Friday, December 30, 2011

JUMAAT , PENGHULU SEGALA HARI

Assalamualaikum wbt,

Kalau tengok blog orang dan FB ramai yang berkongsi berkaitan hari Jumaat.  Seronok membaca komen dan apa saja tentang hari Jumaat.  

Pada aku pulak Jumaat yang paling best.....Aku lahir hari Jumaat, selepas solat Jumaat , jam 2.30 petang, 48 tahun lalu....... Setiap hari Jumaat adalah hari  lahir aku.....Ameen

Kalau ikut kata orang tua2 .....kita akan mati pada hari yang sama kita lahir....Insyallah akan mati pada hari Jumaat. Ameen

Kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat lepas Asar......

Banyak lagi perkongsian mereka.  Aku tumpang suka kerana aku jugak dimaklumkan orang yang lahir hari Jumaat banyak keistimewaannya.....entah di mana mereka dapat maklumat aku tak pasti. Apapun setiap manusia mesti ada keistimewaan masing-masing......dan kena ingat jugak dengan kelemahan masing-masing sebagai manusia biasa......Subhanallah.

Wednesday, December 28, 2011

ANTARA IKHLAS BERKAWAN ATAU BERKEPENTINGAN

Assalamualaikum wbt,

Aku tidak berniat nak bercerita buruk pasal orang atau mendedahkan perangai buruk kawan,  sekadar meluahkan apa yang terlintas dalam hati.....entah kenapa....Aku pasti ramai kita mempunyai kawan baik dan mesti ada jugak yang mempunyai pengalaman ditipu kawan baik atau hutang yang tidak dijelaskan. ( Semua cerita aku pendekkan)

Semasa di Universiti tahun 1983 hingga 1986, aku mempunyai seorang kawan baik  kebetulan kami sama kursus dan jurusan pengkhususan dan kami sama2 geng motor.....cuma rezki dia awal berkahwin walaupun tidak meriah dan perkahwinan yang sangat simple ,  dia kena jual motor dan banyak lagi untuk belanja perkahwinan walaupun dah dinasihatkan.  Lepas tamat belajar aku dengan haluan aku di Klang dan dia dengan haluan dia di hujung Barat Laut Selangor (takdir dan jodoh dia aku tak mau pertikaikan)....

Entah apa 'salah besar' dia buat masa bekerja sementara di kampung dia tergesa nak 'lari' ke Sabah katanya dapat kerja sebagai guru di sana, masa tu tahun 1989,  dia bagi aku geran TOL dan dia mintak RM 1500.00 untuk beli tiket kapal terbang......rupanya aku ditipu 'hidup- hidup' kerana geran tanah TOL tu palsu dan tidak wujud.  Selepas 2 tahun terasa ditipu aku 'berniat '  jika aku jumpa dia di Sabah atau di mana-mana saja aku hanya nak tumbuk muka dia sekali cukuplah......aku nak cakap dengan dia nilai penumbuk aku tu RM 1500.00.  Aku dapat tau orang kampung ramai yang dia tipu dan kalau dia pulang semula ke kampung ramai yang nak 'bunuh' dia......rupanya itulah salah besar dia.....

Awal tahun 2011 dia sms aku dan call aku..aku memang terkejut sangat2( entah dari mana dia dapat no hp aku, aku tak pasti ..) katanya ada budak sekampung dia yang kenal aku dan kami sama tempat bekerja....dia sms aku dan call aku hanya nak bertanya kalau2 ada kerja kosong di tempat kerja aku kerana anak perempuan sulungnya baru tamat pengajian....aku tak pasti apa pembaca boleh faham apa yang bergelodak di dalam hati aku....marah ada, kesian ada dan 'dendam' pun masih ada sebab belum lepaskan penumbuk bernilai RM 1500.00.......apakah selepas 22 tahun nilai RM 1500.00 masih relevan..
Umur aku semakin banyak......dah sejuk agaknya .......selepas dia call dan dapat tahu aku tak boleh bantu anaknya untuk kerja kosong....hingga kini dia tak pernah lagi sms or call.....ini ke kawan sejati,  kawan baik ....atau dia masih 'malu dan segan' dengan kesilapan lampau dia....in  case ada kawan dia terbaca atau dia terbaca blog ni.....tolonglah be gentlement dan 'face to face'......aku dah bersedia sejak 22 tahun lampau.....cuma kekadang 'sedih' dan 'kesian' tengok kawan berperangai sebegini.....

