Monday, November 19, 2012

BERBUDI PADA TANAH- (PART 2) MENCANTAS DAN MEMBAJA POKOK RAMBUTAN- PART 2

Assalaamualaikum wbt,

Sebelum Raya Aidil Adha saya sempat ke nurseri tanaman di UPM bertanyakan baja yang sesuai untuk membantu mempercepatkan proses pembungaan pokok rambutan ini,  selepas solat Raya Aidil Adha baru2 ni ( kebetulan pagi tu tidak ada sembelihan korban yang ditunda ke hari Sabtu).... anak bongsu saya  Ammar Zikri yang membantu saya menabur baja dan saya pulak mencantas dahan pokok rambutan yang tinggi bagi memastikan pokok rambutan tidak terlalu tinggi dan 'mabuk' daun.  

Dah lama jugak tidak membuat kerja2 memanjat begini....terasa takut pun ada ,  lagi pun badan dah berisi sepatutnya tidak lagi boleh memanjat pokok....bahaya..dan takut dahan patah sebab berat badan saya.....kebetulan pokok yang satu ni penuh dengan kerengga pulak...habis satu badan kena gigit kerengga, alhamdulillah saya tak rasa sakit,cuma rasa gatal2 sikit  sebab dulu masa kecik2 selalu panjat pokok mangga dan rambutan yang penuh dengan kerenggga  dah selalu kena gigit kerengga ni..hehehe

Gambar Sebelum dicantas :

Gambar Selepas dicantas :
SEMPAT CANTAS DAHAN TENGAH YANG MENEGAK KE ATAS SAHAJA


SAYA TERPAKSA BERANIKAN DIRI 

Pokok rambutan yang kedua sebelum dicantas :


Selepas dicantas :


Alhamdulillah kerja mecantas dan membaja selesai dalam masa satu jam , kerja menabur baja dilakukan oleh anak bongsu saya Ammar Zikri, kesian dia kena gigit nyamuk satu badan,  saya pulak kena gigit kerengga satu badan....

2 comments:

Anonymous said...

Sebagai ingatan umum,

Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi manusia (hamba-Nya) walaupun sebesar zarah..

TETAPI manusia (hamba-Nya) yang menzalimi diri mereka sendiri..


----------


Macam-macam perkataan manusia..

Dengan kedaifan & kelemahan kita yang tersendiri...

Dalam keadaan umat yang kelam kabut ini..

Kita TIDAK TAHU siapa yang benar dan siapa yang salah...

Kita TIDAK PASTI siapa yang benar dan siapa yang salah...

Sama-sama kita memohon pertolongan & petunjuk kepada ALLAH


Terjemahan surah Al-Ikhlas:
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2] "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3] "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4] "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Sekadar ingatan (UMUM) utk kita semua....

Terima kasih..

rosli said...

Anonymous,

TK atas ingatan dan komen.

Memang dunia skrg tidak menentu dan kita tidak tahu yang mana benar dan mana yang salah, terutama bab politik kerana masing2 menegakkan benang yang basah.

Berdasarkan kepada penulisan Anonymous saya percaya tuan\puan memang mempunyai ilmu dan boleh berkongsi sama.

Kalau boleh tuan\puan berkongsi blog tuan\puan atau facebook tuan puan agar kita semua pembaca dapat sama2 berkongsi ilmu dan bagi memperbetulkan mana yang salah.

Saya sendiri tidak bersekolah tinggi di dalam bidang keugamaan, hanya merujuk kepada JAKIM dan buku2 bacaan...banyak yang perlu saya pelajari.

Ayuh kepada Anonymous agar kita sama2 menyahut cabaran dan berhadapan dengan dunia yang semakin materialistik dan ramai yang mencuba untuk menggunakan agama sebagai landasan untuk mencari pengaruh. Jom kita sama2 mencari kebenaran dan menyebarkannya kepada umat Islam.