Wednesday, February 27, 2013

MANUSIA YANG SEBENAR-BENAR BIJAK

Assalaamualaikum wbt,


Hadith: 

Daripada Abu Yaala Syaddad bin Aus RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk selepas mati. Manakala orang yang lemah itu ialah mereka yang menurutkan hawa nafsunya sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai.”

Huraian Hadith: 
  1. Orang yang beriman hendaklah sentiasa bermuhasabah diri dan beramal seperti yang dituntut oleh agama, kerana ganjaran pahala adalah berasaskan amalan yang benar-benar dilaksanakan, bukan dengan angan-angan kosong.
  2. Manusia yang bijak itu ialah orang yang memperjuangkan hidupnya untuk kebahagiaan di akhirat.
  3. Akal yang dianugerahkan oleh Allah hendaklah digunakan untuk memikirkan persediaan hidup di akhirat.
  4. Wajib bagi seseorang mengelakkan diri daripada dikuasai oleh hawa nafsu yang akan membawa kepada kehancuran diri dan agama.

4 comments:

Indokoma Web Blog said...

Menarik mas blognya, sangat senang dengan bahasan blog sampean.. :D

nadz said...

Salam..
mama nadz juga membaca dan mengutip ilmu serta panduan.

rosli said...

Mama Nadz,

Kita sama2 belajar dan berkongsi ilmu, In Shaa Allah.

rosli said...

Indokoma,

Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya dan sentiasam memberikan sokongan kepada saya untuk terus menulis dan berblog.