Ada lagi ke istilah kawan sejati......ikhlas berkawan atau.....seronok berkawan......insiden 22 tahun lampau....meninggalkan kesan pada aku sehingga sekarang.....antara berkawan rapat dan berhutang.....Insyallah banyak lagi perkongsian di masa hadapan....

Sunday, December 25, 2011

TEMPAT MENGAJI MASA KECIK2- MADRASAH OTHMANIAH, SEKSYEN 8, PETALING JAYA

Assalamualaikum wbt,

Saya dah pernah postkan pasal Madrasah  ni tahun lepas,  tapi sekeping gambar dari luar sahaja. Pada 17 Disember lalu anak buah saya (Fauziy) yang jugak AJK Madrasah mengadakan majlis perkahwinannya bersebelahan dengan madrasah dan masak memasak guna kemudahan madrasah. Bersyukur kerana berpeluang hadir ke kawasan di mana saya dibesarkan sehingga berumur 16 tahun...Begitu banyak perubahan kepada madrasah ini.


 NI GAMBAR TAHUN LEPAS, SEKARANG MEREKA
 DAH CAT BARU, LEBIH KEMAS DAN CANTIK

Dapatlah saya  melihat perubahan madrasah tu......sangat berbeza dan semua kawasan rumput mereka telah tiles dan semakin cantik.  Terlalu banyak kenangan saya dengan madrasah ini sejak tahun 1970 hingga 1979.

BAHAGIAN DALAM DAN TEPI SURAU,  
(DULU RUMPUT DAN ADA LONGKANG TEPI SURAU)

BAHAGIAN BELAKANG SURAU DAN DAPUR 
TERMASUK PINTU MASUK UTAMA UNTUK JEMAAH 
WANITA(DULU KAT TEMPAT WUDHUK POMPUAN 
TU ADA KOLAH BESAR UNTUK SEMUA JEMAAH)

Ruang solat pun mereka telah pindahkan ke tingkat bawah,  asalnya di tingkat satu,  saya dimaklumkan bahawa ramai AJK asal dah berumur sangat dan mereka tidak larat lagi mendaki tangga, yang penting mereka selesa dan happy.  

Kepada rakan2 sepermainan saya, Nasaruddin Jaafar (nama gelaran ADIN), Ramli Ibrahim (nama gelaran YEH) dan anak buah saya Fauziy ( POJI) yang aktif sebagai AJK Surau teruskan usaha anda semua bagi memakmurkan Madrasah kita,  moga Allah membalas pengorbanan dan jasa anda semua. Ameen

Friday, December 23, 2011

INDIVIDU PEMARAH MUDAH DIDEKATI DAN DIHASUT SYAITAN

Assalamualaikum wbt,
(penulis asal Lokman Ismail  dan saya berkongsi email dari rakan pejabat)

HIDUP bertoleransi dan saling menghormati menjadi agenda penting masyarakat bertamadun. Hakikatnya, tidak ada individu yang bebas melakukan apa saja diingini kerana kita dibatasi undang-undang dan hukum agama.

Sikap ego dan mementingkan diri bukan mendatangkan kebaikan kepada pelakunya, sebaliknya menimbulkan kesan emosi tidak stabil dalam diri. Sebab itu, amalan terbaik ialah sentiasa merendahkan diri dan bersedia memaafkan orang lain.

