Assalamualaikum wbt,
Setiap 4 tahun suasana begini pasti berlaku, bakal YB berjanji, semua parti politik berjanji...dianggarkan 3 bulan lagi ' Janji Manis Mu' akan berkumandang....insentif, kebajikan dan byk lagi.....letih di 'tipu' setiap 4 tahun......sama ajer BN ker PR ke .....contoh di Bandar Baru Bangi.....jalan berlubang dan rosak di zaman BN.....5 hingga 6 bulan baru nak tampal....di zaman PAS /PR.....8 bulan hingga 12 bulan baru tampal.....rim kereta dah bengkok baru nak tampal lubang jalan....
Dahan pokok, rumput dan lalang....tidak di cantas atau potong ikut jadual....
Petang tadi baru nampak jentera berat nak tampal jalan berlubang berhampiran tol Bangi...makna pilihanraya makin dekat.....
Pada YB dan parti pemerintah....cubalah buat kelainan bila memerintah.....cakap biar serupa bikin barulah rakyat respek dan hormat......
Rindukan kepimpinan YB Cikgu Jabar....ADUN Bebas Batu Laut , Banting dari tahun 1974 hingga 1986......lebih mudah berjumpa dengan YB Bebas....kalau tak percaya pergi tanya orang Kg Batu Laut, Kg Kundang, Kg Tanjung Sepat, Kg Tanjung Layang, Kg Indah dan rakyat sekitarnya......
9 comments:
No comments.
salam anaknda,
saya di Kedah pun masih ingat kat dia.......cikgu Jabar......ustaz Ismail Kassim kat kedah pun sama.....dalam keretanya ada cangkul.........dia tak segan silu mengcangkul di mana yang perlu.....even dalam sawah tolong orang
Salam Rosli
PRU 13 memang dah dekat..entah2 bulan 1..Wallahhu'alam.
Kerajaan BN pun janganlah ambik sambil lewa rintihan2 dan keluhan2 rakyat.
Pilihlah pemimpin2 yang lebih kaliber melayan rakyat.
Buruk baik ramai masih menyokong kerajaan..pembangkang semakin kuat tapi belum pasti dapat mentadbir negara lebih baik daripada kerajaan yang sedia ada.
Disitulah kerajaan masih diharapkan dapat memperbaiki mutu pemerintahan mereka.
Jangan angkuh dan janganlah mendabik dada..kesilapan2 dan kelemahan2 banyak telah dimaafkan rakyat.
Salam Tuan Rosli
Saya dulu duduk BBB dan selalu pergi Sg Merab, seberang Highway BBB tu. Dulu wakil rakyat BN ialah Sarip Jajang. Jalan depan rumah dia ada lobang besar, tapi berbulan atau bertahun saya lalu kat situ, lobang tu macam tu jugak tidak bertutup.
Itu wakil rakyat BN yang ada peruntukan. Bagi wakil rakyat PAS/PR yang tak ada peruntukan memanglah susah nak buat macam-macam di kawasannya. Terutama di Kelantan, peruntukan wajib kerajaan persekutuan utk setiap negeri memanglah ada tapi bilakah peruntukan itu diberi kepada kerajaan Kelantan? Jawabnya pada akhir tahun. Jadi pada awal tahun hingga bulan 10 dsb macam mana nak buat pembangunan ke dsb?
Salam Ayahanda,
Dah tak jumpa lagi wakil rakyat BEBAS yang disayangi rakyat sebegitu rupa skrg ni.....
Mamasita,
Hope mana2 kerajaan yang memerintah mesti ambil kira kebajikan rakyat
Hj Saad,
Jalan di area rumah YB Shariff Jajang tu makin besar.....tetapi overall masih byk lubang di jalan yang tidak ditampal segera.....itu yang saya mushkilkan.....
Hjh Zaleha,
Yes.....maaf tiada komen.....
Assalammualaikum. ingin dimaklumkan bahawa cikgu jabar telah kembali menemui Allah pada 1 november 2014. alfatihah
saya anaknya siti zurul ain abd jabar
Post a Comment