Thursday, March 24, 2011

MENJEJAKI TEMPAT LAHIR, RUMAH LAMA DAN PADANG PERMAINAN - PART 1

Salam,

Walaupun emak, abah , atuk dan nenek aku asal dari Melaka.  Aku dah jadi orang Selangor berdarah Melaka. 2 Ogos 1963 aku dilahirkan di Hospital Assunta, Petaling Jaya , hari Jumaat jam 2.30 petang. Orang tua2 kata siapa yang lahir petang degil, betul agaknya telahan orang2 tua. Ada jugak orang kata siapa lahir hari Jumaat istimewa...betul ker....

Ni dia hospital tu sekarang ( 2011). Dulu kecik ajer hospital ini.  Sekarang moden dan tersergam indah.
2011, Hospital Assunta, dah moden hospital ini

Tahun 60an hingga 80a ini pintu masuk utama, 
skrg dah jadi  pintu keluar

Abah aku kerja dengan Petaling Jaya Authority ( PJA) sejak tahun 50an lagi, sekarang MBPJ dan dia (kami) dapat duduk kuarters kerajaan di Seksyen 8, P.Jaya  mula duduk sini sejak tahun 1952 lagi. Abah aku pencen tahun 1979 dan terus pulang ke Kg Batu Laut, Banting, Kuala Langat ( baca entri pasal Kg Batu Laut)

Aku dibesarkan di rumah ini 
sejak tahun 1963 hinggalah kami berpindah tahun 1979

Kami 7 beradik duduk rumah ini,  masuk abah dan emak 9 orang.  Rumah kecik 2 bilik dan satu bilik air.  Terlalu banyak kenangan duduk rumah ini.......


Aku tak boleh lupa nama jalan ni.

Banyak kenangan di jalan ini,  
tempat aku bermain-main kereta tolak masa kecik2
Kat madrasah ni aku sekolah ugama selama 6 tahun, 
dari tahun 1970 hingga 1975.

Dulu aku suka main kat longkang ni,  
tangkap anak ikan dan ikan keli. 
Habis satu badan bau air longkang....

Kawasan kedai runcit di mana aku 
selalu beli barang keperluan dan gula2 
dan bermain2 dengan kawan2 sebaya

Dulu kami panggil ini padang klinik sebab 
di dalam kawasan klinik, skrg dah jadi 
kawasan parking kereta Ibu Pejabat Balai Polis , 
Petaling Jaya ( kereta yang ada kes biasanya)

Ni aku panggil padang rumah dua tingkat sebab 
dekat dengan rumah kuarters dua tingkat

Aku panggil ini padang kedai atas- skrg 
dikenali dengan nama PJ 8

Dari rumah lama aku boleh nampak PJ Hilton,  
dulu Jaya Puri



Jugak boleh nampak New Town, 

kami panggil State sebab ada panggung 
nama State dulu,  dekat dengan Menara MBPJ sekarang.

Best dapat menjejaki rumah lama,  tempat lahir, tempat bermain masa kecik2 dulu, sekolah rendah dan sekolah menengah rendah.  Lepas ni sekolah aku pulak.

4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

Seronok dapat menatap tempat2 bersejarah kita

macam saya, kampung kelahiran dah jadi hutan, rumah.... lama dah roboh

Wassalam

ysa said...

Salam Ukhwah,
Oohh besar kat PJ.

Biar saya teka..sekolah kat La Salle PJ / Sultan Abd Samad /VI /St John??.

Saya dulu sekolah kat High School Setapak.

rosli said...

Hj Rozali,

Betul tu....kekadang tmpt bersejarah datangkan nostalgia kepada kita....rumah batu lambat sikit usang agaknya....hehehe.

rosli said...

YSA,

Salam perkenalan.....saya sekolah Rendah Bukit Bintang dan Menengah pun Bukit Bintang....tp lepas SRP terus ke Sekolah Teknik Cheras....

Jauh jugak you ke High Sc Setapak