Sunday, July 3, 2011

ZIARAH KUBUR ABAH, IBU DAN ATUK NENEK

As Salam,

Dari kecik arwah abah dan ibu memang selalu bawak aku ziarah kubur atau dan nenek aku samada di Kg Batu laut, Kuala Langat  dan Kg Jeram Batu 18, Kuala Selangor.  Kini mereka berdua telah lama tiada  (arwah abah 1981 dan arwah ibu 1991).

 Pintu masuk kawasan perkuburan Kg Bt Laut
Setiap tahun sebelum bulan puasa aku akan cuba cari masa ziarah kubur mereka di Kg Batu Laut berhampiran Morib dan Tanjung Sepat....aku selalu pesan pada dua anak lelaki aku Danial dan Ammar...."jangan lupa ziarah kubur ayah bila ayah dah tiada nanti" ...seperti biasa Ammar sebak dan sedih...aku sangat faham perasaan Ammar selaku anak bongsu...

 Dah bersih dan lebih kemas, 
terima kasih kepada AJK Surau dan Kariah Batu Laut

23 Mei lalu aku dan famili aku  sempat singgah kubur ibu dan abah aku semasa dalam perjalanan ke Port Dickson. Moga roh arwah abah, ibu, bapa mertua ,abang , kakak , kakak ipar dan atuk nenek aku sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Ameen.

No comments: