Thursday, April 28, 2011

KERENAH PEMANDU LAJU MACAM PELESIT- part 3

As Salam,

Sebelum ni aku citer pasal pemandu si kura2....kali ni nak citer pasal pemandu laju atau pelesit jalanraya.... mereka ni pun kita boleh gelar pembuli jalan raya.....dia ingat jalanraya dah macam Litar Lumba Sepang atau Pasir Gudang.....atau bapak dia yang punya !

Sentiasa laju dan suka 'cocok' belakang orang, lepas tu suka bagi lampu tinggi kat  kita.....kita ni dah cukup laju....angin jugak....mereka lagi laju kot....ada turbo atau nos kot....dont wori aku bila nampak kereta meluru laju aku mesti ketepi walapun ketika itu speed kereta aku dah cecah 140 km...hehehe !


Ada tapinya, kekadang mereka ni ikut di belakang sangat rapat....aku tak berapa gemar begini....takut2 mereka 'cium' bontot kereta aku kalau ada orang brek mengejut depan aku...so aku dengan rela hati bagi laluan,  tapi kalau kereta cc kecik buat gitu....biasanya aku kejar balik dan ikut rapat.....saja nak tengok berapa kereta kecik ni boleh 'lari'. Aku pun kekadang nakal jugak, saja nak test berapa kereta aku boleh 'lari'....kebetulan spedometer kereta aku digital....tak ada limit......semua kerja 'gila ini aku buat kalau aku drive sorang ajer....kalau dengan famili aku kawal perasaan....wife pun selalu bising kalau aku buat kerja tak berfaedah ni....!


Ada jugak yang pemandu pelesit dan gila speed ni....mereka tak kacau orang....mereka akan ikut lane kiri kanan asal kosong....mereka akan ciluk menciluk,  jenis ini aku seronok tengok mereka.

Yang paling haprak  pemandu pelesit yang suka hon dan bagi lampu tinggi walapun dia nampak kereta banyak di depan dan jalan perlahan....mereka ni langsung 'tak ada hotak' dan biasanya mereka letak hotak kat lutut....!


Kepada pemandu laju/ pelesit ni  aku cadangkan hangpa semua pergilah Litar Sepang atau Pasir Gudang setiap hujung minggu,,,,,pergilah test power kereta hangpa semua kat sana....baru tau  samada langit tinggi atau rendah.....Ingat jalan raya bukan tempat untuk berlumba.....


Jumpa lagi lagi pasal pemandu kereta di pasar malam pulak......

Monday, April 25, 2011

KERENAH PEMANDU PERLAHAN DAN LEMBAB- part 2

As Salam,

Dah 18 tahun aku berulang alik dari Bandar Baru Bangi  ke Bangsar , KL menggunakan lebuhraya PLUS. Biasanya jam 6.45 atau 6.50 pagi sudah berada di lebuhraya ni,  jalan masa ni dah mula sibuk dan penuh dengan kenderaan yang datang dari arah selatan ( Johor, Melaka, Seremban, Bukit Makkota, Bandar Putra, Bandar Baru Bangi, Kajang dan Serdang menuju ke KL.....( aku dah hilang sabar dan menulis dalam blog salah satu cara aku nak releasekan tension dan stress)

Lebih 18 tahun aku bersabar dengan kerenah pemandu lembab dan suka berada di lorong paling kanan....kalau tak percaya cuba ikut jalan raya ni.....mereka macam kura2 seperti gambar di bawah.  Entah kenapa mereka lembab,  aku selalu terfikir mungkin mereka memang jenis slow rock, kereta bercc kecik( masalahnya kereta bercc besar pun  slow rock) mereka rabun sebab keadaan masih gelap atau mereka jenis yang suka2 lepak kat lorong sebelah kanan atau jugak mereka baru mendapat lesen P. Apa barang kalau 90 KM sejam mereka memandu 70 KM sejam !.  Biarlah kami yang nak laju dan cepat  ni tanggung risiko nak kena saman ker,  nak bawak laju ker...dan apa2 lagi..tempat kerja kami jauh lagi.... Bagi aku pulak camana laju pun keselamatan mesti utamakan, jarak kereta di depan aku sentiasa dalam keadaan selamat.....90 km sejam lorong tengah,  kalau nak laju tekan ajer 130 or 140 km sejam....aku tak berapa berani kecuali terpaksa semasa memotong....



