Saturday, March 31, 2012

IMPIAN JADI NYATA - GOLDEN DREAMS ( PART 6)- LONDON, UK

Assalamulaikum wbt,

Bagi ramai orang yang pernah belajar kat luar negara, yang kaya dan banyak duit cerita pasal luar negara adalah perkara kecik,  tapi pada saya amat besar,  sehingga kini saya amat bersyukur pada Allah kerana bagi saya peluang ke luar negara. 

Cerita pasal London,Paris dan New York,  dari kecik saya memang suka melawak dan bergurau dengan kawan2...."satu hari nanti aku mesti nak ke London, Paris atau New York",  gurauan ini memang tidak disertakan dengan niat kerana merasakan mustahil akan dapat ke negara berkenaan sebab dari keluarga miskin dan belajar pun tak berapa nak  pandai....berbanding dengan kawan2 yang masuk sekolah berasrama penuh dan jugak MRSM.  Gurauan itu, sentiasa bermain di mulut dan kekadang jadi bahan jenaka kawan-kawan. "Kau berangan je nak gi London"...senyum kelat jer waktu tu....sedih pun ada sebab tak pernah terfikir akan dapat peluang ke London...Rezki kita tidak ada siapa akan tahu...hanya Allah Maha Mengetahui....

Selepas meletakkan jawatan di YS,  saya menyertai TM September 1993, ditempatkan di Unit Biasiswa,  tugasan utama menjaga Biasiswa Kecil TM, tugasan berkisar dengan murid sekolah menengah tingkatan satu hingga lima.  Rakan-rakan lain ada yang jaga biasiwa tempatan dan beberapa rakan jaga biasiswa program UK, USA, Jepun, New Zealand, Australia, Perancis dan JermanKawan2 selalu pergi overseas mengiringi pelajar sebagai memenuhi syarat pihak JPA jika menghantar lebih dari 10 orang pelajar mesti diiringi seorang pegawai TM.  Pernah jugak terlintas dalam hati , harap2 satu hari nanti saya jugak dapat peluang ke London , UK atau mana saja asalkan luar negara.  Semuanya disimpan dalam hati dan memang berharap sangat.

Bulan April 1994, boss saya, Dr Ali Azizan Mohamad ketika itu,  panggil masuk bilik dia, dia suruh saya ganti seorang pegawai yang cuti  bersalin...destinasi London bersama 11 orang pelajar baru yang akan mendaftarkan diri pada bulan September.  Tugasan rasmi nampak mudah dan remeh,  bersama mereka ke MSD London, pastikan akaun bank mereka dibuka dekat tempat belajar mereka dan pastikan mereka dapat rumah sewa secepat mungkin dan saya berada di London penghujung bulan Ogos 1994.  Dalam hati melonjak dan sangat gembira dapat ke London....sekali lagi bersyukur pada Allah, salah satu golden dream besar menjadi nyata. Macam mimpi pun ada.....impian jadi nyata tak lama lagi...

Ketika itu saya tidak fikir akan ada duit sendiri untuk ke London kerana tambang dan penginapan sudah pasti akan memerlukan ribuan ringgit untuk ke London. Syukur alhamdulillah. Selepas itu,  bincang dengan wife...kira bajet.....nak bawak anak sulong ketika itu, Adiera baru berumur lebih kurang satu tahun 3 bulan....masalah bajet dan cuaca sejuk....akhirnya wife saja  ke London, ikut saya bertugas menghantar 11 orang pelajar tajaan TM ke UK, ada yang di London, Glasgow, Ediburgh dan beberapa tempat lain.

27 Ogos 1994 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Subang bertolak ke London dengan perjalanan selama lebih 13 jam dalam pesawat dengan jarak  lebih dari 10 ribu km.  Semasa memasuki pesawat saya sempat berbisik dengan wife, "sah kita ke London ni", masing2 senyum.  Kami tiba di LTA, Heathrow, London pada tarikh yang sama jam lebih kurang 6.30 pagi waktu London....sejuk mencengkam dada dan tulang....cuaca di sana baru nak sejuk ketika itu musim luruh...

