Salam,
Sekadar berkongsi rasa bila terkenang dan rindu MH dan MN. Gambar banyak dalam simpanan, dalam HP, dalam Notebook, screen saver semua ada. Bila tengok cenderamata yang dibeli terkenang dan rindu pada Makkah dan Madinah.
Unta ini di beli di Madinah untuk anak
bongsu aku Ammar
Lampu hiasan MH dibeli di Makkah
Tasbih besar sebesar buah tomato
dibeli di Jalan Hijrah, Makkah
Setiba di Malaysia aku sempat bergurau dengan beberapa orang tetamu yang datang menziarah aku di rumah, "agak2 boleh ke aku take over jawatan IMAM or Mufti Selangor jika aku bawak tasbih besar ini semasa temuduga " ?. Masa temuduga tasbih tu aku bukan simpan dalam saku tetapi aku sangkut kat lengan dan bahu aku !. Aku rasa panel penemuduga mesti geleng kepala tengok aku masa tu.....
Mesti ramai yang akan terkejut kalau tasbih ni aku bawak gi surau or masjid..... mesti ada yang cakap mamat ni betul ke tidak or nak menunjuk2.....so akhirnya tasbih besar ini aku simpan sebagai hiasan di rumah dan sesekali aku guna jugak kerana lenguh memegang tasbih ni sebab berat.....yang selesa tasbih yang kecik jugak. (Niat aku masa beli tasbih tu memang untuk simpanan dan hiasan sahaja....tidak ada tujuan lain sekadar berkongsi rasa)