Shaa Allah.

Thursday, March 15, 2018

BERISTIGHFAR DAN BERTAUBAT DARIPADA DOSA

Assalaamualaikum wbt,

Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdul Rahman dengan berkata, telah berkata Abu Hurairah RA : Saya telah  mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada tujuh puluh kali." (Hadith riwayat Al-Bukhari, No. Hadith : 6307)

Pengajaran Hadith :
  1. Asal perkataan غفر adalah  ستر bermaksud menutup atau melindungi daripada dosa. Manakala mengucapkan istighfar adalah memohon keampunan dan pembebasan daripada dosa-dosa.
  2. Walaupun Rasulullah SAW adalah insan yang ma’sum (diampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang) Baginda senantiasa memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT sekurang-kurangnya sebanyak 70 kali setiap hari.
  3. Sebagai umat Baginda yang tidak sunyi daripada melakukan dosa sewajarnya sentiasa lebih banyak memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT pada setiap masa.
Sumber rujukan :
1. Kitab Sahih Al-Bukhari
2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riayadus Salihin