As Salam,
Aku bekerja dengan GLC yang mempunyai lebih 24 ribu orang pekerja, masing2 ada internet line free, ada masa tertentu boleh FB dan kalau nak berblog pun boleh. Satu ketika dulu kami ada lebih 45% staff yang berumur antara 40 hingga 55 tahun dan selebihnya di bawah 40 tahun. Sekarang bilangan staff yang berumur 30 ke bawah semakin ramai dan semua mereka membesar dengan sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang terkini dan canggih.
Syarikat telah mengeluarkan arahan dan panduan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh ketika mengeluarkan hujah2 dalam laman sosial dan elakkan mengeluarkan pendapat yang berkait dengan polisi dan perkembangan berkaitan Syarikat.
Biasalah di alam pekerjaan bukan semuanya indah, kekadang bila tak puas hati dengan boss dan rakan sekerja, maka laman sosial seperti FB dan Twitter jadi medan untuk mereka meluahkan rasa kecewa, tak puas hati dan marah.....bila dah marah tidak mustahil kekadang kita terlupa dan secara tak sengaja mengeluarkan apa yang berlaku dalam unit, bahagian dan sekali gus nama Syarikat akan terbabit....Yang paling Syarikat takut jika ada maklumat dan rahsia terlepas ke pesaing atau orang berkepentingan untuk mendapatkan projek dan tender dari Syarikat.
Setakat ini belum ada staff yang kena tindakan disiplin sebegini, bagus jugak pihak Syarikat mengeluarkan arahan dan panduan laman sosial. Aku tidak terkecuali menulis apa yang aku rasa tidak menepati apa yang aku rasa, tapi aku jelas dengan pendirian aku bahawa semua yang aku tulis adalah pendapat peribadi aku dan mengelak dari menulis berkaitan dengan Syarikat.
Jika ada yang tidak berpuas hati dengan Syarikat tempat aku bekerja berkaitan dengan talian telefon , internet atau apa saja perkhidmatan data elok terus berhubung dengan unit yang berkaitan, aku sendiri kekadang tidak dapat membantu kerana bidang tugas aku berkaitan dengan pentadbiran, Sumber Manusia dan OSH. Namun begitu , aku boleh membantu mencarikan nama unit dan bahagian yang boleh membantu jika ada masalah atau kemushkilan ( bukan semua ).
Apapun jika ada perkhidmatan kami yang terkurang atau kelemahan yang nyata tolong bagikan alamat, no kp, jenis masalah, no akaun dan aku akan majukan ke pihak yang berkaitan untuk tolong selesaikan masalah tersebut. Kekadang ia akan mengambil masa yang singkat dan ada yang lama, bergantung kepada jenis kes.
No comments:
Post a Comment