( Aku tidak berniat jadi penulis politik, tetap lebih kepada pemerhati politik )
Aku mula kenal dia tahun 1989 masa tu ada program anjuran Persatuan Badan Berkanun di Primula Beach Resort, Kuala Trengganu, dia memperkenalkan aku dengan Qiamullail, mulai saat itu aku begitu hormat dengan dia, masa tu dia belum dapat gelaran Dato lagi, masih berjawatan Timbalan KSU di sebuah kementerian dengan panggilan Dr Hasan Ali....dia STAR aku dan dia idola aku selain Ustaz Dato Dr Haron Din Al Hafiz, Tun Dr Mahathir dan arwah Tun Razak.
Bila dia berhenti kerajaan , dia mula berniaga aku ikut perkembangan dia, bila dia masuk PAS dan aktif berpolitik aku masih ikut perkembangan dia....aku dapat rasakan satu hari nanti mesti dia kena tikam dengan rakan politik PAS, kalau dia masuk UMNO pun dia mesti kena tikam....aku suka sikap berterus dia....berani dia sebab ada prinsip....semalam paper utama membuktikan apa aku rasa lebih 20 tahun lalu......YB Dato Dr Hasan Ali akan digugurkan dari bertanding......dalam politik apa saja boleh berlaku. Perjuangkan Islam di Negeri Selangor melawan orang Kristian, dia join perhimpunan Aman untuk tegakkan Islam agar Islam tidak diperlekehkan......
Aku percaya kalau kalau beliau masuk apa parti pun dia mesti di tikam.....tapi aku suka prinsip dia.....perjuangkan Islam dan orang Melayu. Aku sebagai anak Selangor jati yang pernah tinggal di Klang , akan tetap menyokong beliau yang jugak anak jati Selangor yang berasal dari Klang.
Apa saja perjuangan Dato Dr Hasan Ali demi menegakkan Islam dan orang Melayu aku tetap berdiri sebelah dia....dia tetap idola dan aku punya STAR. Aku berharap dia lebih berhati-hati memilih parti politik selepas ini.....hope dia jadi Wakil Rakyat BEBAS....dah lama Selangor tak ada wakil rakyat BEBAS selepas Cikgu Jabar YB Kawasan Batu Laut.
4 comments:
Aslkm Sdr Rosli.
Dulu kak rajin ikuti dia , ada2 saja ceramah motivasinya di tv, gayanya memang kak suka.
saya pun sebagai pemerhati juga...banyak perati dari berkata - silap kata - badan binasa !
Mamaju,
Saya lebih sukan dia sebagai penceramah berbanding ahli politik.
hjh zaleha,
Betul tu, kekadang lebih suka memerhati, cuma kekadang hati dan jiwa meronta untuk menulis dan komen pasal politik semasa....bilalah orang Melayu Islam nak bersatu ?
Post a Comment