Setiap hari kita sentiasa berdepan situasi menimbulkan perasaan marah. Kejadian itu berlaku di rumah, jalan raya, dalam kenderaan awam, pejabat, kedai dan di mana saja. Keadaan itu hanya dapat diredakan jika adanya sifat pemaaf dalam diri yang bertindak seperti air mematikan api. 

Dan bagi orang yang dizalimi mereka akan membela diri. Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang sama. Maka sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya adalah tanggungan Allah SWT. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim. Surah Asy-Syura, Ayat 39-40
 
Sifat pemaaf menjadi benteng yang menghalang daripada timbulnya rasa marah. Justeru, pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim kerana sifat itu mempunyai kesan amat besar dalam kehidupan dan dapat menyelamatkan daripada terjebak tindakan tidak sepatutnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah SWT menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali-Imran, ayat 132)

Orang yang bersifat pemaaf tidak berdendam dan buruk sangka terhadap orang lain. Biarpun pernah diperlakukan dengan perkara menimbulkan perasaan marah, dia memaafkan perbuatan itu dan menerimanya secara positif.

Sifat itu memberi keyakinan bahawa yang berhak menghukum hanyalah Allah SWT. Biarlah Allah SWT yang menentukan balasan terhadap apa dilakukan orang lain terhadap kita. Individu pemaaf dan sabar sentiasa tenang serta bermuhasabah diri untuk menilai apa yang berlaku. 



Memang orang dizalimi berhak membalas balik perbuatan itu, namun lebih baik jika memberi kemaafan. Tindakan tidak membalas balik akan mengelak daripada melakukan kezaliman.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bagi orang yang dizalimi mereka akan membela diri. Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang sama. Maka sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya adalah tanggungan Allah SWT. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim.”(Surah Asy-Syura, ayat 39-40)

Melakukan kebaikan kepada seseorang tidak seharusnya terhenti disebabkan satu kesilapan dilakukan olehnya. Ada banyak kes keretakan hubungan keluarga, sahabat dan rakan sekerja terputus semata-mata disebabkan satu kesalahan kecil.

Mereka yang tidak mahu memaafkan dan suka beradu kekuatan boleh disamakan seperti haiwan. Sifat haiwan tidak mahu mengaku kalah untuk mendapat apa yang diingini tanpa belas kasihan kepada lawannya.

Perasaan dendam dan curiga yang terus menguasai diri mudah bertukar menjadi tindakan lebih buruk jika tercetusnya percikan api kemarahan. Syaitan sentiasa memainkan peranan menimbulkan suasana lebih buruk. Godaan syaitan sukar ditepis jika iman lemah.

Syaitan pernah memberitahu Nabi Musa bagaimana dia mendekati manusia supaya melakukan perbuatan dilarang agama dengan katanya: “Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku menggoda manusia ialah sewaktu mereka dalam keadaan marah, kerana pada masa itu aku boleh memainkan hati mereka seperti sebiji bola.”

Sebab itu Islam menganjurkan agar saling memaafkan. Melaluinya akan mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. Hidup tanpa marah dan dendam adalah nikmat kebebasan hidup yang sebenar.

Sifat memaafkan dianggap mudah kerana ia berada dalam diri kita sendiri. Kita menentukan sifat pemaaf atau sifat pendendam. Jadilah insan dalam hatinya penuh dengan bungaan kemaafan yang sentiasa segar

Tuesday, December 20, 2011

MUSIM ANAK SEDARA DAN SEDARA MARA NIKAH KAHWIN

Assalamulaikum wbt,

Sejak bermula cuti sekolah bulan Nov lalu ramai anak sedara sebelah saya dan wife bernikah kahwin...antaranya ada di Muar, Johor , Petaling Jaya dan ada satu lagi di Kelantan sedikit masa lagi.....Seronok tengok anak sedara yang dulu2 masa kecik takut2 nak borak dengan saya. Alih2 dah nak berumahtangga.  Saya doakan agar jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa di rahmati Allah. Ameen

