Thursday, November 17, 2011

BERAYA HAJI DI CAMERON HIGHLANDS, MENIKMATI KEINDAHAN ALAM - PART 1

Assalamualaikum wbt,
(5-7 Nov 2011)
Sejarah tercipta untuk diri sendiri dan keluarga, kali pertama beraya haji di tempat peranginan....termasuk tugasan rasmi di sana.  Bila ada masa terluang berjalan bersama keluarga di tempat2 yang menarik di Cameron Highlands termasuk, pasar malam Brincang,  pekan Tanah Rata, Pasar Sayur Brincang, Ladang Teh Boh di Ringlet, Ladang Teh Bharat( Cameron), Kebun Strawberry dan banyak lagi . Gambar2 banyak dah dipostkan di FB.


Bermula dari tahun 1969 (umur 6 tahun) hinggalah sekarang saya tidak pernah jemu bila berada di Cameron Highlands....saya suka dengan suasana kebun sayur, kebun bunga, gunung ganang dan suhunya yang begitu sejuk. Syukur alhamdulillah masih berpeluang bersama keluarga sendiri  ke sini untuk kali ketiga.

Ikut kemampuan saya dan kebetulan belanja pun tak berapa mahal.  Mungkin kalau di luar negara banyak lagi tempat yang menarik, cuma kos dan belanjanya yang buat saya berkira2 dan terpaksa merancang lebih lama.  Tepuk dada tanya poket kita....hehehe.

DARI SIMPANG PULAI MENGHAMPIRI BLUE VALLEY, CH

MY FAMILI DI LADANG TEH BHARAT , CH

DARI BALKONI APARTMENT, ADA KEBUN SAYUR DI BAWAH

Berdasarkan indikator di kereta suhu sebelah pagi 18 darjah celcius dan adakala sebelah tengahari 19 darjah celcius.....Tidor di apartment memang sejuk sangat, "macam tidor dalam peti sejuk" kata my wife dan anak2....saya pun gitu....selimut tebal pun tak membantu sangat...

Banyak lagi gambar bunga, sayur,buah2an dan strawberry yang saya akan berkongsi untuk tujuan menikmati keindahan semulajadi ciptaan Allah swt. Insyallah

2 comments:

mama ju, said...

Aslkm Tuan Hj

Saya pun sentiasa tertarik dgn Cameron. suka, tapi jln nak naik tu tak suka!
Memanglah duduk kat apptmt sejuk sgt, klu kat hotel mcmmana ya?

rosli said...

Mama ju,

Jalan skrg dah ok, guna jalan Simpang Pulai ke Blue Valley dan ke Brincang....jauh sikit tapi jalan besar dan lebar.