Friday, November 23, 2012

PERKARA YANG SALAH MESTI DITEGUR

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA katanya, al-Hasan R.huma telah mengambil sebiji tamar daripada buah-buah tamar yang yang disedekahkan lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Maka Rasulullah SAW bersabda “Buang (luahkan) tamar itu, tidakkah engkau tahu kita tidak dibolehkan memakan pemberian sedekah?”
Di dalam riwayat lain: “Kita tidak dihalalkan menerima sedeqah”. 

Huraian Hadith: 
  1. Keluarga Rasulullah tidak harus menerima pemberian dalam bentuk sedekah dan dihalalkan dalam bentuk hadiah.
  2. Teguran Rasulullah SAW kepada Hasan bin Ali merupakan suatu pengajaran yang baik.
  3. Setiap perkara yang salah hendaklah diberitahu (ditegur) dengan baik serta menyatakan dengan hikmah.
  4. Islam mengajar umatnya berterus terang atas perkara-perkara larangan.
  5. Pemerintah wajib mengumpulkan zakat dan membahagikannya kepada yang lain, semuanya hendaklah dilakukan dengan penuh teliti dan amanah.

4 comments:

mamawana said...

Assalam,

Tq.

مسافر اسلام said...

Assalammualaikom wbt tuan Haji...
Khaifahaluka.....Hidup ini kadang terlupa...saling ingat megigati itu amalan yang mulia.

Syukran berkongsi ilmu....

JazakaAllah

rosli said...

mamawana,

Wslm.

rosli said...

MI.

Insyallah.sama2 kita berkongsi ilmu