Saya mengaku ada satu kelemahan yang nyata kekadang saya tidak ambil nama pengantin dan adakala saya terlupa, maafkan saya.
FAUZIY DAN AISHAH, PENGANTIN LELAKI ADALAH 
ANAK SEDARA SAYA- 17 DIS 2011, PETALING JAYA

PENGANTIN LELAKI ANAK KEPADA ABG SABARI (BIRAS SAYA)
MINTAK MAAF SAYA TAK INGAT NAMA DUA2

KEK MAKAN BERADAP MAJLIS NIKAH FARHANA 
(ANAK SEPUPU MY WIFE) MASA NI 
PENGANTIN BELUM BERSIAP LAGI (MINTAK MAAF)

Satu lagi majlis perkahwinan dalam bulan Oktober anak kepada boss lama saya (Hj Mustapha Md Nasir) di tempat kerja, pun saya tak ingat nama, sekali lagi saya mintak maaf kepada my boss dan pengantin

PENGANTIN MAKAN BERADAP DI RUMAH PENGANTIN 
DI USJ, SUBANG JAYA

Monday, December 19, 2011

MENYESAL MACAM MAKAN DAGING B_B _ !!!!- PART 1

Assalamualaikum wbt ,

Satu ketika dulu hingga April 2008, sebagai manusia biasa yang berdarah muda dan dipengaruhi emosi saya adakalanya apabila hilang kawalan akan maki orang dan mengeluarkan perkataan yang kasar dan tidak sepatutnya dituturkan, "Ya Allah ampunkan semua dosa2 aku yang suka maki orang dulu". Penulisan ini sekadar bercerita tentang pengalaman lalu saya dan tidak berniat nak bukak pekung di dada atau mengaibkan diri sendiri kerana adakalanya saya mendapat teguran dari kawan2 agar jangan saya ungkit cerita lama atau perangai lama.  Saya tak peduli sebab saya tetap nak tulis jugak....

Dalam hidup, banyak kali saya terlepas cakap, antaranya " menyesal macam makan daging b_b_ ",  entah kenapa ayat itu yang keluar.....semuanya akibat salah sendiri dan bercampur orang2 yang suka maki dan macam2 lagi.....semua salah saya sendiri ( padahal saya sendiri tak pernah makan b_ b_, itu yang pelik macam mana boleh terkeluar semua perkataan kesat dan kasar tu...

Satu insiden pertama yang saya masih ingat beberapa tahun dulu saya pernah jadi panel temuduga untuk mengambil beberapa pelajar dan mendapat biasiswa di tempat kerja kami, beberapa tahun berlalu pelajar tersebut terus mendapat pekerjaan dan antaranya mereka berdua  'pandai' membawak diri dan akhirnya mendapat pangkat yang lebih tinggi dari saya sekarang......mereka  berdua ini mula lupa diri dan sempat mencari salah saya pulak,  padahal mereka ni masa masuk temuduga untuk dapat biasiswa pun saya tolong sebab mereka berkulit sawo matang dan berugama Islam.....bila dah marah saya pun terkeluarlah ayat : " menyesal aku tolong mereka ni dulu, menyesal macam makan daging b_b_ rasanya " (1997).....itu dulu.....saya dah maafkan mereka.....biarlah  mereka dengan dunia mereka dan hadapilah dunia materialistik yang tidak ada penghujungnya.....

Insiden kedua tahun April  1999 , saya baru landing di Heathrow Airport , London... ini kali kedua landing di Heathrow, London.....masa tu jam 6.45 pagi....sejuk ....tunggu nak naik bas untuk berpindah ke Airport Gatwick.....penerbangan ke Accra , Ghana jam 2.30 petang waktu London.....tunggu punya tunggu bas.....terserempak dengan sekumpulan jemaah Islam Melayu yang baru pulang dari Makkah menunaikan haji....saya ternampak nama Melayu atas tong air zam-zam dan mereka bertutur dalam bahasa Melayu.....rasanya orang Malaysia...'seronok' jumpa orang Melayu Malaysia di London....hehehehe....tak percaya cuba ke London.....

