Terus terang aku cakap, dari April ke Jun 2015...aku begitu sibuk dengan kerja dan berulang jauh ke Shah Alam...dan tidak banyak mengambil gambar Masjid depan rumah...sehinggalah satu petang masa aku pulang dari pejabat dan hampir senja....ketika itu aku baru perasan...dari depan rumah aku dapat menikmati pemandangan waktu senja yang cantik....Subhanallah....Masyallah....terima kasih Ya Allah berikan aku lokasi rumah yang terbaik dan dapat tengok matahari naik dan matahari jatuh....
INDAHNYA SENJA...SUBHANALLAH
Yang pasti kubah masjid telah dipasang dalam bulan Mei dan aku tidak dapat menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut kerana aku bertugas di luar kawasan pada hari Ahad tersebut.
MATAHARI SEMAKIN TERBENAM DAN SEMAKIN CANTIK
Dua buah menara di kiri dan kanan Masjid telah berdiri megah dan hanya menunggu kubah kecik di pasang dalam masa beberapa bulan lagi
VIEW DARI BILIK AKU, BEBERAPA SAAT SEBELUM
MATAHARI TENGGELAM
MATAHARI TENGGELAM
Allahuakhbar....besar sungguh nikmat yang hambaMu nikmati.TQVM YA ALLAH.
4 comments:
Assalamualaikum Tuan Rosli,
Masih ada tak lagi rumah sekitar kawasan tuan yang kosong?
Saya memang tercari-cari rumah yang berdekatan dengan masjid.
Tuan adalah seorang yang sangat bertuah. Tahniah.
Wassalam
Jaafar
En Jaafar,
Sebelah rumah saya masih kosong dan saya dapat tahu , owner nak menjual rumah tersebut. Kapten Ariff no hp dia 019 3809112. Boleh hubungi dia terus. TK
En Jaafar,
Alhamdulillah rezeki saya kali ini...dapat rumah depan Masjid. TK En Jaafar.
Assalamualaikum Tuan Rosli,
Saya sudah pun menghubungi Kapten Ariff.
Terima kasih banyak-banyak Tuan.
Wassalam
Jaafar
Post a Comment