Tuesday, November 27, 2012

REHAT LIMA HARI- PERASMIAN MASJID DI BANDUNG

Assalaamualaikum wbt,

Insyallah saya akan berehat dari Blog selama 5 hari dari 28  Nov hingga 2 Dis kerana menyertai program Kelab Haji Muda di ketuai oleh Dr Hj Ridzwan Bakar ke Desa Bojongloa di Bandung, Jawa Barat, Indonesia untuk beberapa program termasuk program utama bagi sama2 merasmikan Masjid di Desa tersebut. Perasmian dijangkakan pada 30 Nov sebelum solat Jumaat. Antara tetamu VVIP yang hadir adalah Gabenur Jawa Barat.

Kepada rakan dan pembaca blog saya mohon didoakan perjalanan kami semua selamat dan berjalan lancar di sana nanti. Insyallah.

Saya akan update blog selepas pulang dari Bandung selepas 2 Disember nanti.....

TAKLIMAT KHM DAN PELANCARAN TABUNG DANA KEMBOJA

Assalaamualaikum wbt,

Pada 25 Nov lalu bertempat di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya telah berlangsung taklimat khas kepada semua anggota KHM yang akan menyertai program perasmian Masjid di Desa Bojongloa, Bandung (30 Nov 2012) dan juga pelancaran tabung dana Kemboja.  Taklimat dan pelancaran telah di lakukan oleh Ybhg Dr Hj Ridzwan Bakar yang juga Presiden KHM. Majlis turut disertai oleh Tn Hj Sabtu Penasihat KHM.

 DR HJ RIDZWAN BAKAR
 PENGACARA MAJLIS HJ BADRUL HISHAM 
 BARISAN EXCO WANITA KHM
 ANTARA AHLI KHM
TN HJ SABTU DAN DR HJ RIDZWAN BAKAR

Di samping itu ada program ceramah dan motivasi Terapi solat oleh Ustaz Mohd Hadi Ismail, program yang sangat bermenafaat untuk kita memperbaiki kualiti solat kita, alhamdulillah.


Jika ada yang ingin menderma dan menyumbang boleh merujuk kepada blog Dr Hj Ridzwan Bakar  atau Facebook Kelab Haji Muda.  

Sunday, November 25, 2012

MENYARA KELUARGA LEBIH AFDHAL

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang-orang miskn dan wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala yang paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu”. 

Huraian Hadith: 
  1. Islam menggalakkan umatnya berbelanja pada jalan yang diharuskan sahaja.
  2. Wang yang dibelanjakan oleh seseorang dengan ikhlas akan diambil kira dan diberi pembalasan mengikut keutamaannya.
  3. Antara perbelanjaan yang paling baik disisi islam ialah perbelanjaan untuk menyara keluarga kecuali  zakat yang wajib.
  4. Umat Islam hendaklah mengutamakan kaum keluarganya dalam berbelanja daripada orang lain.
  5. Kaum keluarga merupakan tanggungjawab utama yang mesti diselesaikan oleh suami atau penyara.

Friday, November 23, 2012

PERKARA YANG SALAH MESTI DITEGUR

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA katanya, al-Hasan R.huma telah mengambil sebiji tamar daripada buah-buah tamar yang yang disedekahkan lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Maka Rasulullah SAW bersabda “Buang (luahkan) tamar itu, tidakkah engkau tahu kita tidak dibolehkan memakan pemberian sedekah?”
Di dalam riwayat lain: “Kita tidak dihalalkan menerima sedeqah”. 

Huraian Hadith: 
  1. Keluarga Rasulullah tidak harus menerima pemberian dalam bentuk sedekah dan dihalalkan dalam bentuk hadiah.
  2. Teguran Rasulullah SAW kepada Hasan bin Ali merupakan suatu pengajaran yang baik.
  3. Setiap perkara yang salah hendaklah diberitahu (ditegur) dengan baik serta menyatakan dengan hikmah.
  4. Islam mengajar umatnya berterus terang atas perkara-perkara larangan.
  5. Pemerintah wajib mengumpulkan zakat dan membahagikannya kepada yang lain, semuanya hendaklah dilakukan dengan penuh teliti dan amanah.

Thursday, November 22, 2012

TINGGINYA DARJAT SUAMI DI SISI ISTERI

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sekiranya boleh aku menyuruh seorang sujud kepada seorang nescaya akan aku suruh kaum wanita (isteri) supaya sujud kepada suami mereka”. 

