Wednesday, November 21, 2012

BERBUDI PADA TANAH- MENUAI HASIL , PART 3

Assalaamualaikum wbt,

Raya haji lepas, (26 Oktober) saya berkesempatan (menuai hasil) memetik kelapa muda dan limau kasturi untuk saya bawa balik ke rumah saya di Bangi.


LEBAT BETUL BUAH DI SETIAP TANDAN KELAPA 
POKOK MASIH RENDAH
BOLEH CAPAI DENGAN TANGAN
AMMAR PUN BOLEH CAPAI BUAH KELAPA NI
ALHAMDULILLAH, SKILL MENGOPEK DAN MEMOTONG 
KELAPA MUDA MASIH ADA LAGI
KELAPA YANG DAH SIAP DI KUPAS DAN ISI YANG SAYA SUKA
AMMAR BERANI MENCUBA DENGAN TUNJUK AJAR SAYA
DUA TANDAN SAYA TURUNKAN
SIAP MASUK BONET KERETA DAN BAWAK BALIK BANGI
AIR KELAPA MUDA ANTARA MINUMAN PEBERET SAYA
POKOK LIMAU KASTURI  BARU BELAJAR BERBUAH
YANG POKOK LIMAU KASTURI TUA DAN BERBUAH LEBAT
SEDANG MEMETIK LIMAU KASTURI
SEBESEN JUGAK HASIL KALI INI

Begitulah hasil kelapa muda dan limau kasturi,  saya menumpang menuai hasil dari titik peluh ibu mertua saya...tidak rugi berbudi pada tanah.  

Lepas tunggu entri berkebun di belakang rumah saya pulak ( semuanya dalam pasu).

3 comments:

norh said...

he he..kadang2 sampai terlebih2 rezki dari tanah tu kan :)

rosli said...

Norh,

Betul tu, kekadang limau kasturi tu siap jatuh ke tanah selepas masak, kelapa pulak ok, bila dah jadi kelapa tua, boleh simpan lama. Rahmat dan rezki dari Allah

Unknown said...

As salam...

Jenis kelapa ni, adalah jenis malayan red dwarf ke,ataupun kelapa gading..tq