Wednesday, June 24, 2015

KANDUNGAN BLOG DAH LAIN.....!!!!

Assalaamualaikum wbt,

Beberapa bulan lepas, anak bongsu aku Ammar Zikri memberitahu ada kawan dia baca blog aku..... kawan dia kata blog aku sudah lain dan  kurang menarik sebab dah kurang cerita pasal umrah dan ziarah....terkedu jugak aku....Allahuakhbar....kalau boleh memang aku nak cerita setiap masa dan berkongsi umrah, ziarah atau haji.....Aku masih belum buat haji  dan aku hanya haji kecik.......tapi ramai yang panggil aku haji....aku anggap itu doa mereka. 

Memang aku tidak menafikan kandungan blog aku ada banyak kurang, mungkin kurang gambar...kurang citer2 menarik, kurang isi dan kurang macam2 lagi. Apapun terima kasih atas pandangan dari semua orang.

Aku tidak ada sebarang alasan konkrit....yang pasti masa untuk berblog makin kurang, kebetulan Unifi tiada di rumah baru.....kalau nak mengarang aku ke rumah lama untuk upload gambar dalam blog.....aku jugak sudah kurang buat kerja luar atau outstation dari negeri Selangor....semuanya kurang.

Kepada pembaca blog aku....aku mohon maaf . Insyallah aku akan cuba cari masa untuk update blog selalu dan cuba post dengan gambar2 pulak.....


Friday, June 19, 2015

SELAMAT BERPUASA

Assalaamualaikum wbt,

Pertama mohon maaf sebab dah masuk puas hari kedua baru buat posting ini.

Kedua Mohon ampun dan maaf kepada semua pembaca sempenan bulan Puasa dan jika ada salah dan silap harap dimaafkan.

Ketiga Selamat menjalani ibadah puasa dan kita sama-sama menambah amal ibadat di bulan yang penuh berkat ini. Aamiin. Insyallah.

Friday, June 12, 2015

SEMUANYA DARI ALLAH - (BAB 8) PEPERIKSAAN SRP

Assalaamualaikum wbt,

Oktober 1978.....peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran atau SRP berdebar semacam.....di luar aku jugak ada kelas tuition di New Town  (State). Persiapan aku memang agak rapi,  arwah ibu aku yang bersungguh2 mahukan aku amik kelas tambahan dengan yuran RM 28.00 sebulan. Masuk bab ni aku tersangat sedih.....ibu aku sanggup buat kerja tambahan iaitu kerja membasuh kain dan baju di rumah seorang taukeh Cina dengan bayaran RM 35.00 sebulan.....semata2 nak bayar yuran tuition aku.....besar sungguh pengorbanan ibu aku...Allahuakhbar...aku masuk kelas tuition sejak bulan Feb ke September 1978....

Aku berjanji dengan ibu, aku nak buat yang terbaik masa SRP dan seterusnya ke SPM dan masuk Universiti.....cumanya bila bab masuk Unversiti aku terasa kabur dan terasa macam tidak layak je nak masuk Universiti sebab aku bukan pelajar yang cerdik dan jugak dari keluarga yang sangat susah....Allah Maha Mengetahui isi hati aku dan ibu aku....

Sepanjang tahun 1978 aku enjoy dengan pelajaran aku masa itu, walaupun ada sedikit tekanan dari arwah ibu, aku selalu pesan ibu...doakan aku berjaya,  Di sekolah dan tuisyen pulak aku tiada tekanan sebab aku suka dengan semua matapelajaran aku ketika itu...

Alhamdulillah....selepas Krismas Disember 1978 keputusan SRP diumumkan....keputusan aku boleh tahanlah.....aku layak untuk mohon memasuki Sekolah Teknik......aggregat dan keputusan subjek cukup untuk mohon dan isi borang.....Allah gerakkan hati untuk mohon masuk sekolah Teknik.....ketika itu Sekolah Teknik dan  sekolah Vokasional memang berbeza....ramai orang kata Teknik banyak teori dan vokasional banyak praktikal.....

Yang pasti arwah ibu dan bapa aku tidak ada halangan untuk aku mohon ke Sekolah Teknik....next entri ....Sekolah Teknik...

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 284.
Yang bermaksud: Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Allah telah memberi jaminan akan mengampun terhadap sesiapa yang hendak diampuniNya. Terutama kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh...