Huraian Hadith: 
  1. Islam menyuruh kaum wanita supaya taat kepada suami mereka.
  2. Rumahtangga yang bahagia adalah berpunca daripada kepatuhan isteri kepada suaminya.
  3. Penghormatan isteri terhadap suami sampai ke peringkat patut sujud tetapi sujud tidak harus dilakukan kepada yang lain daripada Allah SWT.

Wednesday, November 21, 2012

BERBUDI PADA TANAH- MENUAI HASIL , PART 3

Assalaamualaikum wbt,

Raya haji lepas, (26 Oktober) saya berkesempatan (menuai hasil) memetik kelapa muda dan limau kasturi untuk saya bawa balik ke rumah saya di Bangi.


LEBAT BETUL BUAH DI SETIAP TANDAN KELAPA 
POKOK MASIH RENDAH
BOLEH CAPAI DENGAN TANGAN
AMMAR PUN BOLEH CAPAI BUAH KELAPA NI
ALHAMDULILLAH, SKILL MENGOPEK DAN MEMOTONG 
KELAPA MUDA MASIH ADA LAGI
KELAPA YANG DAH SIAP DI KUPAS DAN ISI YANG SAYA SUKA
AMMAR BERANI MENCUBA DENGAN TUNJUK AJAR SAYA
DUA TANDAN SAYA TURUNKAN
SIAP MASUK BONET KERETA DAN BAWAK BALIK BANGI
AIR KELAPA MUDA ANTARA MINUMAN PEBERET SAYA
POKOK LIMAU KASTURI  BARU BELAJAR BERBUAH
YANG POKOK LIMAU KASTURI TUA DAN BERBUAH LEBAT
SEDANG MEMETIK LIMAU KASTURI
SEBESEN JUGAK HASIL KALI INI

Begitulah hasil kelapa muda dan limau kasturi,  saya menumpang menuai hasil dari titik peluh ibu mertua saya...tidak rugi berbudi pada tanah.  

Lepas tunggu entri berkebun di belakang rumah saya pulak ( semuanya dalam pasu).

Tuesday, November 20, 2012

KEDAMAIAN ASAS KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA


Assalaamualaikum wbt.

Hadith: 

Daripada Abu hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak boleh seseorang mukmin lelaki membenci terhadap seseorang mukminah perempuan. Jika dia tidak suka suatu kelakuannya (boleh jadi) dia suka perbuatan yang lain atau perbuatan yang lain daripada yang dibencinya itu”. 

Huraian Hadith: 
  1. Para suami dinasihatkan supaya tidak bertindak dengan terburu-buru didalam urusan rumahtangga mereka. Jika berlaku perselisihan maka suami hendaklah bersabar dan bertindak dengan waras. Janganlah terus menceraikan isterinya kerana terlalu marah kerana disebaliknya banyak kebaikan yang diperolehi daripada isterinya yang perlu diambil kira.
  2. Kedamaian dan ketenangan rumahtangga adalah asas kebahagian dalam kehidupan suami isteri.
  3. Orang yang beriman hendaklah berhakimkan akalnya dalam menyelesaikan sebarang perselisihan dengan isterinya, bukan berhakimkan perasaan dan sikap semulajadinya.

Monday, November 19, 2012

BERBUDI PADA TANAH- (PART 2) MENCANTAS DAN MEMBAJA POKOK RAMBUTAN- PART 2

Assalaamualaikum wbt,

Sebelum Raya Aidil Adha saya sempat ke nurseri tanaman di UPM bertanyakan baja yang sesuai untuk membantu mempercepatkan proses pembungaan pokok rambutan ini,  selepas solat Raya Aidil Adha baru2 ni ( kebetulan pagi tu tidak ada sembelihan korban yang ditunda ke hari Sabtu).... anak bongsu saya  Ammar Zikri yang membantu saya menabur baja dan saya pulak mencantas dahan pokok rambutan yang tinggi bagi memastikan pokok rambutan tidak terlalu tinggi dan 'mabuk' daun.  