Sebaik melangkah keluar dari Lapangan Terbang Heathrow,  saya sempat memegang tar jalan di luar Heathrow...sah saya dah landing di London dan saya bukan bermimpi ! Begitulah...terlalu excited dan macam tak percaya peluang datang bergolek...Alhamdulillah.

Bergambar di LTA Heathrow, London bersama 11 orang
pelajar tajaan TM ,saya nombor dua dari kanan dan wife kanan sekali, 
manakala sebelah kiri sekali Kasubi Bakir 
wakil TM di London.
Sebelum ke London saya dan wife sempat berhubung dengan Kak Zamnah yang kerja di Matrade, London, saya memasang impian untuk pergi ke beberapa tempat idaman sekitar London....tunggu next entri...

Wednesday, March 28, 2012

IMPIAN JADI NYATA - GOLDEN DREAMS- JAKARTA & SOLO ( PART 5)

Assalamualaikum wbt,

Allah memperkenankan satu lagi doa saya ....kali ini Jakarta dan Solo di Jawa Tengah ( Feb 1992)

Syukur alhamdulillah, rezki saya mula kerja dengan Yayasan Selangor (YS) mulai 1988.  Selepas beberapa tahun di YS iaitu tahun 1990 saya berpeluang ke Sabah atas program Pesta Sukan Antara Yayasan di Kota Kinabalu Sabah. 
Awal tahun 1991 beberapa pegawai kanan di hantar ke Geneva atas program pendidikan dan conference pendidikan atas hasil kesetiaan mereka bersama Yayasan, saya TIDAK terpilih kerana  saya dianggap masih muda dan banyak masa lagi.  Pada tahun itu jugak pengurusan bermesyuarat dan bersetuju membeli peralatan gamelan kerana ingin menubuhkan Unit Kebudayaan setiap asrama  Yayasan Selangor dan pasukan Gamelan akan beroperasi di Asrama Doktor Latiff.  Mereka bersetuju membeli set peralatan gamelan  dari Solo, Indonesia dan ketika keputusan mesyuarat di buat saya ada bersama mereka,  dalam hati berkata "kalau dapat gi Solo best jugak", tapi saya berangan agaknya kerana ramai lagi yang senior akan dihantar ke sana. (Semua gambar menggunakan kamera biasa SLR CANON EOS 630 milik YS ketika itu dan belum ada DSLR lagi)

Kali pertama menjejaki Jakarta, tahun 1992
terus ke Taman Mini Indonesia Indah (TMII) saya bersama
dengan En Wan dari KBN, Kuala Lumpur
  
Dalam hidup kekadang kita tak sangka apa yang akan berlaku kerana semuanya rahsia Allah. Awal bulan Januari 1992 saya dipanggil oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor ketika itu, Tn Hj Shahibi Mohd Shariff,  bertanyakan passport antarabangsa dan seterusnya mengarahkan  saya ke Solo atas tugasan rasmi dalam bulan Februari , membayar baki bayaran set gamelan di Solo, memastikan logo YS warna yang betul dan memastikan peralatan tersebut sedang dalam pembikinan. Dalam hati saya terkedu dan terkejut, " ya Allah...rezki saya  rupanya ".   Pada saya tugasan ini mudah dan lebih kepada mereka nak reward saya atas kesetiaan saya di YS. Ribuan terima kasih kepada Tn Hj Shahibi dan aku bersyukur kepada Allah.

