Assalaamualaikum wbt,
Beberapa tahun dulu masa kami menghadiri 'konvokesyen' Adiera di UPM untuk lepasan SPM sekolah dia ....aku selalu pesan dengan anak perempuan aku ni...."belajar sungguh dan satu hari nanti boleh ada konvo yang betul2"....kami suami isteri memang teringin menengok semua anak2 dapat konvo mereka sendiri dan meneruskan legasi aku yang pernah Konvo di UM tahun 1986......( TQVM Ya Allah)
Alhamdulillah, majlis konvokesyen anak sulong kami , Nur Adiera Hanna Bt Rosli berjalan lancar pada 1 Nov 2015 lalu, di DECTAR UKM....rasanya semua ibu bapa memang akan rasa seronok dan berbangga dengan kejayaan anak2 lebih2 lagi di majlis konvokesyen...aku, isteri dan anak2 lain tidak terkecuali.
KAMI MASUK DECTAR AWAL....MASIH KOSONG
ADIERA ADA DI KELOMPOK GRADUAN ITU
SALAH AKU....GAMBAR GOYANG...ADIERA DI TENGAH2
ADIERA...DI TENGAH2...SEKALI LAGI AKU TAK DPT SNAP...
HANYA DI SKRIN SAHAJA YANG AKU DAPAT..
BARU LEPAS AMIK SCROLL....
Anak aku Nur Adiera Hanna, pada ketika belajar begitu beruntung kerana rumah aku dan UKM hanyalah kurang dari 4 KM... 3 tahun dia jadi mahasiswa di UKM...memang dia selalu mengadu kursus dia susah dan sangat memenatkan. Sebelum konvo dia sempat buat internship kat Sime Kansai Paint di Bukit Raja, Klang selama 9 minggu....sekarang menunggu peluang dan sedang mencari kerja....dapat offer buat masters pun dia hold dulu....belum hilang penat belajar katanya....
ALHAMDULILLAH SUDAH ADA SEGULUNG IJAZAH
AKU, ADIERA DAN ISTERI...KAMI SERONOK DAN BANGGA...
BERSAMA SEMUA KELUARGA AKU , AMMAR , AKU, ADIERA, ISTERI DAN DANIAL
GAYA BEBAS DANIAL DAN ADIERA
GAYA RASMI AMMAR DAN ADIERA
TAHNIAH ADIERA
Sepertimana biasa...dua orang lagi anak kami, Danial (skrg di MMU Cyberjaya) dan Ammar (tingkatan 4) diminta belajar bersungguh-sungguh agar dapat mengikut jejak langkah kakak mereka atau lebih baik lagi.
Aku dan isteri sentiasa berpesan pada mereka....jejak langkah aku (graduan UM tahun 1986) dan legasi aku mereka wajib sambung hingga ke anak cucu mereka jugak...In Shaa Allah.