Wednesday, July 20, 2011

TERMA PEJABAT - JOB PERSON MATCHING (PART2)

As Salam,
Masa belajar,  biasa kita pilih bidang yang kita suka dan boleh carry dan kekadang kita boleh score dan kekadang tak score. Ini biasa dan lumrah, kita enjoy dengan apa yang kita pilih dan kita akan usahakan

Bila masuk  alam pekerjaan, kita akan cari kerja yang stabil, tetap dan company besar dan selalu kaitkan dengan bidang pengajian kita semasa belajar dulu.  Bukan semua orang dapat bidang kerja yang cocok dengan masa belajar, kecuali yang belajar doktor, doktor gigi, jurutera, akauntan dan lain2 bidang yang professional, apa mereka belajar mereka dapat kerja yang sama....kecuali peratusan kecik yang beralih bidang.

Ada orang yang dapat kerja yang mereka suka dan buat kerja yang sama lebih 10 tahun,  dapat naik gred dan pangkat di tempat yang sama. Prestasi kerja mereka setiap tahun cemerlang, kebetulan pulak boss suka dan percaya dan sentiasa diperi pujian melangit. Untung orang sebegini....cuba lihat sekelililing kita dan tengok nasib kawan2 kita yang cemerlang, dah rezki mereka 

Ada pulak sesetengah orang kurang bernasib baik, mendapat prestasi kerja yang sederhana, adakala lemah dan sering bertukar unit, boss pulak tidak suka, kawan2 sepejabat pun tidak suka, akhirnya mencari jalan mudah dan mohon bertukar unit atau terus berhenti kerja dan ada yang berniaga dan ada yang menganggur secara terhormat. Sah ini satu kejadian yang berniat jahat dan menganiaya individu berkenaan.  Mana ada orang boleh buat kerja dengan cemerlang kalau seseorang itu ditempatkan yang dia tidak suka atau tak mampu nak buat. Sah Job Person Matching tidak brlaku di sini.....hehehe...Cuba lihat sekeliling kita....


Alangkah indahnya kalau dapat buat kerja yang kita suka dan selaras dengan kemahiran dan kemampuan kita....ini barulah dikatakan Job Person Matching yang betul dan tepat. 


Sepanjang 25 tahun bekerja....aku dah lalui Job Person Mathing...lebih kurang 3 kali sahaja, tahun 1987 hinga 1993,  1993 hingga 1996 dan tahun 2002 hingga 2004.  Lepas tu huru hara, buat kerja ikut suka....2004 hingga 2006....sebahagian sahaja, 2006 hinga 2007.... huru hara...2008 hingga sekarang....sebahagian sahaja...ada kemahiran yang aku suka tidak dapat digunakan sepenuhnya....aku redho dan masih berdoa, aku merancang dan dalam masa yang sama Allah merancang yang lebih baik untuk aku.....peluang di luar menanti, kemahiran ditagih....cumanya umur dan kesetiaaan aku masih ada lagi. Entahlah.....

No comments: