Friday, November 25, 2011

MENIKMATI KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH, KEBUN BUAH STRAWBERRY - PART 5

Assalamualaikum  wbt,


Salah satu tarikan utama Cameron Highlands sekarang adalah Strawberry dan CH sekarang lebih dikenali dengan jolokan Bandar Strawberry,  di mana2 boleh didapati kebun strawberry dan di mana2 orang berjual strawberry ...samada besar atau kecil ,  harga agak sama di mana2 . 

Kami sempat singgah satu kebun strawberry Taman Agro Al Mashoor, tidak boleh memetik strawberry tetapi boleh membeli produk strawberry mereka. ( milik Bumiputra)




Tetapi di  satu kebun lain , iaitu Big Red Strawberry, Brincang (rasanya bukan milik Bumiputra) ....boleh petik sendiri dan harganya RM 40.00 se kg.  Yang pasti gerenti puas hati dapat petik sendiri dan pilih sendiri.




Geram tengok buah strawberry bergayut....

Lorong ni dah tak banyak buah kerana telah 
dipetik pelawat yang lebih awal.....
 
Memilih buah yang lebih besar dan masak ranum

Kami dibekalkan dengan sebilah gunting dan bekas plastik

Lorong ini belum dibenarkan masuk, 
buah masih lebat....geramnya !!!!

Tu dia !.. berjaya dapat strawberry saiz yang terbesar 
....puas hati

Muka happy, ceria dan puas hati 
dapat petik strawberry sendiri....hehehe


Saiz strawberry dah sama macam dari luar negara

Lagi lorong yang belum dibenarkan masuk....
khas untuk pelanggan baru yang lain

Ini yang terbaik kami pilih dan petik sendiri

RM 60.00 untuk 1.5 kg....puas hati....apa lagi 
bayor ajer lah....

Sekali lagi....muka happy....
ini kali ketiga petik strawberry sendiri 
kali pertama tahun 2008

Terubat rasa hati sebab dapat ke kebun strawberry, memilih, memetik dan bergambar ....seronok sangat..... Insyallah akan datang lagi.

Thursday, November 24, 2011

JANGAN BIADAP DENGAN ALLAH !

Assalamualaikum wbt,
( Berkongsi email dari rakan )

Amat menaikkan darah apabila sedang solat tiba-tiba ada orang melintas di depan kita. Jahilkah si dia ?. Biadap sungguh. Agak kerap berlaku, ketika kita menunaikan solat sunat selepas Jumaat, manusia-manusia biadap ini dengan selambanya melintas tanpa ambil kisah kita sedang menunaikan solat. 

Amat perlu kita semua menasihatkan diri dan semua yang dikenali agar menjauhi sikap melintas di hadapan orang solat, terutamanya bagi mereka yang amat prihatin dalam hal solat. Salah satu tanda keperihatinan seseorang itu dengan solatnya adalah apabila ia meletakkan ‘penghadang' khusus di depannya ketika solat sunat seorang diri. 

Tegahan melintas di hadapan orang solat ini disebut dalam dua hadis ini, sabda Nabi s.a.w  :- 

لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari) [1]
 
Dan sebuah lagi hadis menunjukkan besarnya dosa lalu dihadapan orang solat :- 

إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ

Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) [2]
 
Jelas dari dalil-dalil ini, sangat perlu untuk kita meletakkan sutrah (penghadang) agar tiada individu yang mendapat dosa kerana melalui di hadapan kita selain merosakkan solat kita. Selain itu, amat perlu juga kita menahan sekiranya terdapat individu ingin melintas sewaktu kita menunaikan solat. 

Ada yang bertanya kepada saya, mengapakah dosa melintas ini kelihatan terlalu besar?. Jawabnya mudah.
 
Anggaplah apabila anda melintas di hadapan orang yang solat, individu tersebut telah menunjukkan kebiadapannya terhadap Allah s.w.t, tiada hormat kepada Allah yang sedang berhadap kepada orang yang solat. Keadaan ini jelas dari sabda baginda nabi s.a.w :- 

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي
 صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain" ( Al-Bukhari dan Abu Daud) [3] 

Jelas, individu yang lalu TANPA HORMAT kepada Allah dan orang yang bersolat melintas.  Secara langsung juga, individu itu juga biadap kepada orang yang sedang solat. 

Kesimpulannya, jauhilah sifat buruk dan dosa ini. Adapun ketika di Mekah yang terlalu ramai manusianya yang pelbagai ragam dan sikap, mungkin ada keringanan sedikit disebabkan keadaan yang amat sukar dikawal, namun demikian saya yakin keadaan tersebut boleh dikawal di Malaysia .  Jangan jadikan diri sebahgaian dari kumpulan biadap ini. 

Sekian
[1] Sohih Al-Bukhari, , no 487, 1/191
[2] Sohih Al-Bukhari, , no 486, 1/191
[3] Fath al-Bari, Ibn Hajar, 2/304

Wednesday, November 23, 2011

MENIKMATI KEINDAHAN KEBUN SAYUR - PART 4

Assalamualaikum wbt,

Hati tenang bila menikmati pemandangan kebun sayur....syukur Alhamdulillah.... 


KEBUN SAYUR BELAKANG APARTMENT








 DAUN PUDINA

 DAUN BAWANG

 HIDROPONIK...TAK SURE NAMA SAYUR NI


DAUN SUP/SADRI

SAYUR SALAD HIDROPONIK 


SAYUR SALAD MERAH HIDROPONIK





TOMATO HIDROPONIK
Lepas ni kebun strawberry pulak....best.

Monday, November 21, 2011

MENIKMATI KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH- BUNGA2AN- PART 3

Assalamualaikum wbt,

Jika tidak mengambil gambar bunga2an di CH rasanya 'tak sah' ke CH....tak pernah jemu menikmati keindahan dan kesegaran bunga2 di sini... Macam2 ada,  ada yang biasa tengok tapi nama tak tau....hehehe....yang senang seperti bunga ros, bunga raya, kaktus....yang lain saya betul2 mintak maaf....



Kaktus...

Kaktus
Kaktus
Bunga Raya



Spesies Kaktus....jenis tak sure

Kaktus lagi....jenis tak sure....

Ros....
Kalau tak silap ....Petunia
Pucuk  Bunga Ros
Kalau tak silap Lady Jane....kalau silap harap maaf

Rasanya lepas ni kebun sayur pulak....