Wednesday, June 10, 2015

MEREKA YANG ADA BANYAK NYAWA - (BAB 2) PENUNGGANG GILA2

Assalamualaikum wbt,

Sejak helmet dikuatkuasakan seluruh Malaysia tahun 1981.....kes maut kemalangan motosikal memang berkurangan kecuali kes kemalangan yang serius seperti termasuk bawah lori treler atau berselisih dengan kenderaan berat yang akibatkan leher penunggang motosikal maut. Aku memang tidak membuat sebarang kajian , cuma berdasarkan pandangan kasar sahaja. 

Aku sendiri pernah kemalangan motosikal pertengahan Januari 1981 di kawasan Tongkah, berhampiran dengan Morib ketika pulang ke rumah abah aku di Kg Batu Laut, anjing melintas tengah2 jalan.....aku tidak sempat mengelak dan terus langgar anjing tu....darah anjing penuh kat motosikal aku dan seluar aku....mandi air tanah aku masa itu untuk bersamak...motosikal aku GP 100 turut disamak. 

Lebih kurang 2 minggu lepas tu abah aku pulak meninggal akibat darah tinggi (dalam surat kematian akibat sakit tua).  Berselisih maut orang dulu2 cakap...Semuanya Allah dah tentukan.

Berbalik pada cerita motosikal... dalam tahun1981 sekali lagi , beberapa bulan selepas itu aku balik sembahyang Jumaat, salah aku kuar simpang x brek....dilanggar kereta pulak....melambung hanya dengan berkain sahaja....terjatuh atas jalan...nasib baik umur nak panjang masa tu....hidup lagi aku ...motor rosak teruk.

Ketiga,1981 jugak...Ogos 1981 rasanya aku baru balik dari Balai Polis Batu 3, Shah Alam...(tengok motor kawan aku yang rosak teruk....kawan aku itu meninggal dilanggar treler betul2 depan BP Batu 3 tu)....sampai di Klang aku tetiba terlihat bola melintas..aku brek....kereta belakang tak sempat brek..dia langgar motor aku...kemek mudguard aku...aku jatuh terduduk atas jalan....tiada sebarang kecederaan..cuma seluar jeans aku koyak....semua kemalangan aku agak tidak serius...aku boleh berjalan dan start motor semula,,,aku bersyukur umur nak panjang....sampailah aku jual motor aku pada tahun 1989 aku beli kereta second hand...

Sejak akhir2 ni aku takut dan seriau tengok ramai penunggang motor yang gila2 dan melulu....aku cukup bimbang bila mereka jatuh atau melintas@ciluk depan kereta aku.....tapi itu lah yang aku hadapi di KL, Shah Alam dan Bangi semasa pergi balik kerja....malah ada yang lebih berani....mereka berada di tepi kereta aku untuk amik 'angin' kereta aku....seolah2 berlumba....tapi mereka ni hampir semua motor 'nyamuk'...yang bising tapi bukan laju pun...lagak je lebih.....mereka tak perlu menunjuk...sebab semuanya aku dah lalui dan buat dulu2...buatlah apapun...yang rugi motor kecik jugak...yang mudah jatuh yang mudah berlanggar kalau tidak berhati2...

Aku hanya boleh berdoa agar mereka tidak terjatuh depan aku ataupun tidak menyusahkan aku dan orang lain...tahun 1980 pernah penunggang jatuh depan aku dan macam nyawa2 ikan.....aku tolong alih motor dia sahaja....aku tak berani pegang atau alihkan orang tu...berhampiran dengan jalan motor Mid Valley sekarang......pengalaman ini mengajar aku tentang bahaya penunggang dan pembonceng motosikal ini. Next entri...penunggang tidak cukup umur....

Zaman sekarang....Kalau nak cerita ada seribu satu macam gelagat penunggang motor sekarang.....aku dah penat bagi nasihat..29 Ogos lalu ada satu kereta terbalik di Bdr Baru Bangi....4 orang semua kawan2 anak bongsu aku Ammar dalam kereta tu........dari dulu aku dah bagi nasihat....budak2 memang degil.....bila dah masuk hospital....semua susah.