Melintasi Sg Bengawan Solo (mintak maaf lagu sahaja
indah, tetapi air sungainya keruh sama cam air Sg Klang)


Pemandangan sawah padi luas mata memandang
depan bengkel perusahaan gamelan


Melihat proses membakar dan mengetuk gamelan
peringkat awal
Saya sedang meneliti dari dekat proses mengilat
Yang telah siap digilap dan dikilatkan
Membayar baki bayaran kepada pemilik perusahaan ( berbaju T)
 dan Pak Sukirman (berbaju batik) agen di Solo
Bergambar bersama keluarga Pak Sukirman
Alhamdulillah , saya dapat melihat semua proses membuat gamelan termasuk ukiran kayu dan proses 'tuning' oleh  pengusaha dan pekerja-pekerjanya.  Bagi tempahan YS mereka mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk menyiapkan keseluruhan set gamelan termasuk proses penghantaran ke Malaysia. 

Tugasan ini yang tidak dijangka menjadi rezki saya ,  Allah menentukan segala2nya.  Saya akui pada ketika itu,  kalau saya nak guna duit sendiri ke Solo,  saya tidak akan mampu, apatah lagi ketika itu hanya penerbangan MAS  ke Jakarta kemudian dariJakarta saya menaiki pesawat Merpati Air ke Solo.
 Air Asia mana ada ketika itu !. Sekarang semua mudah dan murah dengan Air Asia.

Monday, March 26, 2012

MENIKMATI PEMANDANGAN INDAH LANGKAWI DAN MAKAN2

Assalamualaikum wbt,

Saya dan rakan pejabat menginap di Holiday Villa, dekat sangat dengan pantai yang cantik dan bersih.  Hotel ini dipenuhi dengan pelancong asing yang mungkin suka dengan cuaca panas tepi pantai.  Saya pulak suka amik gambar waktu senja....sayu dan damai di hati.  Sempat makan seafood di Restoran Nelayan, tepi anak sungai dan dekat dengan Hospital Langkawi.  Ikan fresh dan masakannya sedap jugak. Singgah di Jeti Awana Potro Malai ,  lebih kurang 5 minit dari hotel dan paling best berada di tepi pantai di waktu senja....melihat matahari terbenam satu kepuasan....Subhanallah......

Holiday Villa , Langkawi 
 Awana Porto Malai

Menikmati keindahan ciptaan Allah
damai dan mengasyikkan

Banglo penginapan kami

 Ikan fresh

Jenahak fresh 

 Tugasan rasmi sambil menikmati jamuan makanan laut

Saturday, March 24, 2012

MENIKMATI KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH DARI KLIA KE LANGKAWI

Assalamualaikum wbt,

Rezki lagi,  my boss ajak ke Langkawi atas urusan rasmi ( 5-7 Mac lalu ), seronok dapat amik gambar lagi dari  atas pesawat...mungkin pada setengah orang boring amik gambar yang sama,  pada saya setiap gambar awan berbeza dan menarik....Minat dan citarasa masing-masing..

Pesawat bergerak ke landasan untuk berlepas

Dah take off
Masih atas ruang udara KLIA

Atas ruang udara Puchong

Boleh nampak Putrajaya

Ni yang paling mendamaikan...
awan tebal kumulus nimbus

Dengan sengaja tidak menggunakan flash

Melintasi ruang udara Perak, banyak kuala sungai

Melintasi Pulau Pinang,  sebelah kanan bawah tu
Lapangan Terbang Bayan Lepas, PP

Menghampiri Pulau Langkawi

Cantik kepulauannya  dan air lautnya jernih

Selamat mendarat


Alhamdulillah selamat mendarat dan berada di sini dua malam di sini atas tugasan rasmi.

Friday, March 23, 2012

MENIKMATI KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH DARI KUCHING KE KLIA

Assalamualaikum wbt,
( Entri ini memang terlewat)

Saya suka nak share gambar2 masa pulang dari Kuching, 6-7 Januari lalu  (atas tugasan rasmi) ke KLIA,  ruang udara dan gambar awan.  

