Assalamualaikum wbt,
(sekadar berkongsi cerita dan personaliti yang saya kagumi dan hormati)
Personaliti ini saya kenal sebelum saya berpindah ke Bandar Baru Bangi, suka dengar ceramah ugama dan ada beli satu buku pasal perubatan Islam yang ditulisnya olehnya dan rakan2 dia termasuk Dato Dr Amran Kasimin (bekas ADUN Bangi). Beliau yang saya maksudkan adalah Ustaz Dato Dr Haron Din Al Hafiz. Di BBB semua orang terutama anak muridnya panggil dia Ustaz Harun.
Beberapa kali saya terserempak dengannya di BBB, yang paling saya ingat ketika isi mnyak di stesyen Shell di BBB beberapa tahun lalu, saya senyum dan angkat tangan, dia balas senyuman saya dan angkat tangan. Rasa macam nak gi peluk dia, biar dapat berkat peluk ulama'.
Satu lagi kenangan masa abang ipar saya buat majlis perkahwinan anak perempuan dia, Ustaz Harun sedang menikmati makanan, saya sedang rakam video dan amik gambar, beliau begitu sporting dan bila bertentang mata dia senyum dengan saya....
Saya pernah bertanya dengan seorang anak murid Ustaz Haron kenapa dia menceburi politik selepas sekian lama.....anak muridnya tidak menjawap kerana mereka semua pun tidak ada jawapan. Yang pasti mereka semua begitu menjaga peribadi Ustaz dan begitu menghormati Ustaz. Saya bertambah kagum dengan peribadinya....
Beberapa bulan lepas saya terserempak dengan Dr Azlin yang juga menantu kepada Ustaz Haron di Klinik Huda , Sek 4 , BBB ( sangat dekat dengan rumah saya), Dr Azlin seorang doktor yang begitu peramah dan banyak membantu saya dulu, sempat kami bertukar2 cerita pasal insiden di mana isteri beliau yang jugak salah seorang anak perempuan Ustaz Haron mengalami saat genting di salah sebuah negara Arab beberapa tahun lepas, semua cerita dan insiden tersebut ada saya terbaca dalam sebuah blog. Banyak peristiwa dengan izin Allah yang menduga dan membantu Ustaz Haron di sana, sekali lagi saya begitu kagum dengan cara Ustaz membantu dan di bantu di sana.
Rupanya banyak lagi yang saya tidak tahu tentang Ustaz, tetapi yang pasti dia begitu hebat di dalam memperjuangkan Islam dan penyatuan orang Melayu Islam. Teruskan perjuangan Ustaz. Islam is the way of life.
No comments:
Post a Comment