Monday, December 19, 2011

MENYESAL MACAM MAKAN DAGING B_B _ !!!!- PART 1

Assalamualaikum wbt ,

Satu ketika dulu hingga April 2008, sebagai manusia biasa yang berdarah muda dan dipengaruhi emosi saya adakalanya apabila hilang kawalan akan maki orang dan mengeluarkan perkataan yang kasar dan tidak sepatutnya dituturkan, "Ya Allah ampunkan semua dosa2 aku yang suka maki orang dulu". Penulisan ini sekadar bercerita tentang pengalaman lalu saya dan tidak berniat nak bukak pekung di dada atau mengaibkan diri sendiri kerana adakalanya saya mendapat teguran dari kawan2 agar jangan saya ungkit cerita lama atau perangai lama.  Saya tak peduli sebab saya tetap nak tulis jugak....

Dalam hidup, banyak kali saya terlepas cakap, antaranya " menyesal macam makan daging b_b_ ",  entah kenapa ayat itu yang keluar.....semuanya akibat salah sendiri dan bercampur orang2 yang suka maki dan macam2 lagi.....semua salah saya sendiri ( padahal saya sendiri tak pernah makan b_ b_, itu yang pelik macam mana boleh terkeluar semua perkataan kesat dan kasar tu...

Satu insiden pertama yang saya masih ingat beberapa tahun dulu saya pernah jadi panel temuduga untuk mengambil beberapa pelajar dan mendapat biasiswa di tempat kerja kami, beberapa tahun berlalu pelajar tersebut terus mendapat pekerjaan dan antaranya mereka berdua  'pandai' membawak diri dan akhirnya mendapat pangkat yang lebih tinggi dari saya sekarang......mereka  berdua ini mula lupa diri dan sempat mencari salah saya pulak,  padahal mereka ni masa masuk temuduga untuk dapat biasiswa pun saya tolong sebab mereka berkulit sawo matang dan berugama Islam.....bila dah marah saya pun terkeluarlah ayat : " menyesal aku tolong mereka ni dulu, menyesal macam makan daging b_b_ rasanya " (1997).....itu dulu.....saya dah maafkan mereka.....biarlah  mereka dengan dunia mereka dan hadapilah dunia materialistik yang tidak ada penghujungnya.....

Insiden kedua tahun April  1999 , saya baru landing di Heathrow Airport , London... ini kali kedua landing di Heathrow, London.....masa tu jam 6.45 pagi....sejuk ....tunggu nak naik bas untuk berpindah ke Airport Gatwick.....penerbangan ke Accra , Ghana jam 2.30 petang waktu London.....tunggu punya tunggu bas.....terserempak dengan sekumpulan jemaah Islam Melayu yang baru pulang dari Makkah menunaikan haji....saya ternampak nama Melayu atas tong air zam-zam dan mereka bertutur dalam bahasa Melayu.....rasanya orang Malaysia...'seronok' jumpa orang Melayu Malaysia di London....hehehehe....tak percaya cuba ke London.....

Dalam hati serba salah nak tegur mereka atau tidak....seronok tengok orang balik dari Makkah.....dalam hati serba salah nak tegur atau tidak sebab pertama kali ke London tahun 1994 kawan dah pesan....." jangan cuba buat baik dengan orang Melayu yang tinggal di London....segelintir mereka ni sangat sombong dan tidak mahu berbaik dengan kita sebab takut kita tumpang tinggal di rumah mereka "......ada cerita di sebalik cerita itu yang sebenarnya.....salah satunya adalah sebab kos hidup yang tinggi di London.....

