Thursday, April 28, 2011

KERENAH PEMANDU LAJU MACAM PELESIT- part 3

As Salam,

Sebelum ni aku citer pasal pemandu si kura2....kali ni nak citer pasal pemandu laju atau pelesit jalanraya.... mereka ni pun kita boleh gelar pembuli jalan raya.....dia ingat jalanraya dah macam Litar Lumba Sepang atau Pasir Gudang.....atau bapak dia yang punya !

Sentiasa laju dan suka 'cocok' belakang orang, lepas tu suka bagi lampu tinggi kat  kita.....kita ni dah cukup laju....angin jugak....mereka lagi laju kot....ada turbo atau nos kot....dont wori aku bila nampak kereta meluru laju aku mesti ketepi walapun ketika itu speed kereta aku dah cecah 140 km...hehehe !


Ada tapinya, kekadang mereka ni ikut di belakang sangat rapat....aku tak berapa gemar begini....takut2 mereka 'cium' bontot kereta aku kalau ada orang brek mengejut depan aku...so aku dengan rela hati bagi laluan,  tapi kalau kereta cc kecik buat gitu....biasanya aku kejar balik dan ikut rapat.....saja nak tengok berapa kereta kecik ni boleh 'lari'. Aku pun kekadang nakal jugak, saja nak test berapa kereta aku boleh 'lari'....kebetulan spedometer kereta aku digital....tak ada limit......semua kerja 'gila ini aku buat kalau aku drive sorang ajer....kalau dengan famili aku kawal perasaan....wife pun selalu bising kalau aku buat kerja tak berfaedah ni....!


Ada jugak yang pemandu pelesit dan gila speed ni....mereka tak kacau orang....mereka akan ikut lane kiri kanan asal kosong....mereka akan ciluk menciluk,  jenis ini aku seronok tengok mereka.

Yang paling haprak  pemandu pelesit yang suka hon dan bagi lampu tinggi walapun dia nampak kereta banyak di depan dan jalan perlahan....mereka ni langsung 'tak ada hotak' dan biasanya mereka letak hotak kat lutut....!


Kepada pemandu laju/ pelesit ni  aku cadangkan hangpa semua pergilah Litar Sepang atau Pasir Gudang setiap hujung minggu,,,,,pergilah test power kereta hangpa semua kat sana....baru tau  samada langit tinggi atau rendah.....Ingat jalan raya bukan tempat untuk berlumba.....


Jumpa lagi lagi pasal pemandu kereta di pasar malam pulak......

4 comments:

rezeki said...

salam

ada kala pemandu yg suka angkat lampu ni ingat depa dah laju sangat dan depa sorang je bayar tol hehehe

dah tahu lane kanan berderet , nak angkat lampu jugak, ni bukan otak kat lutut lagi, ni otak kat bontot hehehe

kekadang kalau jumpa pemandu mcm ni, kawan buat donno je , tengokkan je gelagatnya,

yg pasti kawan mmg jarang angkat lampu dan selalu memandu ikut had laju yg dibenarkan je

ada sekali jumpa mamat mcm ni yg sesuka dia angkat lampu kat highway psl dah perasan bila tgk cermin ,habis semua kereta kat depan dia angkat lampu beam

kwn ke tepi dan lepas tu saja kwn speed kat lorong tgh ikut sebelah je, nak tgk juga brp dia boleh speed, pengabis tak kemana juga dia dan akhirnya masuk balik lorong kiri psl top speed kwn 245km/j hehehe

kita pakai kereta cc besar ni bukan utk berlagak sombong,itu riak dan takbur namanya

tapi kalau jumpa pemandu mcm ni, kita kena ajar sikit agar jangan hanya nak memikirkan diri sendiri je psl kita semua kan bayar tol dan cukai jalan

rosli said...

CR,

Betultu, elok di ajar ajer orang cam tu....

مسافر_اسلام said...

Assalammualaikom wtb tuan rumah. Khaifahaluka? Allhamdullah pagi minggu 1 Mei dapat ana ke Blog tuan. Lama rasanya tak singgah kesini.

Kisah tuan ini memang terjadi kepada terkena kepada semua pemandu.

Adapun hidup ini sementara. Berhemahlah di Jalan raya.

rosli said...

Mi,

Betul tu , kita semua alaminya dan kena byk berehat dan bersabar ...yang ini saya tak berapa nak jamin sebab saya selalu hilang sabar