Dalam hati serba salah nak tegur mereka atau tidak....seronok tengok orang balik dari Makkah.....dalam hati serba salah nak tegur atau tidak sebab pertama kali ke London tahun 1994 kawan dah pesan....." jangan cuba buat baik dengan orang Melayu yang tinggal di London....segelintir mereka ni sangat sombong dan tidak mahu berbaik dengan kita sebab takut kita tumpang tinggal di rumah mereka "......ada cerita di sebalik cerita itu yang sebenarnya.....salah satunya adalah sebab kos hidup yang tinggi di London.....

So berbalik kepada jemaah tadi......walaupun muka saya iras-iras Cina saya beranikan diri tegur mereka....bertanya khabar...ye lah.....kita seronok tengok orang balik dari Makkah....mereka berlima.....sorang ajer yang boleh senyum  dan yang lain macam buat saya tak wujud....sekali lagi menyesal saya menegur mereka " dalam hati menyesal macam makan daging b_b_ sebab menegur mereka".....sepanjang perjalanan ke Airport Gatwick,  hati saya bercampur baur.....menyesal dan macam2 lagi......10 jam dalam penerbangan ke Accra, Ghana....hati saya masih marah.....setibanya di Ghana,  saya mengadu dengan kawan saya Ikmal Hisham di sana....dia senyum ajer.....dia pesan lagi " next time jangan peramah sangat di negara orang "....Jemaah yang sombong di London tu saya dah maafkan......Semuanya ada hikmah......saya di' bantu' dan di 'selamatkan' ketika berada di Paris....ada masa nanti saya cerita pasal, Ghana, Guinea, Paris dan Amsterdam satu hari nanti.

Bukan mudah nak buang habit maki hamun dan mengeluarkan perkataan kesat.....ianya sama macam perokok tegar..... kaki judi dan kaki botol....bukan berniat defensive tetapi ada kebenarannya. Saya pernah banyak kali berdoa depan Kaabah setiap waktu selepas solat (umrah 2008) agar saya tidak lagi memaki dan mengeluarkan perkataan kotor dan kesat atau terlalu celupar.. Allah Maha Mengetahui dan saya dah terima banyak balasan....saya redho..Tunggu part 2.

Friday, December 16, 2011

SIMPULAN BAHASA- PART 2

Assalamualaikum wbt,

Bagi yang kerja di pejabat kita kekadang banyak tak puas hati,  ada yang mengadu dengan kawan2 , ada yang mengadu dengan boss (ni jeni kaki bodek) dan ada yang  mengadu dengan Allah.  Bila bercerita dengan kawan2 tu yang menyebabkan waktu makan atau minum terbabas melebehi waktu...Sebab tu kekadang terkeluar banyak peribahasa dan simpulan bahasa  dan kenyataan seperti di bawah :
  • boss cakap tak serupa bikin
  • kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak
  • kat ofis ni ada superman dan superwoman agaknya.....macam dia sorang ajer yang hebat
  • boss kelam kabut , boss tak pandai buat decision dan banyak lagi
  • boss pilih kasih
  • lebih kurang 21 tahun lalu ( 1991) masa aku di Yayasan Selangor , GM aku pernah tegur aku, "Rosli kita kena ingat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung"....masa tu darah Jebat/Kasturi aku begitu membuak2.....finally 1993 aku berhijrah ke Sykt di mana aku kerja sekarang.... 
Prinsip aku sekarang lebih jelas,  'aku masih seorang pejuang tetapi aku tidak suka langgar peraturan dan undang2',  aku dah penat melawan arus....aku nak ada happy life selepas pulang dari kerja dan berehat dengan hati yang tenang di rumah tanpa memikirkan masalah kerja. Aku cuma berharap provokasi yang berterusan dapat aku tangani dengan hati yang tenang. Ameen

