Assalaamualaikum wbt,
Kami sekeluarga amik kesempatan ke Pengkalan Kubur, Kelantan pada 14 Oktober lalu, di bawa ke sana oleh kenalan kami yang tinggal di pengkalan Chepa, Razin dan isterinya Rina (orang Muar yang jugak kawan rapat wife saya) sebelum singggah di rumah pengantin perempuan di Wakaf Baru KB. Biasalah bila di Pengkalan Kubur tengok2 baju sukan untuk anak2...macam2 ada....jenama tiruan yang paling banyak...macam 'original'...design memang cantik dan up to date.
BERSAMA JERSI ARSENAL
AMMAR PENYOKONG BARCELONA
RAZIN DAN DANIAL PENYOKONG MANCHESTER UNITED
ISTERI SAYA DAN SAHABAT BAIK DIA RINA
PINTU MASUK DARI BELAKANG
TU DIA KEDAI2 YANG ADA
Bilangan kedai2 dah semaikn banyak berbanding 20 tahun dulu, macam biasa saya bawak anak2 ke kedai jual tshirt sukan dan kelab2 bolasepak terkenal dunia, saya pun join sekali...saya penyokong tegar Arsenal....sptmana gambar di bawah :
Sempat singgah pekena aiskrim air batu campur Siam kat tepi jalan (BABA ICE CREAM)....nampak sedap , ada kacang merah, jagung, pulut, roti , kacang tanah, aiskrim dan macam2 lagi , RM 4.00 secawan.
3 comments:
Assalamualaikum En Rosli
saya pergi tu hari tak jumpa pulak ice cream baba ni....
Hj Rozali,
Kami pun terjumpa dengan penjual ni di celah2 bangunan masa tu....rezki kami agaknya. hehehe
Sekarang tak perlu ke Rantau Panjang atau Pengkalan Kubor untuk dapatkan Aiskrim Baba ni. (Kalu nak shopping lain la) Dah ada lama dijual di Kota Bharu cuma namanya Aiskrim Wawa. Tempatnya di jalan belakang KB Mall, depan Parkson dan dekat simpang 4 Jln Bayam & Jln Dato Lundang. Harganya masih RM2!
Post a Comment