Friday, November 2, 2012

SEPETANG DI KUALA SEPETANG, MEE UDANG MAK JAH

Assalaamualaikum wbt,

2 Oktober lalu,  selesai tugasan rasmi di Taiping dan Penang ( 1 Oktober ) amik kesempatan terus ke Restoran Mee Udang Mak Jah yang terkenal di Kuala Sepetang....puas hati akhirnya dapat jugak merasa mee udang di sini selepas berbulan2 merancang. Alhamdulillah...rasa sedap dan bestnya adalah udang yang segar dan 'manis rasanya'.

BANYAK PARKING DISEDIAKAN
Selama ini saya hanya mendengar mee udang di di Kuala Sepetang sedap.....kerana sebelum ini  dah merasa mee udang di Bayan Lepas , jalan menghala ke Balik Pulau memang sedap..... harga pun 'sedap' masa tu RM 18.00 sepinggan....tapi udangnya sebesar ibu jari kaki...


MEJA DAN KERUSI BANYAK
Selepas tugasan di Taiping kami terus bertolak ke Kuala Sepetang....teruja sangat....orang pun tetiba ramai dengan kehadiran dua buah bas rombongan sekolah dari Negeri Sembilan...meriah sungguh kedai makan ini.

DENGAN KAWAN2 DARI UTARA DAN HQ
Pendapat peribadi saya, bila dah makan mee udang di sini....keistimewaannya adalah udangnya yang segar dan terasa manis. Alhamdulillah.


UDANG SEGAR SANGAT

Insyallah datang lagi  dan nak cuba gerai2 lain di sekitar Kuala Sepetang.....

6 comments:

Cik Kamoo said...

sedapnye...teringin nk repeat mee udang kuala sepetang nie...

Wak Gelas™ said...

wak pon dh penah sampi Kuala Spetang ni tapi wak try mak teh mee banjir jeee.. eehhEe

rosli said...

CK,

Betul tu...kena repeat.Insyallah

rosli said...

WG,

Tk kerana memberikan satu lagi tip...Insyallah nak cuba Mee banjit Mak teh pulak

Badrul said...

Li... Alhamdulillah nampak hepi di tempat baru.. semasa pemusafiran tu (outstation) doakan kami yg tinggal sini..hehe.. doa orang musafir cepat maqbul..

rosli said...

Bad,

Aku tak lupa doakan kawan2 rapat agar dapat keluar jugak, Insyallah.

Cumanya aku tak mau di lihat selalu jumpa kawan2 takut dituduh menghasut atau mempengaruhi kawan2 yang keluar dari situ.

Dont worry , Insyallah satu hari nanti mesti dapat keluar tu