Dah lama jugak tidak membuat kerja2 memanjat begini....terasa takut pun ada ,  lagi pun badan dah berisi sepatutnya tidak lagi boleh memanjat pokok....bahaya..dan takut dahan patah sebab berat badan saya.....kebetulan pokok yang satu ni penuh dengan kerengga pulak...habis satu badan kena gigit kerengga, alhamdulillah saya tak rasa sakit,cuma rasa gatal2 sikit  sebab dulu masa kecik2 selalu panjat pokok mangga dan rambutan yang penuh dengan kerenggga  dah selalu kena gigit kerengga ni..hehehe

Gambar Sebelum dicantas :

Gambar Selepas dicantas :
SEMPAT CANTAS DAHAN TENGAH YANG MENEGAK KE ATAS SAHAJA


SAYA TERPAKSA BERANIKAN DIRI 

Pokok rambutan yang kedua sebelum dicantas :


Selepas dicantas :


Alhamdulillah kerja mecantas dan membaja selesai dalam masa satu jam , kerja menabur baja dilakukan oleh anak bongsu saya Ammar Zikri, kesian dia kena gigit nyamuk satu badan,  saya pulak kena gigit kerengga satu badan....

Sunday, November 18, 2012

BERBUDI PADA TANAH- PART 1

Assalaamualaikum  wbt,

Ibu mertua saya rajin bercucuk tanam,  sejuk sangat tangan dia,  pokok bunga sekeliling rumah menghijau dan subur.  Untuk post ini saya akan tumpu pada pokok buahan dan pokok sayuran yang ditanam keliling rumah.....cili, mas cotek, kelapa, rambutan dan banyak lagi.

Kebetulan Raya Puasa bulan Ogos lalu saya sempat snap beberapa keping gambar  :

ADA PANGGIL PISANG NIPAH DAN ADA
PANGGIL PISANG ABU ( NIPAH \ABU)
POKOK BUNGA EUPHORBIA
CILI API PUN ADA
MAS COTEK PUN ADA
LIMAU KASTURI DAN KELAPA GADING PUN ADA
POKOK KURMA NI BARU DI TANAM
DI SINI , SAYA BAWA DARI BANGI
POKOK DURIAN TINGGAL SEBATANG AJER DEPAN RUMAH
POKOK RAMBUTAN KESAYANGAN SAYA DAN IBU MERTUA, SAYA BELI BENIH DARI 
JABATAN PERTANIAN SELANGOR, SERDANG

Empat batang pokok rambutan pada ketika itu belum nampak ada tanda2 mengeluarkan bunga dan buah....orang dulu2 kata  pokok tu mabuk daun, tunggu next entri  saya mencantas dan membaja. ( Hari Raya Haji Oktober lalu)

Saturday, November 17, 2012

HAK ISTERI TERHADAP SUAMI

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Mu’awiyah bin Haidah RA katanya aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah hak isteri terhadap suaminya?“ Jawab baginda, “Hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan memberi pakaian apabila engkau berpakaian dan jangan engkau memukul muka dan jangan engkau menghinanya dan janganlah engkau asingkan (ketika nusyuz) melainkan di dalam rumah”. 

Huraian Hadith: 
  1. Suami berkewajipan memberi makan dan pakaian kepada isterinya mengikut kemampuannya.
  2. Suami diharamkan memukul muka isterinya dan menghinanya.
  3. Suami tidak boleh memisahkan (pulaukan) isterinya ketika nusyuz melainkan di dalam rumah.

Friday, November 16, 2012

MAJLIS PERNIKAHAN & PERKAHWINAN ASYIKIN DAN SYAHRIN

Assalaamualaikum wbt,

3 Nov lalu, bertempat di Surau At Taqwa, Kg Batu  Laut berlangsung majlis pernikahan anak sedara saya ( anak abg Ramli) dan seterusnya majlis makan beradap di rumah abang saya, Ramli betul-betul depan surau. Alhamdulillah majlis berjalan lancar, cuma sebelah petang hujan sekejap.

DAH CANGGIH KAMPUNG SAYA NI
BUAH TANGAN UNTUK TETAMU
 ASYIKIN BT RAMLI, ANAK ABANG SAYA
SYAHRIN KARIM, SUAMI ASYIKIN SKRG
 AKAD NIKAH....SEKALI LAFAZ ....SAH...AMEEN
 BACAAN TAKLIQ DAN PENYERAHAN MAS KAHWIN
BERJALAN KE RUMAH PENGANTIN
MAKAN BERADAP
KOMPANG KAMPUNG, AHLINYA WARGA EMAS
ABG RAMLI DAN KAK BEDAH MELAYAN TETAMU

Semoga jodoh mereka berkekalan dan berbahagia hingga ke akhir hayat.  Insyallah majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki 18 November ini. 

