Saturday, October 16, 2010

TERUBAT RINDU......TQVM ALLAH

Salam,

Lebih 3 minggu aku tak tengok kereta aku selama di woksyop,  semalam (15 Oktober) kereta aku siap diperbaiki, tuntutan insuran yang sedikit lama (biasalah  Syarikat insuran bila bab nak buat tuntutan mereka akan cari banyak alasan nak lewatkan bayaran)  dan dah boleh bawak balik rumah ,  dapat bumper baru, lampu baru , plet baru dan radiator baru.....ada yang lama, tetapi rekod kereta ini dah pasti tercalar sebab dah pernah berlanggar dan akan datang kalau nak jual macam2 akan ditanya ,  samada pernah berlanggar atau tidak agar salesman mendapat komisyen lebih.....ini adat dunia permotoran dan permainan penjual dan pembeli kereta....yang pasti chasis kereta aku tidak terjejas.....ada jugak yang tak dapat ganti baru...

Baru keluar dari wsyop Peringgit Auto, Jln Klang Lama

Ada kawan2 yang mencadangkan aku cat semua seluruh kereta dan ada juga yang mencadangkan tukar kereta baru yang lebih besar,  tapi dengan keperluan kewangan yang lebih memerlukan di masa hadapan....tahun ini anak dara aku amik SPM dan yang pasti akan memerlukan lebih banyak duit tahun depan....aku tangguhkan dulu semua keperluan kereta ini.   

Yang pasti kereta 'sexy'  dan cat kereta yang 'sexy' ini aku kekalkan. Tengok gambar. At least boleh buat sipenconteng 'berbangga' dengan hasil kerjanya yang begitu 'indah dan kreatif'. Aku dah maafkan mereka yang terlibat , cuma kena ingat Allah sentiasa perhatikan perbuatan kita.....jadi kalau di masa akan datang jika mereka pulak menerima musibah sebegini maka mereka  kena muhasabah diri....aku juga sudah muhasabah diri.....mungkin masa muda dan zaman kanak2 dulu aku juga pernah begitu agaknya.


Thank you Allah,  aku terima ujian ini dan mematangkan diri aku agar melihat sesuatu peristiwa dengan mata hati.....rasa lega dan seronok  dapat guna semula kereta aku. Amin.

16 comments:

sinomosa said...

Salam Bro Rosli,

Alhamdulillah, adakala kita perlu keluarkan sebahagian harga untuk mendapatkan apa jua yg kita cita-citakan..
Hati memang sakit, namun alhamdulillah jika masih ingatkan Allah hati yg sakit akan menjadi redha w/pun perit maklumlah kita hanya manusia biasa..
Smg budak2 yang melampau dan tidak btggjwb itu diberi ptunjuk oleh Allah..Amin

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

Alhamdulillah
Syukur
Nikmat Allah dikembalikan semula

Wassalam

Atikah said...

Salam En Rosli...

Alhamdulillah... dah kembali cantik kereta tu... :)

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam sdra Rosli,

Alhamdulillah..berkat kesabaran menanti, akhirnya kereta dah pun siap...bersyukur kerana sdra Rosli boleh memaafkan budak2 yang nakal itu...kita sama2 berdoa agar Allah SWT memberikan hidayah kepada mereka agar berubah menjadi manusia yang bertaqwa.

rosli said...

Salam Syima,

Betul tu, saya dpt habiskan bacaan satu buku, pengalaman naik tren, pengalaman jumpa kawan2 baru dalam tren dan pengalaman memandu semula kereta manual...

rosli said...

Salam hj Rozali,

Syukurlah dapat menikmatinya semula dan sya lebih berhati2 bila di simpang2 yg byk kereta

rosli said...

Salam Atikah,

Betul tu, bumper dan lampu baru....cuma sesekali hati berdetik lain rasa kereta ni....kesan psikologi agaknya...sgt bersyukur menikmati semula kereta sendiri

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Tk kasih kerana menyokong dan atas semua nasihat agar bersabar

Unknown said...

salam Akhi Rosli...

seronoknya dah dpt kereta semula...

hubby ummi plak janji nk gi amik semalam , tp entah kenapa dia cakap Isnin nanti ler gi amik .masih tertunggu ler ummi tak sabaq nk tengok kereta semula.

Ayah Zain said...

alhamdulillah, tahniah, akhirnya buah hati pengarang jantung kalbu udah berada dalam dakapan.

rosli said...

Salam Ummi,

Memang seronok dapat kereta semula, cuma kekadang ttu hati berkata2 kalau dengar bunyi2 keta yang dah lama tak dengar, actually ia hanyalah kesan psikologi

rosli said...

Salam AZ,

Hilang rindu dan kena lebih berjaga2....tp juga kekadang fobia bila berada di simpang....kesan yg amik masa akan hilang

Kakzakie Purvit said...

Salam En Rosli,

Alhamdulillah dah siap pun. tapi kesihan juga kakak lihat kereta yang dah lekat dengan lukisan tu...

Pasti ada hikmah yang Allah beri tidak kita ketahui disebaliknya.

Mana tahu dapat bonus berganda nanti bolehlah cat baru....

kak su said...

Salam Rosli

Alhamdulillah...dah dpt balik...tapi ingat ini pinjaman dr Nya.

Tentu banyak kenangansemasa guna angkutan awamkan....

Wslm.

rosli said...

Salam Kakzakie,

Betul tu ,mesti ada hikmah atas apa yang berlaku, Insyallah jik ada bonus berganda saya pasti akan cat yang baru

rosli said...

Salam Kak su,

Betul tu ini pinjaman dari NYA. Kenangan menggunakan kenderaan awam akan saya post tak lama lagi