Hujan lebat sebelum berlepas

Dah take off

 Bandaraya Kuching

 Awan tebal ketika ini

 Melintasi bandar Pekan, Pahang

 Ruang udara Negeri Sembilan...hampir mendarat

 Ruang udara Sepang..ready nak mendarat
Selamat mendarat

Sepertimana yang saya maklum dalam entri2 awal,  saya tidak pernah jemu snap gambar awan,  saya seronok, tenang dan puas dapat tengok awan. Lepas ni entri dari KLIA to Langkawi pulak.

Thursday, March 22, 2012

APA ITU WUDHUK ?

Assalamualaikum wbt,
( Berkongsi email dari rakan pejabat)

Berwuduk merupakan syarat wajib untuk mendirikan solat yang disebut dengan mengambil wuduk atau dalam bahasa Melayu, mengambil air sembahyang.Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk. 
Kemudahan berwudhuk di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya
(Masjid Besi)

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh kenapa mesti telinga. Banyak rahsia dalam kandungan wuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Apa keistimewaan air wuduk?
- Air wuduk dapat menyejukkan hujung-hujung urat saraf pusat, jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Wuduk dengan air sejuk, juga membantu merangsang dan mengefektifkan sistem kerja saraf. Rangsangan tadi, akan memberi kesan positif pada prestasi saraf pusat yang berada di otak. Tidak hairanlah jika selepas wuduk kita selalu merasakan suasana segar, yang tak dirasakan sebelum wuduk.

- Air wuduk dapat mengurangkan ketegangan jiwa, stress, mengurangkan rasa sedih, rasa khuatir dan rasa marah


Dengan keistimewaan inilah kenapa Rasulullah SAW selalu menganjurkan kita untuk segera berwuduk jika kita sedang marah dan beremosi.
- Air wuduk dapat melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh dengan baik
Ketika air mengalir pada anggota wuduk, maka secara automatik pembuluh darah bertindak-balas untuk bekerja lebih cepat mengalirkan darah ke seluruh tubuh sebagai untuk menormalkan suhu tubuh, kerana bertemu suhu panas dalam tubuh dengan air sejuk air wuduk. Samasa itu juga darah mengalir ke kawasan muka, kedua tangan dan tapak kaki dengan sangat lancar.
- Air wuduk dapat menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar tubuh melalui bulu-bulu halus yang tumbuh di sekitar kulit.

Ketika aliran darah mengalir ke seluruh tubuh, termasuk pada bahagian kulit, maka kelenjar peluh langsung bekerja menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar tubuh melalui bulu-bulu halus yang tumbuh dni sekitar kulit.Walau tidak nampak pada pandangan mata, mungkin inilah rahsianya kenapa kita disunahkan membasuh tiga kali pada setiap anggota wuduk. Kelihatan kulit sekitar wajah dan lain anggota wuduk nampak cantik dan putih berseri sehingga penuaan boleh dihindarkan. 

- Air wuduk dapat menyegarkan berbagai organ yang ada di wajah dan menjadi cerah.
Berkumur juga akan menyegarkan. Membasuh wajah dan kedua tangan sampai siku, serta kedua kaki memberikan manfaat untuk menghilangkan debu-debu dan pelbagai bakteria, apalagi dengan membersihkan badan dari peluh dan kotoran lainnya yang keluar melalui kulit. 

 Tempat berwudhuk yang canggih

Tuesday, March 20, 2012

ALLAH LEBIH MENYAYANGI MEREKA

Assalamualaikum wbt,

Semalam saya kehilangan seorang lagi rakan baik yang juga kawan sekelas saya pada tahun 1979 hingga 1980, arwah Badrul Zaman Abd Malek, meninggal di Hospital Serdang akibat kanser di leher.  Saya difahamkan beliau menderita sakit sejak beberapa bulan lalu.

Saya tak sempat menziarahi beliau di Hospital Seremban dan yang terbaharu sebelum meninggal di Hospital Serdang. Beliau meninggal semalam lebih kurang jam 6.00 petang, selepas dikapankan dan disolatkan di bawa ke Surau Jubli Perak, Bandar Baru Bangi dan akhirnya di semadikan diTanah Perkuburan Taman U,  Sg Tangkas pada jam 1.30 pagi ( 20 Mac 2012)Sempat menziarahi beliau di Surau Jubli Perak sebelum dikebumikan. 

