Friday, June 22, 2012

MOOD CERIA DAN MOOD HARAPAN

Assalaamualaikum wbt,

Alhamdulillah.....pagi ni tadi mood saya telah berubah.....tanda2 positif telah ada, ada sinar cahaya....saya kena usaha carikan pengganti saya.....boss suruh delay sikit dan kalau dapat pengganti maka saya boleh berhijrah ke unit baru.....Subhanallah.  Mood kembali ceria dan kembali bersemangat.

Bertimbang Rasa Dengan Orang Bawahan
Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a : “ Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad SAW bersabda kepada ku :” Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka.”
 
(al-Bukhari) 
 
Huraian
 
Komunikasi dua hala seharusnya berlaku antara majikan dan orang bawahan. Seseorang majikan atau pun ketua tidak seharusnya mempunyai sikap angkuh pada kedudukan atau jawatan yang disandangnya. Sikap ‘egoist’ akan menyebabkan seseorang majikan itu tidak dapat bekerjasama dengan orang bawahan sehingga menerbitkan perasaan dendam dan benci mereka terhadap ketua. Seharusnya seorang ketua mestilah menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh pekerjanya, biarpun betapa kecil kerja tersebut atau ianya belum mencapai piawaian yang dikehendakinya kerana tanpa usaha yang dilakukan oleh orang bawahan mustahil seorang ketua dapat mencapai tahap kecemerlangan. Justeru jangan menganggap orang bawahan sebagai hamba dan hendaklah menghormati maruahnya sebagai seorang manusia seterusnya memberikan penghargaan seadil-adilnya tanpa adanya sifat pilih kasih.

8 comments:

sonata anak kancil said...

Terima kasih tazkirah ini - saya cuba sedaya upaya agar orang bawahan tidak terasa ada gap yang jauh - mereka bekerja untuk kerja kita - kita hargai kerja2 yang dilakukan oleh mereka. Bukan senang nak jaga ini semua !

norh said...

Ada tips nak berdepan dgn bos masa hantar surat resign dak? ;)

rosli said...

Hjh Zaleha,

Betul tu Hjh, tidak mudah, tetapi kalau kita tidak pilih kasih dan sentiasa berdoa dengan Allah saya yakin boleh buat keputusan yang betul dan tepat. Insyallah

rosli said...

Norh,

Ada byk tips, kalau kita nak resign cara baik, kita terus terang dengan boss, dapat kerja baru, gaji lebih dan kerja yang kta suka.

Kedua kalau kita tak mau boss tau mana kita pergi...kita just hantar suraanta suratt dan tak perlu explain. Jgn bagitau apa2...hak untuk resign adalah hak kita asal kita ikut proses dan terma perkhidmatan

Ketiga, cara kalau kita marah dengan boss....hantar surat, bila dia dah luluskan surat resign....lagi satu hari sebelum kita blah...face to face cakap dekat muka dia kenapa kita tak suka muka dia.....lepas cakap terus belah...janji puas hati.

Keempat hantar surat resign awal2...tengok2 kalau boss nak counter offer kita lebih....ni taktik pancing...hehe.

Kelima jika kita nak terus terang inilah masa yang sesuai masa hantar surat resign....kita bagitau apa pandangan kita pandang tepat mata dia....senyum dn merendah diri...saja bagitau nak tukar angin, nak dpt pengalaman baru dan byk lagi alasan.

Saya dah lebih 3 kali ada penglaman resign...so far so good....saya amik pendekatan terus terang

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

antara satu samalain misti ada suasana harmoni

norh said...

Trima kasih atas tips...saya baru ada pengalaman sekali sepanjang sebelas thn ni.. Kot2 saya tergerak hati nak berubah angin.. ;)

rosli said...

Hj Rozali,

Betul tu....Industrial harmoni mmg jadi perkara penting

rosli said...

Norh,
Kalau jika boleh terus terang dgn boss lagi best