Monday, July 25, 2011

TERMA PEJABAT - PART 3 (PERWATAKAN)

As Salam,
Bagi kita yang kerja pejabat atau makan gaji, kita menghabiskan masa begitu antara 6 hingga 8 jam di pejabat sehari dan kalau kita dah bekerja lebih 10 tahun kita dah jumpa berbagai ragam manusia dengan perwatakan masing2. Ini adalah pendapat peribadi aku sahaja . Antaranya adalah :
  • Kuat bekerja- ini jenis kerja kuat siang malam dan kekadang lupa nak balik rumah. Boss sayang pada orang sebegini tapi famili makan hati.
  • Kaki ampu/bodek- ini jenis kerja bodek dan bermuka2 depan boss,  boss yang tak cerdik biasa akan sayang orang begini.  Orang sebegini biasanya tak tenang di rumah dan sentiasa berfikir camana nak cari kesenangan cara senang.  Tiada kreativiti sebab minda dia dah 'rosak'
  • Kaki lawan - jenis yang tidak sebulu dengan rakan2 pejabat dan boss, habis semua orang dia nak lawan dan hentam Banyak idea tapi boss dan rakan sepejabat tak suka dia ni. Biasa dia ni tidak ramai kawan, semua orang nak jauhkan diri takut disamakan dengan perwatakan dia.
  • Kaki mengulau - biasa dia ni suka melencong, pergi shopping,  pergi minum separuh hari bekerja,  pergi curi2 main golf dan ada kes balik rumah tidor.  Biasa orang begini kena umpat di belakang kerana selalu tidak ada di pejabat atau di tempat bekerja
  • Slenga or tak ada perasaan- biasa orang begini dia pergi kerja balik kerja ajer, tak campur orang dan tak umpat orang, muka selamba ajer....macam orang tak ada perasaan.  Orang begini biasanya menjemukan dan tidak boleh dibawak berbincang sebab dia tak akan bagi idea or dia senyap ajer masa meeting atau perbincangan.
  • Mulut tempayan or kaki gosip - dia ni biasa  suka bawak cerita dan bercerita hal orang, senang citer suka mengumpat hal orang, tak boleh simpan rahsia dan suka cerita keburukan orang.  Biasa orang begini orang tak suka tapi dia tak tau orang tak suka dia, kalau kat rumah biasa dia akan senyap waktu dia tidur ajer itupun pun kalau dia tak bercakap masa tidur ! Lagi satu biasanya dia lupa orang pun mengata dia kat belakang....hehehe
  • Kaki glamour/Gila glamour- dia ni makan, pakai mesti nak yang berjenama,  bergaya sungguh.....biasa orang begini selalu tak cukup duit sebab selalu bergaya dari awal bulan. Yang best kalau duduk sebelah dia mesti sentiasa wangi.....dia guna perfume yang mahal2.....Dia suka dipuji selalu.
  • Kaki pendiam- dia susah nak kita baca,  dia pendiam mungkin dia ni bermadu samada isteri tua, tengah or isteri muda,  kalau lelaki dia ada lebih satu isteri sebab tak ada masa nak layan kawan2 pejabat sebab kepala dah berserabut dengan masalah anak2 dan isteri2, ada kes pendiam sebab tak cukup duit nak makan, ada kes perempuan yang belum berkahwin dia malu dan jadi pendiam,  lelaki pun begini jugak.....malu sebab tak cukup duit untuk meminang anak dara orangAda kes pendiam sebab berat mulut dan tak mau buat dosa mengata orang.....ada lagi banyak sebab yang aku tidak ketahui.
Ada banyak lagi perwatakan.....tunggu...

    6 comments:

    Naz Mohamed said...

    As Salam,

    Menarik jugak...tuan termasuk dlm kategori yang mana?

    aznaz said...

    salam dari makkah


    renung renungkan bersama...



    walsam

    rosli said...

    Ummufaiz,

    Saya berda di banyak ketegori sejak bekerja 25 tahun yg lalu....kecuali kaki bodek or kaki ampu or kaki kapur

    rosli said...

    CL,

    Yes, kita kena renung yang mana sesuai dengan diri kita

    ummu said...

    salam tuan
    kaki ampu tu yang menyampah sekali.rasanya kat mana2 tempat kerja,a ada orang begini,kan.takpelah, Allah nampak kan, hambaNya buat kerja ke tak.

    rosli said...

    Ummu,

    Di mana kita pergi kaki ampu akan ada saja, mereka ni macma pasit dan lalang yang sentiasa ampu utk kepentingan diri. Biar Allah balas atas siap mereka