Seingat aku tahun 1986 masa mula2 aku belajar driving dulu....buku rujukan JPJ ada cakap,  kalau memandu perlahan mesti guna lorong yang paling kiri dan setiap 45 saat mesti guna cermin untuk melihat kenderaan di belakang kita.....kalau kita memandu perlahan, terus bagi signal dan elok berada di laluan perlahan....JANGANLAH DOK KAT LORONG KANAN, TOLONGLAH....

Entah kenapa mereka ni begitu degil aku pun tak faham dengan sikap segelintir mereka...ada yang dah kena hon dan di bagi lampu tinggi pun masih tidak faham2 dan masih berdegil untuk kekal di lorong kanan. Samada mereka pekak atau buat2 pekak atau memang jenis keras kepala.  Camanalah mereka ni dulu boleh lulus dengan ujian JPJ....Lesen kedai kopi ker ? ( Lesen kopi kata kata orang2 tahun 70an)

Aku biasanya amik pendekatan pertama,  bagi lampu tinggi...kalau silembab/ si kura2 ni masih berdegil ,  biasa aku akan amik lorong tengah atau kiri sekali dan terus memotong....malas nak layan.....bukan berlagak tapi malas nak buat dosa menyumpah pemandu sebegini.....aku cuma nak pastikan aku selamat sampai ke pejabat dan kurang membuat dosa menyumpah pemandu yang tidak sedar diri ini. ( Aku selalu berdoa , "Ya Allah kau lindungilah aku bila aku dah tua dan tidak memandu lembab begini")

Bagi si kura2 elok baca semula buku panduan JPJ....semua peraturan dan arahan JPJ memang nak permudahkan semua orang.  Bagi pemandu baru berlesen P, jangan diikut gelagat kami yang nak laju ni.....tempat kerja kami jauh lagi.....

Tunggu lepas ni kerenah pemandu laju dan kaki 'cocok' dan tak reti bahasa....yang ni lagi ganas....lebih mudah digelar pembuli jalanraya....

Thursday, April 21, 2011

OSHE - ALAT PEMADAM API DI RUMAH, PEJABAT DAN KERETA

As Salam,

Aku tidak akan menerangkan secara terperinci kandungan alat pemadam api ini dalam blog aku. Sekadar menerangkan kepentingan, di mana alat ini perlu diletak dan jangan salah guna alat ini.  Cuma pastikan alat ini tidak diletak atas lantai kerana alat pemadam ini akan berkurang fungsi dan tekanannnya. 

Contoh yang baik, disangkut di tepi dinding dan 
ada pengesahan tarikh untuk servis akan datang

Kalau boleh dalam rumah kena ada satu alat pemadam api ini, sangkut kat porch kereta atau tepi dinding pintu masuk rumah atau di dapur.

Bagi yang berkereta memang digalakkan membeli alat pemadam api yang kecik sekali lebih kurang antara RM 70-90 sebiji,  simpan dalam bonet kereta dan biasanya boleh tahan selama 4 tahun, cuma kena pastikan suhu bonet kereta tidak melebehi 46 darjah Celcius.

Lagi satu perkara yang biasa staff di pejabat buat adalah menjadikan alat pemadam api ini sebagai penyendal pintu masuk  pejabat atau pintu kecemasan.....ini amalan yang salah dan tidak patut diamalkan dan boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain. Sama-sama kita buat teguran dan pastikan keselamatan samada di rumah atau di tempat kerja.

