Assalaamualaikum wbt,
Daripada Jabir RA bahawasanya Nabi SAW membeli daripadanya seekor unta, “lalu Baginda Rasulullah SAW membayar harganya melebihi daripada harga yang ditentukan.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith :
- Islam menggalakkan bertolak-ansur dalam amalan berjual beli.
- Diharuskan membayar lebih daripada harga yang ditentukan dalam hal berjual beli lebih-lebih lagi kepada golongan yang susah.
- Islam menyuruh supaya redha meredhai di antara satu sama lain ketika berjual beli.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
No comments:
Post a Comment