Thursday, December 15, 2011

HE'S MY STAR - PART 2

Assalamualaikum wbt,
(sekadar berkongsi cerita dan personaliti yang saya kagumi dan hormati)

Personaliti ini saya kenal sebelum saya berpindah ke Bandar Baru Bangi,  suka dengar ceramah ugama dan ada beli satu buku pasal perubatan Islam yang ditulisnya olehnya dan rakan2 dia termasuk Dato Dr Amran Kasimin (bekas ADUN Bangi).  Beliau yang saya maksudkan adalah Ustaz Dato Dr Haron Din Al Hafiz. Di BBB semua orang terutama anak muridnya panggil dia Ustaz Harun.

Beberapa kali saya terserempak dengannya di BBB,  yang paling saya ingat ketika isi mnyak di stesyen Shell di BBB beberapa tahun lalu,  saya senyum dan angkat tangan,  dia balas senyuman saya dan angkat tangan.  Rasa macam nak gi peluk dia, biar dapat berkat peluk ulama'.

Satu lagi kenangan masa abang ipar saya buat majlis perkahwinan anak perempuan dia,  Ustaz Harun sedang menikmati makanan,  saya sedang rakam video dan amik gambar,  beliau begitu sporting dan bila  bertentang mata dia senyum dengan saya....

Saya pernah bertanya dengan seorang anak murid Ustaz Haron kenapa dia menceburi politik selepas sekian lama.....anak muridnya tidak menjawap kerana mereka semua pun tidak ada jawapan.  Yang pasti mereka semua begitu menjaga peribadi Ustaz dan begitu menghormati Ustaz.  Saya bertambah kagum dengan peribadinya....

Beberapa bulan lepas saya terserempak dengan Dr Azlin yang juga menantu kepada Ustaz Haron di Klinik Huda ,  Sek 4 , BBB ( sangat dekat dengan rumah saya),  Dr Azlin seorang doktor yang begitu peramah dan banyak membantu saya dulu,  sempat kami bertukar2 cerita pasal insiden di mana isteri beliau yang jugak salah seorang anak perempuan Ustaz Haron mengalami saat genting di salah sebuah negara Arab beberapa tahun lepas,  semua cerita dan insiden tersebut ada saya terbaca dalam sebuah blog.  Banyak peristiwa dengan izin Allah yang menduga dan membantu Ustaz Haron di sana,  sekali lagi saya begitu kagum dengan cara Ustaz membantu dan di bantu di sana.

Rupanya banyak lagi yang saya tidak tahu tentang Ustaz, tetapi yang pasti dia begitu hebat di dalam memperjuangkan Islam dan penyatuan orang Melayu Islam.  Teruskan perjuangan Ustaz. Islam is the way of life.

Wednesday, December 14, 2011

SIMPULAN BAHASA TERKINI - TERJEJUT BUAYA

Assalamualaikum wbt,

Terasa nak menulis pasal makna kata simpulan bahasa gubahan sendiri dan yang jarang orang gunakan sekarang.....


Terkejut biasa : perkara yang tidak kita jangka berlaku dan kita terkejut


Terkejut besar : besar punya kejutan atau yang kita tak jangka....betul2 terkejut


Terkejut beruk :  selepas terkejut orang ini akan terkinja2 seperti beruk


Terkejut buaya : mesti you all jarang dengar,  selepas terkejut dia terus ngap orang berdekatan......hehehe....contoh paling jelas....tersadung bungkusan yang berisi duit....terus 'sapu' duit tersebut.....tak toleh kiri kanan.....terus masuk beg dan bawak lari terus walaupn bukan hak sendiri 