Sehingga penulisan ini saya masih lagi terasa kehilangannya kerana saya dan arwah sebaya,  bila-bila masa saya dan ketika saya pulak.  Moga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah. Ameen

Sunday, March 18, 2012

PERISTIWA YANG PERLU SAYA INGAT HINGGA AKHIR HAYAT

Assalamualaikum wbt,


( Berkongsi cerita dan pengalaman benar diri sendiri)

Sejak akhir2 ni terlalu banyak kes anak hilang dan termasuk kes bunuh kanak-kanak,  saya jadi ngeri, seriau dan takut dan hanya dapat berusaha dan berdoa setiap masa.

Saya percaya ramai di kalangan kita pernah melalui peristiwa ngeri, tragedi menyayat hati dan kita akan kenang hingga akhir hayat termasuk kehilangan orang kita saya termasuk ibu bapa, abang kakak dan sedara mara.  Tetapi yang saya ceritakan adalah cerita yang berkait hampir kehilangan orang yang kita sayang termasuk kemalangan jalanraya , anak hilang di pasaraya dan hilang di rumah.

Kes pertama anak saya Muhammad Danial Rezza,  awal tahun 1997 ketika dia berumur 8 bulan baru belajar merangkak, ketika itu tempat tinggal kami teres satu tingkat,  saya bercuti dan  tertidur di ruang tamu dan grill rumah terdedah dan pintu pagar utama terbukak luas.....Danial merangkak keluar rumah dan jiran saya berbangsa Cina terjumpa anak saya atas jalan, saya siap dimarahi oleh jiran saya tu.....saya terdiam dan terkulat2 sebab baru tersedar dari tidur. Alhamdulillah jiran saya jumpa.... NGERI  bila terkenang peristiwa ini....kalau Danial dilanggar kereta atau diculik oleh orang lain.... " Maafkan ayah Danial "

Kes  kedua jugak melibatkan Danial Rezza,  lagi tragis....saya NGERI bila ingat peritiwa ni,  tahun 2000,  masa tu saya ke Pelabuhan Klang bersama Danial yang  berumur 4 tahun...ketika itu saya sedang memandu kereta Perodua Kancil....pintu kereta sebelah tempat duduk Danial tidak tertutup rapat kerana kesilapan saya sebab tidak periksa semasa saya masuk kereta.  Apabila kereta sedang berjalan dan ketika nak membuat pusingan U di salah satu jalan utama di tengah-tengah bandar Pelabuhan Klang, pada ketika itu kesilapan saya yang paling besar adalah menyuruh Danial membuka pintu kereta dengan tujuan memastikan pintu kereta ditutup rapat,  nak tau apa jadi....bila sahaja pintu kereta dibuka....pintu kereta tu terus menarik Danial keluar kenderaan,  dia tercampak dan bergolek di atas jalan raya dah macam dalam drama dan filem.....saya panik dan terus membrek kenderaan.....meluru dan berkejar ke Danial, pada ketika itu orang ramai dan ada beberapa pemandu lori hon ke arah saya dan ada yang marah dengan saya,  saya dah tak peduli semua tu....terus meluru ke arah Danial , dakap dan peluk dia erat....Danial menangis sebab terkejut dan saya pun menangis sekali...."Maafkan ayah Danial" ....jika apa2 terjadi pada Danial saya harus dipersalahkan sepenuhnya...Selama seminggu saya dimarahi oleh wife, penjaga anak saya dan sedara mara yang tahu  insiden ini....saya terima semua kesalahan ini dan jadikan panduan di masa akan datang. ( Kesan baik , sehingga skrg saya akan lock kereta dari dalam wpun mereka dah besar panjang....saya masih fobia sehingga kini)

