Assalaamualaikum wbt,
Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang
cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang
merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah
kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu
miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing
(suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah berasal
sama (dari Adam, dan seagama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka
dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut.
Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah)
yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang
mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka
(hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan
keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang
ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan)
yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba
perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di
antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba
perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Minggu lepas (27 Mei 2012) saya berada di Yong Peng , menghadiri majlis perkahwinan anak sedara wife , Nadia Md Nasir. Selamat pengantin baru pada Nadia dan suami, moga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Nadia Md Nasir, anak sedara my wife, ni sahaja gambar yang ada
dalam hp saya, gambar2 lain dalam kamera
dalam hp saya, gambar2 lain dalam kamera
Semalam (3 Jun 2012) anak sedara saya pulak , Mohd Fauzan Amizan melangsungkan majlis perkahwinan di sebelah lelaki di Seksyen 8, Petaling Jaya. Selamat pengantin baru dan moga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat. Ameen
Mohd Fauzan dan Nisa
Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu
isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba
perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah
kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu
berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa
saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu
(dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari
sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu)
yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan
bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada
Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi
suka berkahwin dengannya; perkahwinan
yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, buka bagi orang-orang yang
beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami
wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan
hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; - supaya tidak menjadi
keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
(Al-Ahzaab 33:50) |
No comments:
Post a Comment