So berbalik kepada jemaah tadi......walaupun muka saya iras-iras Cina saya beranikan diri tegur mereka....bertanya khabar...ye lah.....kita seronok tengok orang balik dari Makkah....mereka berlima.....sorang ajer yang boleh senyum  dan yang lain macam buat saya tak wujud....sekali lagi menyesal saya menegur mereka " dalam hati menyesal macam makan daging b_b_ sebab menegur mereka".....sepanjang perjalanan ke Airport Gatwick,  hati saya bercampur baur.....menyesal dan macam2 lagi......10 jam dalam penerbangan ke Accra, Ghana....hati saya masih marah.....setibanya di Ghana,  saya mengadu dengan kawan saya Ikmal Hisham di sana....dia senyum ajer.....dia pesan lagi " next time jangan peramah sangat di negara orang "....Jemaah yang sombong di London tu saya dah maafkan......Semuanya ada hikmah......saya di' bantu' dan di 'selamatkan' ketika berada di Paris....ada masa nanti saya cerita pasal, Ghana, Guinea, Paris dan Amsterdam satu hari nanti.

Bukan mudah nak buang habit maki hamun dan mengeluarkan perkataan kesat.....ianya sama macam perokok tegar..... kaki judi dan kaki botol....bukan berniat defensive tetapi ada kebenarannya. Saya pernah banyak kali berdoa depan Kaabah setiap waktu selepas solat (umrah 2008) agar saya tidak lagi memaki dan mengeluarkan perkataan kotor dan kesat atau terlalu celupar.. Allah Maha Mengetahui dan saya dah terima banyak balasan....saya redho..Tunggu part 2.

8 comments:

rezeki said...

salam

part melayu di kota london tu mungkin ada kebenarannya , tapi mungkin tak semua kot psl ada juga saya teserempakj dgn seorg pelajar kita di sana dulu dan dia punyalah suka pasal tahu kami ni sebangsa

tapi kerap kali yang saya temui yang sombong dan kelat senyuman serta sapaan kita dicebek ialah dari pelancong melayu sendiri yang datang ke kota london , apa salahnya selisih dan kita senyum atau sapa dibalas kembali senyumannya dan bukan luak pun

kekadang terlintas di hati, agaknya mereka rasa hebat sangat bila datang ke kota London

lps dari tu , kalau selisih rasa malas nak sapa . Mungkin pasal muka saya mcm org mexico kot hehehe
tu yang depa rasa cuak hahaha

sonata anak kancil said...

tak tahulah saya pulak macam tu jadinya kat London sebab tak sampai ke sana... tapi saya ada pergi tempat dekat je...
tak tegur pun kita !!! saya tak sapa depa tak tegur...pada hal sama melancong tu (sebangsa)...tapi di Chennai hari tu (tak sebangsa) - tegur saya (saya tak tegur sebab mana tahu Chennai ke Malaysia ke - saya depa cam lah sebab tipikal Malay )dan punyalah seronok jumpa orang India Malaysia!!!

Hajah Zainab bt Abdullah said...

semasa saya ke london ada terjumpa orang melayu malaysia yang tanyakan arah jalan ke malaysian hall...kami tunjukkan arah tu kepada mereka, dan mereka tersenyum!

semasa di shanghai pula, terserempak dengan rombongan cina2 malaysia...wah, bukan main seronok apek2 & ammoi2 tu berteriak dalam bahasa melayu...

rosli said...

Hj CR,

Betul tu, segelintir sahaja yg sombong, kalau kat Oxford Street tu memang kerap jumpa orang Malaysia.

Memang kita macma orang Mexico kalau di US.....Chicano agaknya hehehe

rosli said...

Hj Zaleha,

Tu yang paling best kalau di Negara orang, orang lain pulak yang lebih peramah.....di Bandung pun kekadang takut nak tegur orang Malaysia ( segelintir)....saya fobia

rosli said...

Hjh Zainab,

Mungkin saya jumpa mereka yang sombong agaknya ( segelintir)...tp smpi skrg saya terfikir...baru balik dari Haji mereka ni....entahlah

Mohd Saad Hamid said...

Salam Rosli

Orang Inggeris lebih peramah daripada orang Melayu. Pernah di Liverpool, jumpa bekas askar British di Malaya, siap ajak masuk pub nak pau saya.

Students Melayu kat Malaysian Hall buat pandang tak pandang saja kat kita.

rosli said...

Hj saad,

Saya tidak berniat nak burukkan bangsa saya, cuma sekadar bercerita salah satu contoh orang Melayu di sana. Kita sama2 doa mereka berubah dan lebih peramah