Assalamualaikum wbt,
(berkongsi email dari rakan pejabat)
Qarin
adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan
ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti
ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya,
Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada
umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan.
Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan
sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya
membuat ibadah dan kebaikan.
Firman
Allah:
“Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran
(Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan
baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan
itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)
Untuk
mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah
kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat.
Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh
Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum
melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat
melaksanakan perintah Allah.
Rasulullah
s.a.w bersabda:
“Tiada seorang pun daripada kamu melainkan sudah diwakili
bersamanya Qarin daripada jin dan malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya
Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku
sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan
sahaja.” (Hadith
Riwayat Muslim dan Ahmad)
Aisyah r.a
menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya
(Aisyah), lalu Aisyah berkata:
“Aku merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah
balik dan bertanya: “Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku
berkata: “Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.”
Sabda Baginda s.a.w: “Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya:
“Apakah aku ada syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu
Qarin.” Aku bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab
Baginda: “Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith Riwayat Muslim)
Di
dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua
perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia
Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap
kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.”(Hadith Riwayat Baihaqi)
Ibn
Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang
beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang
mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang mengikuti orang kafir itu
gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila
tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun
begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: “Aku
sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum.”
Qarin
akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya apabila manusia itu (kembarnya)
meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan Qarin
terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun,
apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan
Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas tangan dan tidak
bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang dilakukan manusia itu
Nota: Jangan sampai Qarin kita berlepas tangan atas
kesesatan atau kederhakaan yang telah kita lakukan.
2 comments:
Salam
Moga kita sentiasa beringat.
Masa anak saya Nabil di sek asrama Melaka selalu sangat cerita2 pasal Qarin, sampai dia pun takut!
Mamaju,
Betultu ,kita kena bagitau anak2 dan orang kita kenal pasal Qarin ni, biar mereka beringat. TQ
Post a Comment