Tuesday, December 13, 2011

HE'S MY STAR - PART 1

Assalamualaikum wbt,

( Aku tidak berniat jadi penulis politik, tetap lebih kepada pemerhati politik )

Aku mula kenal dia tahun 1989 masa tu ada program anjuran Persatuan Badan Berkanun di Primula Beach Resort, Kuala Trengganu,  dia memperkenalkan aku dengan Qiamullail,  mulai saat itu aku begitu hormat dengan dia, masa tu dia belum dapat gelaran Dato lagi, masih berjawatan Timbalan KSU di sebuah kementerian dengan panggilan Dr Hasan Ali....dia STAR aku dan dia idola aku selain Ustaz Dato Dr Haron Din Al Hafiz, Tun Dr Mahathir dan arwah Tun Razak.

Bila dia berhenti kerajaan , dia mula berniaga aku ikut perkembangan dia,  bila dia masuk PAS dan aktif berpolitik aku masih ikut perkembangan dia....aku dapat rasakan satu hari nanti mesti dia kena tikam dengan rakan politik PAS,  kalau dia masuk UMNO pun dia mesti kena tikam....aku suka sikap berterus dia....berani dia sebab ada prinsip....semalam paper utama membuktikan apa aku rasa lebih 20 tahun lalu......YB Dato Dr Hasan Ali akan digugurkan  dari bertanding......dalam politik apa saja boleh berlaku. Perjuangkan Islam di Negeri Selangor melawan orang Kristian, dia join perhimpunan Aman untuk tegakkan Islam agar Islam tidak diperlekehkan......

Aku percaya kalau kalau beliau masuk apa parti pun dia mesti di tikam.....tapi aku suka prinsip dia.....perjuangkan Islam dan orang Melayu.  Aku  sebagai anak Selangor jati yang pernah tinggal di Klang ,   akan tetap menyokong beliau yang jugak anak jati Selangor  yang berasal dari Klang. 

Apa saja perjuangan Dato Dr Hasan Ali demi menegakkan Islam dan orang Melayu aku tetap berdiri sebelah dia....dia tetap idola dan aku punya STAR.  Aku berharap dia lebih berhati-hati memilih parti politik selepas ini.....hope dia jadi Wakil Rakyat BEBAS....dah lama Selangor tak ada wakil rakyat BEBAS selepas Cikgu Jabar YB Kawasan Batu Laut.

Monday, December 12, 2011

HADIS YANG MENARIK

Assalamualaikum wbt,

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung

Friday, December 9, 2011

MEMORI INDAH 2008

Assalamualaikum wbt,

Semuanya berkait dengan nombor 8,  entah kenapa aku suka no 8......lahir bulan  8, mula kerja bulan 8 tahun 1986, berkahwin tahun 1988......., nombor kereta sekarang 82,  no hp berakhir dengan 8686......yang paling best buat umrah pertama kali tahun 2008 dan pulang ke Malaya selepas umrah 6 OGOS 2008......Semua kebetulan.....

Rindu ke SINI lagi......giliran haji tahun 2024....Pegawai Tabung haji kata boleh dapat 2018...8 lagi......2018 tahun pencen wajib dan 8 lagi.....masa tu umur 55 tahun....rasanya nak pencen umur 58....hehehe

 Antara saat manis di depan pintu utama
Masjid Nabawi

Saat2 paling manis dalam hidup

Musim haji baru saja berlalu......menunggu giliran dengan penuh rasa sabar....Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini dan wife.  Ramai yang memanggil saya dengan gelaran haji skrg ni...'malas' nak menafikannya panggilan mereka itu kerana ianya adalah doa  mereka kepada saya...saya diamkan ajer sebab baru dapat 'Haji Kecik'.....dan sentiasa berdoa...Ameen.

Thursday, December 8, 2011

APA NAK JADI ??????

