Sunday, October 10, 2010

DUA MINGGU SATU BUAH BUKU

Salam,

Salah satu hikmah yang terbaik aku perolehi semasa berulang-alik naik tren komuter dari UKM, Bangi ke KL Sentral pergi dan balik selama lebih kurang 2 minggu adalah aku berjaya membaca dan menghabiskan satu buku bertajuk, KEMBARA HATI DI TANAH SUCI oleh Ustaz Ghazali Ibrahim ( Adik kepada arwah Ustaz Asri Ibrahim). Mula baca  dalan tren pada 23 September dan sebelah petang 8 Oktober ketika  menghampiri stesen UKM Bangi ,  aku dapatkan habiskan bacaan buku tersebut. Syukurlah. Buku tu aku beli pada 11 Jun 2010 !



Aku hanya membaca jika dapat tempat duduk dan aku selesa membaca dan membaca semasa berdiri jika tren tidak sesak sangat.  Membaca dalam tren satu  merupakan satu pengalaman baru dan aku tak akan lupa.  Kepada yang ingin tahu perasaan buat haji dan lepas haji boleh baca buku ini.  Ini buku kelima pasal haji aku baca termasuk  Dua Buku  iaitu Haji Muda dan Bila Pintu Hati Terbuka , oleh Dr Ridzwan Bakar,  Dua buah Buku Travelog Haji oleh Prof Kamil Ibrahim (Mengubah Sempadan Iman dan Perjalanan Menuju Perubahan)

Walaupun tempoh masa  yang aku amik  agak lewat untuk menghabiskan satu buku,  tapi yang penting koleksi buku yang aku dah baca bertambah satu lagi. Amin

12 comments:

sonata anak kancil said...

buku banyak - tapi tak sempat2 baca...dalam kereta @ apa2 kenderaan saya tak boleh baca buku...fenin !

taj said...

Salam Rosli...

dulu komuter/lrt adalah kenderaan wajib utk bergerak bg taj...dan membaca juga adalah satu pengisian sepjg perjalanan...byk dh buku yg dibeli dan dibaca...
tentu menjadi pengalaman manis buat rosli, sambil menikmati bacaan yg diberkati...insyaAllah...
dan juga sbg training utk haji akan datang...haji akan dtg perjalanan antara mekah>arafah>mina>mudzalifah akan mengunakan tren@monarial...so boleh belajar awal utk bersesak sesak...heheh
insyaAllah dipermudahkan segala hajat anda...amin Ya Rab

KAMATO said...

Membaca dalam tren tidak asing bagi masyarakat japan, kalau kita lihat dlm tren mereka akan baca buku atau tidur, amat jarang yang berborak

mama ju said...

Mama suka tgk orang baca buku dlm LRT.Mama pun suka baca buku kalau keseorangan kat Lrt..

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

jarang2 naik tren
sesekali naik peratikan gelagat orang jerrr

Wassalam

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

Betul tu kekadang ada orang peninbaca dlm keta....apapun selamat mencuba

rosli said...

salam taj,

Tk atas peringatan dan nasihat. Persiapan bersesak dan membaca sgt berguna di masa akan datang

rosli said...

Salam Kamato,

Betul tu, negara maju budaya mereka lain sgt....hope kita dapat meniru yg baik

rosli said...

Salam mamaju,

Betul tu, kalau tak sesak dan dapat tmpt duduk yang selesa memang best klu dapat membaca.

rosli said...

Salam hj Rozali,

Saya pun sama, klu tak dapat mebaca suka perati perangai orang dan menikmati pandangan luar, wpun dah boleh hafal pandangan luar tersebut

Kak Sidah said...

Salam En. Rosli,

Akak pun nak cuba lah naik train balik keje...betul kan setiap kejadian ada hikmahnya..hanya kita yg tak tau..Allah itu maha mengetahui..oleh itu sentiasa berfikiran positive dalam kehidupan.

rosli said...

salam K.Sidah,

Dapat tamatkan satu buku sahaja.....kereta dah nak siap ni