Monday, July 11, 2011

DI MANA KAU KASTURI.....? SEKADAR BERKONGSI RASA, EMOSI , HATI DAN PERASAAN

As  salam,

Aku memang banyak terpengaruh dengan citer lima sahabat ni.....kepada yang kata Hang Tuah hero Melayu....aku mintak maaf.....pada aku Hang Kasturi adalah hero Melayu,   aku masih lagi menjejaki buku Hikayat Sejarah Melayu asal tulisan Tun Sri Lanang di Red Spot,  perpustakaan UM....watak Hang Kasturi dan Hang Jebat sengaja dikatakan penderhaka.....

Aku masih ingat lagi bahawa dalam peperiksaan STPM tahun 1982 semua pelajar diminta menjawap mengikut sukatan buku teks STPM.....
1983 aku berjaya membaca buku asal sejarah Melayu yang telah diharamkan di Malaysia.....tahun 1982 ketika berhari raya di rumah seorang ustaz di Sg Kelambu , Banting aku berpeluang mendengar lagu 'Terang Bulan',  lagu sebelum Negara ku....lagu tersebut jugak telah diharamkan.....

Tahun 1983 aku banyak juga habiskan masa di Red Spot UM....yang paling best dapat baca buku perihal kehidupan peribadi Nabi Muhammad s.a.w sejak lahir hinggalah Baginda wafat..citer pasal awan, kambing, kehidupan seharian Baginda , perniagaan, ibadah Baginda dll

Kalaulah Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir , Hang Lekiu dan Hang Tuah masih hidup di zaman yang serba maju dan moden ini....sapalah yang akan jadi pengikut mereka ?  Hang Tuah moden memang ramai....mereka baik dengan Sultan dan Raja sebab nak pangkat Dato...Tun Mutahir, Raja Medeliar sentiasa ada tak kira zaman dulu2 or zaman sekarang...

Aku disogok dengan semangat Melayu sejak tahun 1982.....kekadang di ajar membenci bangsa lain.......perpecahan Melayu paling ketara selepas 1998.....hinggalah 9 Julai 2011.

Hujung Julai 2008 aku buat umrah dan 6 Ogos 2008 aku tiba semula ke tanahair aku Malaysia.....tak lama lagi genap 3 tahun aku buat umrah....kedamaian hati dan rindu pada Kaabah dan Masjid Nabawi buat aku mudah mengalirkan air mata.  Kini aku cari musuh2 lama aku dan aku bertegur sapa dengan mereka untuk berdamai....tinggal lagi seorang saja yang aku belum jumpa untuk mintak maaf.....masa akan tiba jugak...

Negara aku Malaysia semakin celaru....aku tak sure siapa yang benar......BN, PR...UMNO, DAP, PAS, PKR, MCA, MIC, SUPP, SNAP dan lain2 lagi.....aku tak berapa minat citer pasal politik...aku selesa sebagai pemerhati...

Rasanya macam nak cari kerja di Makkah or Madinah....damai, sayu, tenang....ibadah , semuanya.....aku rindu Baitullah, Makkah, Raudah, Nabawi dan tak lupa aku selesa di Ladang Khurma....buah kurma sedang mula matang dan masak sekarang.....

4 comments:

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

kita buat Qunut Nazilah
kerana Allah mengetahui masa kini dan masa akan dtg

http://atuk-phd.blogspot.com/2011/07/doa-qunut-nazilah-ditimpa-musibah.html

Wassalam

boxhousestudio said...

Assalamualaikum En Li

yes...BHS faham sangat fasa-fasa yang yang menimpa En Li....sabar na...


pada atuk PHD...BHS buat sama ya...Insya ALLAH...

rosli said...

Hj Rozali,

Insyallah

rosli said...

BHS,

Tk kerana memahami apa yang saya rasa. Bukan mudah setelah sekian lama saya disogok dengan hal dunia dan hal bangsa ni....mendekati Allah dan mendalami ilmu Allah cabaran baru bagi saya. Insyallah