Assalamualaikum wbt,

Dah 25 tahun aku kerja dan 18 tahun buat kerja HR. Tapi perbualan ini buat aku terfikir...napelah boleh jadi begini dunia pekerjaan sekarang :


(PERBUALAN SEKARANG)

Pegawai HR : Boss you nak calon yang macamana untuk post kosong tu ?

Boss pompuan (mak aji beranak 5) : Carikan calon LELAKI , i tak mau calon pompuan...nanti asyik 'beranak' ajer .....! Susah nak buat kerja nanti.....


(PERBUALAN BEBERAPA BULAN LEPAS )

Boss pompuan (mak aji beranak 5) : Carikan calon POMPUAN , i tak mau calon lelaki...nanti asyik 'mengulau' ajer .....! Susah kerja tak siap nanti.....
Pegawai HR : Masyallah....Terpinga2.....bukankah semulajadi pompuan saja yang boleh bersalin.... lagipun syarikat mereka memang ada polisi dan kemudahan untuk isteri bersalin dan maksima 5 orang anak yang hidup.....


Apa komen tuan/puan ????

Wednesday, December 7, 2011

SYUKUR ALHAMDULILLAH.....DOA KAMI DIMAKBULKAN

ASSALAMUALAIKUM WBT,

Sejak seminggu lepas salah satu jalan utama di Bandar Baru Bangi diturap semula......tahniah kepada MPKJ....ADUN Bangi dan rakyat yang peka.......pilihanraya semakin hampir....janji manis.....gula2 dan banyak lagi.....UMNO, PAS, DAP, MCA, MIC.....dan byk lagi.....semua sedang menabur janji manis......semuanya manis2 belaka.....

Terasa macam nak jadi calon BEBAS.....bajet pulak terhad.....cukup2 untuk wang cagaran sahaja....sebab guna duit sendiri.....UMNO sedang merapatkan barisan......PKNS sibuk naikkan sewa.....mungkin PKR Selangor nak tambah bajet pilihanraya.....DAP sibuk buat bangunan di mana sahaja asal boleh jual harga tinggi....MIC sibuk mintak tambah calon.....MCA pun mintak tambah kawasan....Gerakan pulak....masalah dalaman.....belum sure lagi nak bagi nama calon sebab dah kalah teruk 2008....nasib baik sedarkan diri....PAS pulak.....susah nak komen... aku harap Melayu Islam.....mesti nak lebih baik dari UMNO / Melayu /Islam.......Islam is the way of life.....


Saturday, December 3, 2011

DUA KALI LIMA......LIMA KALI DUA....MUSIM JANJI MANIS TIBA LAGI

Assalamualaikum wbt,

Setiap 4 tahun suasana begini pasti berlaku,  bakal YB berjanji, semua parti politik berjanji...dianggarkan 3 bulan lagi ' Janji Manis Mu' akan berkumandang....insentif, kebajikan dan byk lagi.....letih di 'tipu' setiap 4 tahun......sama ajer BN ker PR ke .....contoh di Bandar Baru Bangi.....jalan berlubang dan rosak di zaman BN.....5 hingga 6 bulan baru nak tampal....di zaman PAS /PR.....8 bulan hingga 12 bulan baru tampal.....rim kereta dah bengkok baru nak tampal lubang jalan....

Dahan pokok, rumput dan lalang....tidak di cantas atau potong ikut jadual....

Petang tadi baru nampak jentera berat nak tampal jalan berlubang berhampiran tol Bangi...makna pilihanraya makin dekat.....

Pada YB dan parti pemerintah....cubalah buat kelainan bila memerintah.....cakap biar serupa bikin barulah rakyat respek dan hormat......

Rindukan kepimpinan YB Cikgu Jabar....ADUN Bebas Batu Laut , Banting dari tahun 1974 hingga 1986......lebih mudah berjumpa dengan YB Bebas....kalau tak percaya pergi tanya orang Kg Batu Laut, Kg Kundang, Kg Tanjung Sepat, Kg Tanjung Layang, Kg Indah dan rakyat sekitarnya......