Dah besar panjang Danial sekarang, 16 tahun

Kes ketiga melibatkan anak bongsu saya Muhammad Ammar Zikri....tragis  jugak tetapi  bila diingat rasa seriau jugak....hilang di IOI Mall Puchong....tahun 2005.....budak2 memang suka main lari lari dan nyorok2 di celah celah kain dan kedai....bila  saya dan wife leka membeli belah....terlupa pada Ammar yang ketika itu baru 7 tahun....dekat2 15 minit cari dia.....hilang entah ke mana.....pucat lesi dan muka saya dan wife....nasib baik Ammar akalnya panjang sikit....dia menjerit nama saya dan wife....lepas tu dia pergi jump guard kat Jaya Jusco, Puchong tu....lega bila ternampak Ammar dengan guard....wife peluk Ammar....dia menangis tersedu-sedu dan sempat cerita....camana dia panik dan teringat apa saya dan wife pesan kalau 'terhilang 'dalam pasaraya. Syukurlah....( Kesan baik sehingga kini...jerit kat mereka bila mereka lari jauh2 wpun mereka dah besar panjang)

Ammar pun dah besar sekarang,  13 tahun


Pada semua pembaca yang masih ada anak2 kecil antara 3 hingga 7 tahun....jaga mereka , kalau perlu ikat tali pada tangan mereka masa kita membeli belah....keselamatan perlu kita jaga, jangan nanti kita menyesal seumur hidup.

Sehingga kini bila terkenang 3 peristiwa yang telah berlaku pada anak2 saya,  saya  masih lagi terasa ngeri, seriau dan bersalah pada diri sendiri dan bersyukur kerana Allah masih memberikan peluang kepada saya untuk menjaga anak2 saya.

Wednesday, March 14, 2012

BUKAN DOA KAMU YANG MAKBUL ....!

Assalamualaikum wbt,
( Berkongsi cerita yang saya perolehi dari email teman pejabat dan dari blog  yang saya baca)

 Ya Allah mohon dimakbulkan doa hambamu ini, 
gambar sekadar hiasan sahaja

Saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.
Cerita yang saya dengar itu begini:

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.

Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH… Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul. 

 Ya Allah  mohon dimakbulkan doa hambamu ini

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.
Semoga bermanfaat note ini.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita. 

p/s Saya teringat pada arwah ibu dan abah saya yang sentiasa mendoakan saya dulu, moga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat.  Baru saya sedar doa mereka lebih berkat dari doa saya.

Monday, March 12, 2012

TUGASAN RASMI ATAS HELIPAD BANGUNAN TM ANNEXE 2

Assalamualaikum wbt,

Dua minggu lepas ( 28 Feb 2012) dapat peluang naik ke atas helipad bangunan tempat kerja, Bangunan Annexe 2, selepas menaiki lif ke tingkat 32, naik lagi tangga dua tingkat sebelum ke bumbung bangunan,  keluar dari bumbung terus ke arah tangga untuk naik ke atas helipad..sedia menanti tangga yang tegak 90 darjah  tu, terus terasa gayat, takut, lutut ketaq dan ternampak bahaya antena tajam sebelah tangga...sempat doa dalam hati biar semuanya selamat sebab ada peralatan yang saya tidak gunakan masa naik tangga ini

Tu dia tangga 90 darjah tegak ke atas, 
 bahaya pun ada di tepi tangga

Pandangan dari bahagian atas helipad

Bila dah naik ke atas helipad, kena buat pengesahan mini satelit tu ( VSAT) tu tidak merbahaya kepada pekerja yang membuat penyelenggaraan harian.




Sempat posing kat atas helipad

 Bahaya antena tajam menanti semasa naik dan turun tangga


Antena tajam ni akan dialihkan sedikit masa lagi

Sempat menikmati pemandangan KL, ketika ini cuaca begitu cerah dan panas.