Wednesday, March 28, 2012

IMPIAN JADI NYATA - GOLDEN DREAMS- JAKARTA & SOLO ( PART 5)

Assalamualaikum wbt,

Allah memperkenankan satu lagi doa saya ....kali ini Jakarta dan Solo di Jawa Tengah ( Feb 1992)

Syukur alhamdulillah, rezki saya mula kerja dengan Yayasan Selangor (YS) mulai 1988.  Selepas beberapa tahun di YS iaitu tahun 1990 saya berpeluang ke Sabah atas program Pesta Sukan Antara Yayasan di Kota Kinabalu Sabah. 
Awal tahun 1991 beberapa pegawai kanan di hantar ke Geneva atas program pendidikan dan conference pendidikan atas hasil kesetiaan mereka bersama Yayasan, saya TIDAK terpilih kerana  saya dianggap masih muda dan banyak masa lagi.  Pada tahun itu jugak pengurusan bermesyuarat dan bersetuju membeli peralatan gamelan kerana ingin menubuhkan Unit Kebudayaan setiap asrama  Yayasan Selangor dan pasukan Gamelan akan beroperasi di Asrama Doktor Latiff.  Mereka bersetuju membeli set peralatan gamelan  dari Solo, Indonesia dan ketika keputusan mesyuarat di buat saya ada bersama mereka,  dalam hati berkata "kalau dapat gi Solo best jugak", tapi saya berangan agaknya kerana ramai lagi yang senior akan dihantar ke sana. (Semua gambar menggunakan kamera biasa SLR CANON EOS 630 milik YS ketika itu dan belum ada DSLR lagi)

Kali pertama menjejaki Jakarta, tahun 1992
terus ke Taman Mini Indonesia Indah (TMII) saya bersama
dengan En Wan dari KBN, Kuala Lumpur
  
Dalam hidup kekadang kita tak sangka apa yang akan berlaku kerana semuanya rahsia Allah. Awal bulan Januari 1992 saya dipanggil oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor ketika itu, Tn Hj Shahibi Mohd Shariff,  bertanyakan passport antarabangsa dan seterusnya mengarahkan  saya ke Solo atas tugasan rasmi dalam bulan Februari , membayar baki bayaran set gamelan di Solo, memastikan logo YS warna yang betul dan memastikan peralatan tersebut sedang dalam pembikinan. Dalam hati saya terkedu dan terkejut, " ya Allah...rezki saya  rupanya ".   Pada saya tugasan ini mudah dan lebih kepada mereka nak reward saya atas kesetiaan saya di YS. Ribuan terima kasih kepada Tn Hj Shahibi dan aku bersyukur kepada Allah.

Melintasi Sg Bengawan Solo (mintak maaf lagu sahaja
indah, tetapi air sungainya keruh sama cam air Sg Klang)


Pemandangan sawah padi luas mata memandang
depan bengkel perusahaan gamelan


Melihat proses membakar dan mengetuk gamelan
peringkat awal
Saya sedang meneliti dari dekat proses mengilat
Yang telah siap digilap dan dikilatkan
Membayar baki bayaran kepada pemilik perusahaan ( berbaju T)
 dan Pak Sukirman (berbaju batik) agen di Solo
Bergambar bersama keluarga Pak Sukirman
Alhamdulillah , saya dapat melihat semua proses membuat gamelan termasuk ukiran kayu dan proses 'tuning' oleh  pengusaha dan pekerja-pekerjanya.  Bagi tempahan YS mereka mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk menyiapkan keseluruhan set gamelan termasuk proses penghantaran ke Malaysia. 

Tugasan ini yang tidak dijangka menjadi rezki saya ,  Allah menentukan segala2nya.  Saya akui pada ketika itu,  kalau saya nak guna duit sendiri ke Solo,  saya tidak akan mampu, apatah lagi ketika itu hanya penerbangan MAS  ke Jakarta kemudian dariJakarta saya menaiki pesawat Merpati Air ke Solo.
 Air Asia mana ada ketika itu !. Sekarang semua mudah dan murah dengan Air Asia.

6 comments:

Ayah Zain said...

salam hj li,

salam ziarah. lama tak datang umah hj li ni, sampai tak kenal saya hj li yang mana satu. heheheh

rezeki said...

salam


nampak muda belia masa tu hehehe

foto2 lama masih disimpan dengan baik dan sebagai kenangan kita sepanjang hidup

CM said...

mudanyerrrrr....

rosli said...

Hj Az,

Gambar 20 tahun dulu.....kurus lagi...hehehe

rosli said...

Hj Cr,

Betultu.....masih muda masa tu....baru 29 tahun..... Alhamdulillah gambar2 tu masih ada, cuma albumnya dah buruk

rosli said...

CM,

Hehehe....masa tu 29 tahun.....skrg terasa tu dah masuk 49....diam tak diam dah 20 tahun kali pertama ke SOLO....kenangan manis