Wednesday, April 22, 2015

MEREKA YANG ADA BANYAK NYAWA - NAIK MOTOR SAMBIL SMS (BAB 1)

Assalaamualaikum wbt,

Bila menulis bab ini aku yang benarnya risau dan takut dan ngeri bila berlaku depan mata....kemalangan atau insiden yang boleh meragut nyawa....

Tahun 1981 aku sendiri hampir mati 'eksiden' motor melanggar anjing , masa tu aku tidak pakai helmet...tahun 1982, 2 kali aku eksiden motor jugak...satu kali pakai helmet dan dan satu kali lepas solat Jumaat pakai kain tanpa helmet.....umur aku nak panjang masa tu....

Masa di Universiti antara tahun 1983 ke 1986....tidak ada kemalangan....alhamdulillah....masa mula kerja tahun 1986 ke 1989 pun 'free eksiden'....tahun 1989 aku beli kereta.....dah jarang naik motor hinggalah sekarang....puas jugak aku naik motor clutch...kemalangan motor tu semua mendewasakan aku tentang motor dan bahaya bila menunggang motor. Tahun 1995 aku beli motor Yamaha Sport 100..untuk  pergi pasar dan ke surau sehinggalah aku jual motor aku pada tahun 1999....ramai sangat yang 'mengecek' nak beli motor itu.....akhirnya jual jugaklah....

Sejak akhir2 ini di Bandar Baru Bangi dan banyak tempat yang aku lalui satu Malaya... aku tengok yang naik motor semakin berani dan terlebih berani....tidak memakai topi keledar, menggunakan handphone semasa menunggang termasuk bercakap dan bersms....ngeri aku tengok mereka ni.....dalam hati aku selalu berbisik...mereka ni belum pernah merasa jatuh, belum pernah eksiden dan belum pernah jatuh motor kot....mereka seolah-olah mencabar pihak berkuasa termasuk JPJ dan Polis....bila dah kena saman baru tau susah dan merayu......dan lebih buruk kalau dah eksiden baru tau apa rasanya.....dah malas aku nak tegur atau bercakap.....tepuk dada tanyalah kepala sendiri samada lebih keras dari jalanraya atau lebih keras dari badan kereta. Fikir2 lah.......

Wednesday, April 15, 2015

KEKUATAN SEBENAR

Assalaamualaikum wbt,


Riwayat: 
 Bukhari dan Muslim
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Bukannya orang yang kuat itu orang yang menang dalam pertarungan, tetapi orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”
Huraian Hadith: 
  1. Kekuatan yang sebenar-benarnya ialah dapat menguasai diri dalam keadaan marah
  2. Umat Islam hendaklah berusaha menjauhi sifat marah kerana sifat demikian menandakan seseorang itu kalah dalam perjuangannya.

Monday, April 13, 2015

SEMUANYA DARI ALLAH (RASA DENGKI DAN CEMBURU) - BAB 7

Assalaamualaikum wbt,

Di saat  ini Insyallah aku dah bekerja selama 29 tahun.....aku mula bekerja April 1986...jadi guru tuisyen sebelah malam....dapat kerja di Subang Jaya Ogos 1986.....September 1987 dapat kerja Yayasan Selangor dan September 1993 dapat kerja dengan TM sehinggalah sekarang. 

Selama 29 tahun ini memang sangat mencabar dengan semua kerja....aku sangat bersyukur dengan semua rezeki yang Allah kurniakan....cuma kekadang aku sedikit 'terlupa dan sedikit emosi' bila mengharungi pekerjaan.....bermula kerja di masa umur 22 masuk ke 23 dan sekarang 51 masuk ke 52 Ogos 2015 ini, Insyallah.

Masa muda kerja kuat dan agresif....kekadang sampai lupa.masa solat, lupa perasaan orang dan sibuk kejar pangkat. Bila dah masuk umur 40an mula terasa tak boleh kerja laju dah....macam2

Bila masuk 50an....baru perasan....dah banyak masa solat dulu tertinggal,  baru mula rasa dah tua....cepat sensitif dan terasa hati dan tidak kisah sangat soal pangkat asalkan ada kerja dan rezeki dan setiap bulan ada duit di bank..

