Friday, March 9, 2012

IMPIAN JADI NYATA - GOLDEN DREAMS ( PART 4)- UM DAN MANILA

Assalamualaikum wbt,

Syukur alhamdulillah, salah satu golden dream masa belajar kat sekolah dulu memang nak masuk UM...sejak dari tahun 1977 , masa tu form 2 memang dah berniat masuk UM, Allah makbulkan doa ibu ku dan doa aku.  Pengalaman belajar di UM dari tahun 1983 hingga 1986
 masih terpahat di minda hingga kini...kenangan manis sebagai mahasiswa, ibu dan abang sulong aku menyaksikan majlis konvokesyen buat aku sebak dan gembira. Puas hati dapat gembirakan hati ibu yang nak sangat aku masuk Universiti ketika itu. Al Fatihah untuk arwah ibuku Hjh Mahiam Bt Hj Hassan dan  arwah bapaku Ibrahim bin Mat Dom.   Terima kasih kepada pembaca yang sedekah Al Fatihah untuk arwah ibuku dan arwah bapaku. Moga roh mereka berdua ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Ameen.

Dalam simpanan ada gambar tahun 2010 sahaja..
 
Masa belajar kat UM, aku jumpa lagi banyak perkara dan berangan macam2 ,  tapi tak pernah pasti semua tu akan jadi nyata.  Salah satu subjek aku pasal awan , 3 tahun belajar pasal awan.....( entri pasal awan baru sudah)...dan satu subjek Geografi Asia Tenggara , aku pilih pasal negeri Filipina....teringin sangat nak pergi Filipina...

Istana Malacanang salah satu mercu tanda Filipina
Kalau ke Filipina wajib ke sini, Rizal's Park

Tahun 1986 aku dapat hadiah dari abang sulong aku ikut dia ke Manila  sebab dia ada kerja di sana....seronok sangat....Allah mendengar impian aku ke sana,  3 malam di sana...stay kat Manila, Quezon City...berjalan-jalan kat Makati...gabungan 17 bandar utama ini jadi Metro Manila....kalau salah fakta aku mohon maaf. Banyak jugak tempat dapat lawat termasuk Rizal's Park dan sempat ke Pantai Baquio , utara Manila dan Quezon City..

Pemandangan pantai Baguio yang cantik di waktu senja 

Masih lagi berangan nak ke Mindanao,  kalau dapat nak berjumpa dengan bekas pemimpian MNLF,  Nur Misuari, bekas pemimpin MORO....

2 comments:

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

Allah itu maha mendengar dan maha pemurah
suka umatNya memohon kpd Nya

rosli said...

Hj Rozali,

Berkongsi apa yang saya rasa dan lalui , saya bersyukur kepada Allah yang sentiasa memberikan peluang kepada saya dan impian saya