Tuesday, November 13, 2012

JANGAN KETAWA DALAM HAL YANG TIDAK MUNASABAH

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Abdullah bin Zam’ah RA bahawasanya beliau mendengar Nabi SAW berkhutbah dan baginda menyebut unta (yang menjadi mukjizat Nabi Soleh AS) dan orang yang menyembelihnya, maka Rasulullah SAW bersabda, “(membacakan firman Allah yang bermaksud), “Ketika orang yang paling jahat antara mereka menerima perintah daripada mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat). Seorang lelaki yang gagah lagi jahat dan berpengaruh dalam qabilahnya segera untuk membunuh unta itu. Kemudian baginda menyebut (perihal) orang-orang yang memberi beberapa nasihat tentang mereka”. Lalu kemudian baginda bersabda, “Ada diantara kamu yang sengaja memukul isterinya seperti memukul hamba abdi kemudian menyetubuhinya pada akhir hari itu”. Kemudia baginda menasihati mereka mengenai ketawa disebabkan kentut lalu baginda bersabda, “Mengapa ada antara kamu yang ketawa dengan perbuatannya sendiri?”. 

Huraian Hadith: 
  1. Harus memukul isteri dengan tujuan memberi didikan dan kesedaran jika nasihat yang baik tidak berkesan tetapi dengan syarat tidak mencederakannya.
  2. Ketawa yang dengan sebab-sebab yang tidak munasabah seperti kentut adalah dilarang dalam Islam.
  3. Islam mengajar umatnya supaya menjaga setiap gerak geri dan tingkah laku sehinggakan untuk ketawa sekalipun mestilah dalam keadan yang sesuai.
  4. Para suami hendaklah bertimbang rasa terhadap isteri mereka tanpa bertindak sewenangnya, seperti memukul dengan kejam, menyakiti perasaannya dan sebagainya.

Saturday, November 10, 2012

WANITA ADALAH UJIAN KEPADA LELAKI

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Usamah bin Zais R.huma dari Nabi SAW sabdanya, “Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan”. 

Huraian Hadith: 
  1. Semasa di dunia manusia tidak dapat lari daripada ujian Allah dan seberat-berat ujian ialah ujian dengan kaum wanita kerana kerap kali berlaku kecenderungan kepada wanita menyebabkan lelaki melakukan perbuatan yang menyalahi syarak.
  2. Islam mengingatkan kaum lelaki supaya mengawasi diri daripada godaan wanita.
  3. Wanita adalah daya penarik kepada kaum lelaki.
  4. Wanita ialah sumber kebaikan dan kejahatan bagi kaum lelaki.

Friday, November 9, 2012

JALAN2 CARI MAKAN DAN BAJU DI PENGKALAN KUBUR

Assalaamualaikum wbt,

Kami sekeluarga amik kesempatan ke Pengkalan Kubur, Kelantan pada 14 Oktober lalu, di bawa ke sana oleh kenalan kami  yang tinggal di pengkalan Chepa, Razin dan isterinya Rina (orang Muar yang jugak kawan rapat wife saya) sebelum singggah di rumah pengantin perempuan di Wakaf Baru KB.  Biasalah bila di Pengkalan Kubur tengok2 baju sukan untuk anak2...macam2 ada....jenama tiruan yang paling banyak...macam 'original'...design memang cantik dan up to date.
DESTINASI SHOPPING
PINTU MASUK DARI BELAKANG
TU DIA KEDAI2 YANG ADA
Bilangan kedai2 dah semaikn banyak berbanding 20 tahun dulu,  macam biasa saya bawak anak2 ke kedai jual tshirt sukan dan kelab2 bolasepak terkenal dunia,  saya pun join sekali...saya penyokong tegar Arsenal....sptmana gambar di bawah :

BERSAMA JERSI ARSENAL
AMMAR PENYOKONG BARCELONA 
RAZIN DAN DANIAL PENYOKONG MANCHESTER UNITED
ISTERI SAYA DAN SAHABAT BAIK DIA RINA 
Sempat singgah pekena aiskrim  air batu campur Siam kat tepi jalan (BABA ICE CREAM)....nampak sedap , ada kacang merah, jagung, pulut, roti , kacang tanah, aiskrim dan macam2 lagi , RM 4.00 secawan.
SEDAP AISKRIM NI
SEMUA NAK RASA AIS KRIM...MEMANG BEST
CLOSED UP BABA ICE CREAM