Wednesday, March 16, 2011

KEINDAHAN PADANG GOLF DI MARAN DAN MENIKMATI KEBESARAN ALLAH

As Salam,

Bagi sesetengah golfers menikmati keindahan padang golf adalah sesuatu yang perlu terutamanya jika pemandangannya begitu cantik. Awal bulan Februari lalu, kami di sini selepas pulang dari berkursus di Kuantan.....padang golfnya masih tidak disenggara dengan baik (masalah bajet kata salah seorang AJK yang kami terjumpa) tetapi pemandangannya begitu mengasyikkan....cantik....

 Aku paling suka view ni di Maran Hill Golf Club

Taj, Eijat, Zool dan Aku....
semua dah hampir jadi golfers tegar...kulit bertambah gelap

Secara keseluruhan menarik main golf di sini, cuaca memang panas terik, kulit cepat berbelang.  Kekadang fairway dan green di sini  mengelirukan dan membuat golfers seperti kami 'panas hati' dan angin satu badan hinggakan menggelar kelab Golf Maran ini sebagai 'BARAN' ... 
 
Apa pun semua golfers dimintak menjaga tutur kata di sini, maki hamun amat dilarang kerana di sini agak 'k_ _ _ s' dan banyak 'makhluk  lain' yang sama tumpang nak main bola golf kita......hehehehe..... tak boleh terlalu percaya tapi kena akur kewujudan mereka....
(p/s satu bola golf aku hilang sebelum  aku dan kawan2 berhenti untuk solat Jumaat..bola tu aku jumpa semula hari Ahad petang....aku tersenyum ajer.....ada 'kawan2' nak tumpang main bola golf....hehehe

1 comment:

Unknown said...

hahha...sabar la bro..ade la tu dah siap kayu golf tapi xde bolanya...mujur die pulangkan kat situ gak..kalau tibe2 die pulang kat rumah bro...siap by hand lagi teruk.just kidding je...sy anak felda