Monday, September 28, 2015

RUMAHKU SYURGAKU YANG BARU - (PROSES PINJAMAN DAN CABARAN) -BAB 2

Assalaamualaikum wbt,

Allahuakhbar....besarnya cabaran.....membuat permohonan loan yang baru dengan umur yang semakin senja....kebetulan tugasan kerja semakin mencabar minda, boss dan rakan kerja memberikan tekanan yang sangat besar....syukur alhamdulillah akhirnya loan lulus pada bulan Oktober 2014 dengan begitu banyak masa dan proses....Allah Maha Mengetahui. Lebih enam bulan menguruskan semuanya. Kunci rumah dapat diambil beberapa hari sebelum cuti krismas 22 Disember 2014....rasa lega dah dapat kunci.....

Aku jual dua rumah untuk beli satu rumah......persepsi sedara mara, kawan2 dan macam2 lagi...x boleh nak jelaskan satu persatu.....Aku berserah pada Allah. Alhamdulillah rumah  teres satu tingkat di Sek 16, Bdr Baru Bangi telah selamat dijual.....duit pun dapat pada bulan November 2014.
ALHAMDULILLAH DAH SELESAI JUAL..HILANG SATU NILAI SENTIMENTAL RUMAH PERTAMA AKU....

Rumah teres dua tingkat di Sek 4....sampai kini belum dapat buyer....agen bagitau susah sebab nilai rumah dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.....In Shaa Allah...adalah buyer nanti...


SAIZ LOT 22X75....JIKA ADA YANG BERMINAT, HARGA BOLEH RUNDING

Ada ketikanya gerak hati lebih penting.....kalau mendengar pandangan orang memang pening.....ramai yang tertanya....nape jual dua beli satu....aku tiada jawapan khusus ,....yang pasti aku mahukan rumah yang lebih luas dan parking luas....aku dan wife solat isthiqorah beberapa kali...sebelum membeli rumah ini.....


LUAS LAMAN PARKINGNYA DAN AGAK SELESA

Next entri......kerja pembersihan dan perabut dapur...

Thursday, September 24, 2015

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL IKHLAS

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: at-Tirmizi, katanya : Hadith Hasan

Hadith: 
Daripada Anas RA bahawa seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku sangat suka kepada surah ini, “(al-ikhlas)” lalu Baginda pun bersabda,”Sesungguhnya kesukaanmu pada surah ini akan memasukkan engkau ke dalam syurga”.

(Hadith Riwayat at-Tirmizi katanya hadith hasan)
Dan al-Bukhari juga ada meriwayatkan dalam kitab sahih sebagai taklik.
Huraian Hadith:
  1. Al-Qur’an al-Karim mengandungi semua cabang Islam dan iman iaitu aqidah, syariah, dan akhlak sedangkan ilmu tauhid itu meliputi di dalam surah al-ikhlas.
  2. Orang yang membaca surah al-ikhlas akan mendapat pahala yang sangat besar bersamaan dengan membaca sepuluh juzu’ daripada keseluruhan al-Qur’an.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Tuesday, September 8, 2015

MASJID AL UMM - DISEMBER 2014 KE FEBRUARI 2015 (BAB 3)

Assalaamualaikum wbt,

Dalam  2 bulan ini dari Disember 2014 ke Februari 2015 aku kerap ke kawasan rumah...adakala tengok jugak perkembangan pembangunan Masjid ini....tetapi dari celah2 zink penutup sekitar kawasan Masjid....banyak sudah pembangunan dengan kerja pilling dah siap dan hinggakan ada nampak rangka masjid ini.....sampailah kepada rangka kubah yang masih dalam pembinaan dan menara Masjid ini.


WAKTU HAMPIR SENJA DAN MAGHRIB

Allahuakhbar aku  dan famili beruntung sebab boleh tengok matahari jatuh dari depan rumah setiap hari , In Shaa Allah..

RANGKA UTAMA MASJID DAN MENARA SUDAH SIAP
SUASANA BEGINI SETIAP SABTU DAN AHAD PAGI
CLOSED UP MENARA 
PARKING TAMBAHAN MASJID DI BELAKANG RUMAH AKU DAN SEBERANG JALAN

Sejujurnya walaupun aku selalu ke kawasan ini  melihat rumah, aku jarang amik foto Masjid dari luar kerana ditutup dengan zink...tetapi aku memang tahu pembinaan sedang rancak sehinggalah bulan Disember 2014 aku dapat kunci rumah dan lebih kerap ke sini dan snap foto masjid....Allahuakhbar....dijangka sepatutnya digunakan pada bulan Puasa tahun 2015....aku difahamkan tunda lagi 3 ke 4  bulan  bermakna Awal tahun 2016 siap sepenuhnya.

Yang pasti cabaran besar menanti aku, berjemaah ke Masjid yang sudah depan mata....

Monday, September 7, 2015

JAUHI SIFAT SOMBONG

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: al-Bukhari dan Muslim
Hadith: 

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Pada suatu ketika seorang lelaki berjalan dengan pakaian yang membanggakan dirinya  serta rambutnya disikat rapi dan berlagak sombong ketika berjalan. Tiba-tiba Allah membenamkannya ke dalam bumi maka dia terus menerus meluncur ke dalam bumi hinggalah hari kiamat.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith: 
  1. Islam melarang umatnya dari berlagak dan bermegah dalam semua perkara termasuk cara berpakaian dan sebagainya. Orang yang takbur akan menerima akibat buruk di dunia dan akhirat.
  2. Orang yang bersikap sombong bukan sahaja di azab pada hari kiamat bahkan Allah akan melaknat dan menurunkan azab semasa di dunia lagi.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

Wednesday, September 2, 2015

BERMANIS MUKA KETIKA BERTEMU

Assalaamualaikum wbt,

Riwayat: Muslim
Hadith: 

Daripada Abu Dzar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, “Janganlah engkau anggap remeh apa-apa amalan yang baik walaupun kebaikan itu dengan sekadar menunjukkan muka yang manis semasa bertemu dengan saudaramu.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith: 
  1. Islam itu mengambil berat tentang hal kebaikan, walau sekecil mana amalan kebajikan dilakukan pasti akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.
  2. Umat Islam dilarang memandang enteng perkara-perkara kebajikan walaupun sekadar senyum semasa bertemu dengan kawan-kawan dan saudara-saudara seagama, kerana senyuman itu juga akan mendapat balasan pahala.
  3. Senyuman boleh menumbuhkan rasa cinta dan sayang antara yang bersaudara dan sesama manusia.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin