Monday, March 12, 2012

TUGASAN RASMI ATAS HELIPAD BANGUNAN TM ANNEXE 2

Assalamualaikum wbt,

Dua minggu lepas ( 28 Feb 2012) dapat peluang naik ke atas helipad bangunan tempat kerja, Bangunan Annexe 2, selepas menaiki lif ke tingkat 32, naik lagi tangga dua tingkat sebelum ke bumbung bangunan,  keluar dari bumbung terus ke arah tangga untuk naik ke atas helipad..sedia menanti tangga yang tegak 90 darjah  tu, terus terasa gayat, takut, lutut ketaq dan ternampak bahaya antena tajam sebelah tangga...sempat doa dalam hati biar semuanya selamat sebab ada peralatan yang saya tidak gunakan masa naik tangga ini

Tu dia tangga 90 darjah tegak ke atas, 
 bahaya pun ada di tepi tangga

Pandangan dari bahagian atas helipad

Bila dah naik ke atas helipad, kena buat pengesahan mini satelit tu ( VSAT) tu tidak merbahaya kepada pekerja yang membuat penyelenggaraan harian.




Sempat posing kat atas helipad

 Bahaya antena tajam menanti semasa naik dan turun tangga


Antena tajam ni akan dialihkan sedikit masa lagi

Sempat menikmati pemandangan KL, ketika ini cuaca begitu cerah dan panas.



4 comments:

sonata anak kancil said...

kerje berisiko ni gaji sangat mahal !
cikgu tak ade le panjat2 ni...tapi cikgu yang ngajar budak buat kerje ni! kalau cikgu tak ajar - tak lah tuan kerje macam ni !!!

rosli said...

Hjh ,

Betul tu, kerja ni sentiasa berdepan dengan bahaya, gaji very subjektif....betul tu....cikgu boleh ajar dan tak semestinya memanjat sama. Kes saya kali ni, saya nak tengok jugak apa ada atas bumbung tu.

ainhany said...

salam tn hj,

x gayat ke dok atas2 tuh...tenguk bawah kecik jer!! angin kuat kan...mmm boleh la main layang2 hihii..

Lgi..bagaimana nak kenaLPASTI antena ini mngancam kesihatan dan mngundang pencemaran radiasi??? ada julat tertentu dan kesan segera?

Bestnya keje mncabar dan kepakaran teruja. selamat bertugas tn hj!! Hati2 naik dan turun tangga tu...

rosli said...

Ainhany,

To be frank saya pun gayat jugak atas tu, lepas naik tangga saya rasa menggeletar lutut saya,tp pasal kerja saya gagahkan jugak.

Bab radiasi tu actully bukan tugas hakiki saya, tp nak maklum bahawa VSAT dan antena penerima gelombang radio tu tidak merbahaya sangat.

Saya ketika itu tidak membawa sebarang peralatan utk mengukur radiasi, tetapi saya akan bawa satu lgi team yang akan mengukur radiasi (jika ada). Memang julat tertentu dan kesan jika kuat radiasinya...Setakat ini belum ada kes yang serius kcuali ada kes2 yang mereka mendakwa ada radiasi, tetapi belum ada bukti yg benar2 nyata. Saya akan share jika ada kesan yang nyata