Tuesday, March 29, 2011

SPM AKU TAHUN 1980 DAN SPM ANAK PEREMPUAN AKU TAHUN 2010

As Salam,

Aku amik SPM tahun 1980 dan 30 tahun kemudian , 2010 anak perempuan sulong aku, Nur Adiera Hanna pulak amik SPM.....keputusan SPM dah diumumkan minggu lepas,  kini  dia tunggu jawapan dari UPU, dan semua yang dia mohon dulu......

Ada kawan2 dia yang mohon masuk Institut Perguruan dan dah ada yang masuk IPTS.....actually dia dah dapat beberapa tawaran dari IPTS tapi aku belum bagi keputusan sebab masih menunggu tawaran IPTA dulu....dia sedikit down hari ini.......bila dapat tau beberapa kawan dah dapat masuk IPTS......aku boleh faham apa dia rasa sekarang......

Bagi keluarga yang berada dan banyak duit tidak ada masalah nak masukkan anak ke IPTS....aku dan wife berdoa permohonan anak aku ke IPTA atau UITM berjaya....

Masa nilah kesabaran dan ketabahan anak dan ibu bapa akan diuji kerana semua kawan2 dan sedara mara akan bertanya pasal anak masing2.......beberapa perkara penting aku dah suruh anak berusaha, redho, solat,  berdoa dan kena terima perancangan yang Allah dah aturkan untuk kita semua...

Perasaan 30 tahun dulu buat aku sedikit tidak keruan, kerana trend sekarang memang lain berbanding dulu.... Allah tempat aku mengadu susah dan senang sekarang...Ameen.

8 comments:

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

moga nur adiera hanna ditempatkan ipta yg baik masa kini dan baik masa akan datang

Wassalam

rezeki said...

salam rosli

insyallah, berdoa dan tawakkal

zaman kita dulu peluang nak melanjutkan pelajaran tak banyak berbanding hari ini

tapi kita tak tahu halatuju kehidupan kita yang dah tertulis , hanya Allah yg mengetahui , itulah saya dahulu dan sekarang apabila difikir2 kembali dgn mata hati, Allah dah menyediakan rezeki ku melalui cara yang lain rupanya.

kak su said...

Wa'alaikummussalam wbk...

Alhamdulillah..anak2 kita telah berjaya melepasi lagi satu ranjau dlm dunia persekolahan mereka....

Dalam memilih IPTS kena berhati2
pastikan ianya diiktiraf oleh pihak2 yg berwajib tau...

Poly pun tak kurang hebatnya...

Moga mereka akan mendapat peluang yg terbaik dlm meningkatkan ilmu mereka kan... Sesama lah kita berdoa ya...

Wslm.

rosli said...

Hj Rozali,

Insyallah, TK atas doa tersebut

rosli said...

CR,

Tk atas doa dan sokongan. Insyallah.
Betul tu bila kita tengok dengan mata hati memang nampak jelas apa yang Allah rancang untuk kita

rosli said...

Kak SU,

Tk atas doa dan sokongan. Betul tu, IPTS kita kena tgk pengiktirafan mereka dulu.

Buat masa ni nak cuba IPTA, UITM dulu. Tk atas cadangan yang bernas itu.

Imran Paris said...

As-salam En Rosli....insyaAllah dipermudahkanNya. TAHNIAH, tentu result anak En Rosli lebih baik dr zaman kita amik SPM dulu. Apapun sy doakan yg terbaik, yg penting jadi insan yg berguna dan cemerlang dunia akhirat....

rosli said...

HJ IP,

Insyallah result anak lebih baik berbanding result saya 30 tahun dulu, tp persaingan skrg lebih hebat. Sama2 kita doa untuk anak2 kita.Ameen