 Tempat yang salah, jangan letak atas karpet atau lantai

Lagi perlakuan salah,  buat sendal pintu

Ni betul2 di salah guna oleh cleaner

Kita sama2 pastikan alat pemadam api ini tidak di salah guna,  mesti diservis setiap tahun dan pastikan ianya di tempatkan di tempat yang betul dan selamat.


Tuesday, April 19, 2011

KERENAH PEMANDU LEMBAH KLANG- part 1 ( Letak kereta)

As Salam,

Bulan Ogos ni genap 25 tahun aku  mula memandu,  mula dapat lesen memandu tahun 1986.  Bulan September ni genap 18 tahun aku berulang alik dari Bandar Baru Bangi(BBB) ke Bangsar.....Bilangan kenderaan semakin bertambah dan jalan  semakin sesak.....

Dulu boleh keluar dari BBB jam 7.00 pagi....sekarang paling lewat lewat 6.45 pagi....kekadang  parking free pun miss, kena bayar RM 7.00.....budak2 muda yang baru kerja pun dah bawak kereta ke tempat kerja.....agaknya kereta makin murah atau mungkin mereka banyak duit sebab baru kerja dah boleh beli kereta....atau mak bapak mereka banyak duit dan belikan  mereka kereta. Syarikat aku tidak membezakan junior dan senior....siapa cepat dia dapat parking free,  bila indicator tulis full parking.....kena cari pintu parking yang berbayar.....terbang RM 7.00......bersamaan dengan duit makan tenghari....apa nak buat.....kalau nak parking free kena kuar awal ke tempat kerja......sekarang semua orang nak cepat.....lambat akan tertinggal.....adat dunia sekarang

Part parking ni aku boleh terima,  tapi yang aku bengang sekarang adalah ,  bagi yang lewat masuk pejabat....ada segelintir yang tidak mahu cari parking ke tingkat paling bawah.....so mereka akan parking di atas dan parking ikut suka mereka......biasanya mereka akan halang kereta orang lain, letak di bucu bangunan dan macam2 lagi.....akhirnya jalan sempit dan kalau berlaku kecemasan memang akan membahayakan semua orang......ada yang tak dapat keluar dari parking sebab di halang kenderaan orang yang kurang civic minded ni.....

Saja amik gambar kabur....nanti tuan punya kereta saman pulak
Ni contoh kereta kancil yang suka halang kereta orang.
Jangan diamalkan tabiat buruk ini.

Bagi yang nak parking free pulak letak di tepi jalan......hari2 kena saman dengan DBKL dan PDRM.....tapi mereka ni 'kebal', tak jadi cacat cela.....masih teruskan aktkviti parking ini......Ada yang simpan lebih kurang 120 tiket saman.......tak jadi hal........aku heran......aku yang baru kena saman dengan DBKL sekali dah kelam kabut bayar saman RM 50.00.....

Monday, April 11, 2011

JALAN2 CARI MAKAN, PETALING STREET, CENTRAL MARKET DAN JUARA TOMYAM

As Salam,

Dah lama sangat tak bawa anak2 berjalan sekitar KL, pagi Sabtu lepas (9 April 2011) bersama wife dan anak2 ke Petaling Street, anak pompuan aku cari DVD Korea....lepas tu singgah Central Market...cari kuih dan makanan ringan......lepas tu terus menuju ke Juara Tomyam di Kg Baru.....dah lama sangat tak pekena tomyam  kat sini..... (hajat dihati nak pekena tomyam....tapi lain yang diorder....)

Nak citer sikit pasal Central Market....dulu pasar besar KL....tahun 80an aku setiap hari lalu kat sini masa berulang alik dari Petaling Jaya ke SMT , Jalan Cheras...., tiap hari lalu depan Kota Raya,  belakang tu ada Jalan Silang....kat situ aku tunggu bas Tong Fong 'flight no 123', tiap hari jugak lalu kat Petaling Street dan Bus Stand Klang......nostalgia....