Thursday, June 4, 2015

CONTOH PEMIMPIN YANG BAIK

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: al-Bukhari
Hadith: 
Daripada  Aswad bin Yazid katanya, ditanyakan kepada Aisyah RA, “Apakah yang dilakukan oleh Nabi SAW dirumahnya?” Aisyah menjawab “Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, lalu apabila masuk waktu sembahyang Baginda pun keluar untuk bersembahyang.”
Huraian Hadith: 
  1. Seorang suami digalakkan membantu kerja-kerja dalam rumahtangga disamping tidak mengabaikan ibadat dan peranan di dalam masyarakat termasuk sembahyang jemaah di awal waktunya.
  2. Contoh pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap rumahtangga dan negara.

Wednesday, May 27, 2015

PENATNYA BERJIRAN (jiran lama) - pokok buluh

Assalaamualaikum wbt,


Aku dah banyak post pasal jiran dan beberapa hadis aku dah post tentang jiran....sepatutnya aku tak perlu pun buat post ini....aku pun dah pindah ke rumah baru sejak 3 bulan lalu....kat area jiran baru rumah ada 6 biji sahaja....yang baru pindah 3 orang....3 lagi kosong....kata mereka lepas raya atau hujung tahun baru pindah....

Berbalik kepada jiran2 lama ni....almost setiap malam aku datang rumah lama,,,masih belum berjual lagi rumah aku ni...ada yg minat tapi loan pulak sangkut....ada pulak yg tak mampu sebab harga rumah aku letak ikut pasaran semasa....memang sekarang rumah mahal.

Jiran sebelah depan rumah ni...pernah tidak bertegur sapa dengan wife aku beberapa bulan sebab kes pokok buluh yang dia tanam....hujung tahun lepas dia dan hubby dia terpaksa potong pokok buluh sebab ditegur.....lepas tu kecik hati.....

Sebelum berpindah ke rumah baru,wife aku 'mengalah' dan berjumpa dengan jiran tersebut dan mohon maaf...timbullah episod menangis dan bermaaf maafan....settle sementara hal pokok buluh tersebut. Ingatkan jiran ini akan trim atau tebang terus pokok buluh tu....rupanya tidak....tumbuh semula dan makin subur sekarang....

VIEW DARI BILIK UTAMA RUMAH LAMA AKU, POHON LAMA YANG KERING PUN MASIH ADA DI BAHAGIAN DALAM  LAMAN RUMAHNYA.... 

Sejak bulan Feb hingga sekarang pokok buluh tersebut bercambah semula....daun2 buluh kering penuhlah semula depan porch kereta aku....setiap kali datang rumah untuk guna UNIFI...mesti sapu daun buluh kering dulu....hati aku selalu meronta berkata2....jiran depan rumah ni dah tak peka ke.....letih aku....apalah salah menggembirakan jiran2 yang lain.....jiran2 lain pun sudah jemu dan muak dengan jiran yg sorang ni....aku sendiri tak faham....kenapa pokok buluh....banyak lagi pokok hiasan yang lain....aku sendiri ada lebih 50 pasu pokok hiasan .....

Duduk rumah teres ni....kita tidak perlu pokok besar seperti pokok buluh atau pokok gergasi lain depan rumah.....kita hanya perlu pokok dalam pasu sahaja....Jika ada anak2 dia atau sedara mara dia terbaca post ni....tolonglah faham perasaan jiran2...aku tidak anti pokok hiasan aku tidak anti pokok hijau....cuma bila berjiran ni....banyak pertimbangan...wife aku dah pernah tegur dulu hal pokok buluh ni....seharusnya dia lebih faham dan peka sekarang dan bukannya 'memekakkan' telinga....Allahuakhbar....Ya Allah Kau bukalah hati jiran aku ni agar lebih peka dan memahami hati jiran2 lain.Aamiin.

Wednesday, May 13, 2015

GALAKAN BERSIFAT TAWADHU'

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: Muslim
Hadith: 
Daripada ‘Iyad bin Himar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadhu’ sehingga tidak seorang pun merasa dirinya megah (lebih) daripada orang lain dan tidak seorang pun menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain.”
Huraian Hadith: 
  1. Tawadhu’ yang terpuji ialah tawadhu’ kerana Allah SWT dan rasul-Nya. Tawadhu’ kepada ulama’ dan orang biasa kerana menurut perintah Allah SWT.
  2. Islam menuntut umatnya bersifat tawadhu’ dan hormat-menghormati sesama muslim dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.
  3. Kedudukan orang Islam disisi Allah SWT adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhi sifat-sifat keji seperti meninggi diri, bermegah dan sebagainya.