( Berkongsi cerita dan pengalaman benar diri sendiri)
Sejak akhir2 ni terlalu banyak kes anak hilang dan termasuk kes bunuh kanak-kanak, saya jadi ngeri, seriau dan takut dan hanya dapat berusaha dan berdoa setiap masa.
Saya percaya ramai di kalangan kita pernah melalui peristiwa ngeri, tragedi menyayat hati dan kita akan kenang hingga akhir hayat termasuk kehilangan orang kita saya termasuk ibu bapa, abang kakak dan sedara mara. Tetapi yang saya ceritakan adalah cerita yang berkait hampir kehilangan orang yang kita sayang termasuk kemalangan jalanraya , anak hilang di pasaraya dan hilang di rumah.
Kes pertama anak saya Muhammad Danial Rezza, awal tahun 1997 ketika dia berumur 8 bulan baru belajar merangkak, ketika itu tempat tinggal kami teres satu tingkat, saya bercuti dan tertidur di ruang tamu dan grill rumah terdedah dan pintu pagar utama terbukak luas.....Danial merangkak keluar rumah dan jiran saya berbangsa Cina terjumpa anak saya atas jalan, saya siap dimarahi oleh jiran saya tu.....saya terdiam dan terkulat2 sebab baru tersedar dari tidur. Alhamdulillah jiran saya jumpa.... NGERI bila terkenang peristiwa ini....kalau Danial dilanggar kereta atau diculik oleh orang lain.... " Maafkan ayah Danial "
Kes kedua jugak melibatkan Danial Rezza, lagi tragis....saya NGERI bila ingat peritiwa ni, tahun 2000, masa tu saya ke Pelabuhan Klang bersama Danial yang berumur 4 tahun...ketika itu saya sedang memandu kereta Perodua Kancil....pintu kereta sebelah tempat duduk Danial tidak tertutup rapat kerana kesilapan saya sebab tidak periksa semasa saya masuk kereta. Apabila kereta sedang berjalan dan ketika nak membuat pusingan U di salah satu jalan utama di tengah-tengah bandar Pelabuhan Klang, pada ketika itu kesilapan saya yang paling besar adalah menyuruh Danial membuka pintu kereta dengan tujuan memastikan pintu kereta ditutup rapat, nak tau apa jadi....bila sahaja pintu kereta dibuka....pintu kereta tu terus menarik Danial keluar kenderaan, dia tercampak dan bergolek di atas jalan raya dah macam dalam drama dan filem.....saya panik dan terus membrek kenderaan.....meluru dan berkejar ke Danial, pada ketika itu orang ramai dan ada beberapa pemandu lori hon ke arah saya dan ada yang marah dengan saya, saya dah tak peduli semua tu....terus meluru ke arah Danial , dakap dan peluk dia erat....Danial menangis sebab terkejut dan saya pun menangis sekali...."Maafkan ayah Danial" ....jika apa2 terjadi pada Danial saya harus dipersalahkan sepenuhnya...Selama seminggu saya dimarahi oleh wife, penjaga anak saya dan sedara mara yang tahu insiden ini....saya terima semua kesalahan ini dan jadikan panduan di masa akan datang. ( Kesan baik , sehingga skrg saya akan lock kereta dari dalam wpun mereka dah besar panjang....saya masih fobia sehingga kini)
Dah besar panjang Danial sekarang, 16 tahun
Kes ketiga melibatkan anak bongsu saya Muhammad Ammar Zikri....tragis jugak tetapi bila diingat rasa seriau jugak....hilang di IOI Mall Puchong....tahun 2005.....budak2 memang suka main lari lari dan nyorok2 di celah celah kain dan kedai....bila saya dan wife leka membeli belah....terlupa pada Ammar yang ketika itu baru 7 tahun....dekat2 15 minit cari dia.....hilang entah ke mana.....pucat lesi dan muka saya dan wife....nasib baik Ammar akalnya panjang sikit....dia menjerit nama saya dan wife....lepas tu dia pergi jump guard kat Jaya Jusco, Puchong tu....lega bila ternampak Ammar dengan guard....wife peluk Ammar....dia menangis tersedu-sedu dan sempat cerita....camana dia panik dan teringat apa saya dan wife pesan kalau 'terhilang 'dalam pasaraya. Syukurlah....( Kesan baik sehingga kini...jerit kat mereka bila mereka lari jauh2 wpun mereka dah besar panjang)
Ammar pun dah besar sekarang, 13 tahun
Pada semua pembaca yang masih ada anak2 kecil antara 3 hingga 7 tahun....jaga mereka , kalau perlu ikat tali pada tangan mereka masa kita membeli belah....keselamatan perlu kita jaga, jangan nanti kita menyesal seumur hidup.
Sehingga kini bila terkenang 3 peristiwa yang telah berlaku pada anak2 saya, saya masih lagi terasa ngeri, seriau dan bersalah pada diri sendiri dan bersyukur kerana Allah masih memberikan peluang kepada saya untuk menjaga anak2 saya.
8 comments:
salam,,
kecut perut baca cerita en li,,,aduhai macam kata orang tua,,Nampaknya Daniel bagai ditatang malaikat bila terjatuh atas jalan..
CM pun pernah hilang marwan lebih kurang 15 minit di KLCC,,,sampai CM terpaksa guna CCTV untuk mengesan dia...dan sekali lagi abahnya bawak pi klinik di Wangsa Maju dia keluar dari klinik sendirian bila abahnya ke toilet.
CM sangat takut sejak tu,,,
Assalamualaikum En Rosli
Alhamdulillah
Syukur
Salam En Rosli,
Seriyau..seriyau..sangat takut bila teringat kisah macam tu.
Mama nadz pun pernah juga mengalaminya,anak kedua(umi Idris) masa umur +-5 tahun hilang di pasar minggu,akibat main sembunyi2 dengan abngnya.,entah kemana hilangnya..3 jam cari, mama nadz dah nak pengsan..
Akhirnya pergi ke tempat parking kereta yg terletak sangat jauh,dia kelihatan terjelepuk duduk tepi kereta(macamanala dia lintas jalan yg sibuk dan berjalan ke tempat park kereta)sekarang anak tu dah 28 tahun!
Assalamu'alaikum wbt Rosli.
Bagus kisah ini untuk dijadikan iktibar kepada kita semua.
Jika kita bawa anak perumpuan shopping kat pasaraya dan sebagainya, jika dia hendak ke tandas, jangan biarkan dia pergi seorang diri, walupun dia dah besar panjang, sebab anak kawan saya (umur 20 tahun) pernah diculik di salah sebuah pasaraya di Melaka ketika pergi ke tandas, walhal dia pergi shopping dengan emak dia.
CM,
Saya percaya Danial ditatang malaikat ketika itu, apapun saya masih rasa bersalah.
Kita saling ingat mengingati
Hj Rozali,
Alhamdulillah, syukur pada Allah masih bagi peluang pada saya untuk jaga mereka
Mana Nadz,
Betul tu, siapa yang dah pernah alami peristiwa sebegini akan ingat lebih lama
Hj Mohd Saad,
Betultu, kita kena ikut mereka seberapa dekat....pengajaran untuk kita semua
Post a Comment