 Central Market sekarang
Angle dari Foch Avenue ke Menara  Dayabumi 
 Pintu masuk utama Petaling Street
Beli  Jemput2 Jepun , Takoyaki
Posing dalam Central market

Akhirnya janji aku nak bawak Adiera dan famili pergi makan lepas keputusan SPM lalu terlaksana, meraikan kejayaan sederhana Adiera dengan sedikit cenderamata atas penat jerih dia belajar dulu....
Depan Restoran Juara Tom Yam, Kg Baru

 Sup Ekor
 Kailan goreng ikan masin

Kerapu goreng tiga rasa

Pertama kali tidak order menu Tom Yam walaupun makan di Juara Tom Yam...hehehe, diganti dengan sup ekor...perghhh....memang sedap...

Wednesday, April 6, 2011

RENCAH2 KEHIDUPAN RODA SENTIASA BERPUTAR

As Salam,

Lebih kurang 3 tahun lepas...aku mendapat dugaan yang begitu besar dari Allah soal kerja dan jawatan yang disandang.....tak putus2 berdoa ,  lepas buat umrah Ogos 2008 , lagi kuat aku berdoa....semua sebab nak kerja yang selesa dan memastikan 'selamat' di tempat kerja.

Masa tu terasa hati dengan kawan2 yang begitu sibuk dan seolah2 melarikan diri....akhirnya aku membawak diri dan banyak kali dinasihatkan kawan2 agar redho dan terima apa yang ada.  Perasaan kecewa dan rendah diri begitu tebal.....umrah 2008 banyak mengajar aku erti sabar, doa dan macam2 lagi.....

Kini gelombang sebegitu pulak melanda segelintir 'kawan2'  aku, mungkin baru mereka rasa sekarang apa itu roda2 kehidupan.....aku tak akan lari....aku bersedia untuk bersama2 mereka untuk  berkongsi rasa......kekadang ada bisikan syaitan....biarlah mereka rasa pulak...apa kau peduli.....Bukan mudah bila rasa tak 'selamat' lagi.....cabaran dunia korporat yang begitu mendesak, begitu 'kejam' dan begitu 'demanding'...kena kuat dan tabah.

Satu perkara penting yang aku rasa dulu dan belajar.....bila roda di atas hati2, jaga diri, redho, berdoa, jangan naya orang....hati kena baik dan ikhlas( ni paling susah), belajar menerima kita bukan sentiasa cemerlang, kena sentiasa ingat samada kita ni aset atau liabiliti....atau agak teruk...kita ni 'sampah' atau barang berharga kepada syarikat tempat kita bekerja.....Kesusahan yang kita alami mematangkan kita....

Yang pasti aku sekarang sedang memujuk hati aku agar sama2 menyelami hati kawan2 yang sedang begitu gelabah dan sedang diduga.....dalam hati aku sekarang hanya Allah mengetahui....Sekarang dalam hidup ini kita tidak perlu tunggu lama atau tunggu hingga nak kiamat untuk melihat kepada segala perbuatan kita.... dalam bahasa orang biasa sekarang kita biasa dengar  orang cakap " Allah bayar cash". Ya Allah Kau bagilah aku kekuatan diri.  Ameen.

Friday, April 1, 2011

KESELAMATAN, KESIHATAN, PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR (OSHE) DI TEMPAT KERJA- LETAK KERETA

As Salam,

Bagi yang memandu dan menunggang ke tempat kerja yang penting adalah tiba ke tempat kerja dengan selamat dan mendapat tempat letak kereta yang selamat, selesa dan sistematik.

Tips yang penting,  jadikan amalan 'reverse parking' untuk tujuan keselamatan dan selalu tengok papan tanda yang disediakan ,  di mana saja elok amalkan termasuk di pusat beli belah....kalau boleh kat rumah pun begitu....tetapi hati2 bila 'reverse' terutama yang ada anak kecik...