Baru perasan politik pejabat setiap masa berubah dan semakin mencabar minda dan perasaan.....budak2 muda makin kurang ajar dan tidak tahu respek kat orang lebih tua.....mereka sibuk mengejar pangkat dan glamour...atas alasan nak cepat kerja siap dan boss mahukan cepat.....bukan semuanya betul....baru aku perasan....teringat zaman muda aku dulu2 adakah aku begini ketika itu....dan pernah menyakiti perasaan orang.

Cumanya satu perkara yang sekarang yang buat aku terasa hati....ada segelintir mereka ni macam busuk hati...dengki dan cemburu dengan kemudahan orang lain...dan ada yang sanggup mengadu dengan boss dan menikam belakang sebab nak kejar gred dan pangkat. Ada yang bertitle haji kecik dan Tn Haji...tetapi perangai dah dekat dengan perangai syaitan...aku kekadang tidak faham....apa yang mereka dapat masa pergi haji atau umrah dulu...aku mintak maaf...tidak berniat menghina mereka ni yang pernah buat haji dan umrah.....

Satu perkara yang pasti tentang diri aku....aku tidak suka bodek boss....aku fighter dan suka lawan boss....padahnya aku dah terima....kawan2 dan junior semua dah naik pangkat aku masih kat level tu jugak.....tapi aku selalu dapat nasihat dari kawan2 yg lain.....mereka kata aku perlu bersyukur dan kena terima rezki yang Allah dah tentukan..tepat dan betul nasihat tersebut....ada hikmah di sebalik semua yang berlaku....


Allah berfirman dalam surah A-Li ‘Imran ayat 26 & 27.
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". 

Huraian: Allah menyuruh RasulNya supaya menyampaikan kepada manusia, bahawa Allahlah yang memiliki/mempunyai kekuasaan yang sebenarnya. Dia berikan kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya dan di cabutNya kekuasaan kepada siapa yang dikehendakiNya. Semuanya menurut ketentuan Allah dalam cara memberi atau mencabut pemberianNya. Dia berikan kemuliaan/kebesaran kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dia menghinakan atau merendahkan sesiapa yang dikehendakiNya kerana kerendahan moralnya sendiri.

Semua urusan adalah di tangan Allah yang baik maupun merupakan yang buruk. Dialah yang memberi kebahagian dan yang mendatangkan penderitaan bagi yang layak menerimanya.

Thursday, April 2, 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU MOHD DOM DAN SITI NORHIDAYAH

Assalamualaikum wbt,


Alhamdulillah 29 Mac lalu seorang lagi anak sedara aku , Mohd Dom  bin Amizan telah selamat melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan di Kelana Jaya dengan pasangannya Siti Norhidayah Bt Hj Yaacob setelah mengikat tali pertunangan sejak bulan Disember 2014. 

Masa pertunangan tersebut aku terlibat secara langsung dengan mengetuai rombongan meminang dan bertindak sebagai jurucakap pihak lelaki, pertama kali diberi kepercayaan oleh Abang aku, Amizan. Sepertimana biasa kali pertama aku gemuruh jugak dan adalah tersasul sana sini sikit2 dan Insyallah akan lebih yakin di masa hadapan.

MOHD DOM SEDANG ANGKAT NIKAH
BATAL WUDHUK DAN SARUNGKAN GELANG

Seorang demi seorang anak sedara aku ke jinjang pelamin,ada jugak yang sempat mengusik....tak lama lagi giliran anak dara aku pulak...Insyallah..aku doakan Mohd Dom dan Siti Norhidayah dimurahkan rezki, jodoh berpanjangan hingga ke Jannah dan sentiasa di Rahmati Allah swt.

MOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT DAN KE JANNAH