Friday, October 29, 2010

TREN AWAM MANA YANG LEBIH BEST ?

Salam ,
Kebetulan dalam masa 14  tahun kelima2 tren pengangkutan awam di Malaysia ni aku dah cuba antaranya Komuter ( KTMB), LRT, Putra LRT, ERL dan Monorel. Di bawah ini adalah sekadar pandangan peribadi aku berdasarkan kepada pemerhatian aku sejak tahun 1996 hingga sekarang.

Yang paling laju dan best adalah ERL.....biasa aku naik dari stesen Putrajaya ke KLIA . Lebih kurang 12 minit aku dah sampai KLIA. Mereka ada dua jenis tren ekspress dan transit...

Laju ERL ni.....
Putra LRT aku biasa naik dari KL Sentral ke Kerinci,  dekat dengan ofis aku.....banyak tren, cepat dan effisyen.....memudahkan perjalanan dan banyak stesen yang strategik lokasinya.  Dulu setiap 3 minit ada tren sampai.....dengar citer target mereka setiap 1.5 minit ada tren sampai....best.


Sekarang mereka dah tambah tren dan lebih panjang

LRT  pulak dulu aku selalu naik dari stesen Masjid Jamek ke Bandar Tasik Selatan,  lepas tu tukar tren Komuter.....LRT pun best jugak...tren banyak dan setiap 5 minit mesti ada tren tiba....mungkin skrg lebih kerap lagi.....dah lama tak naik tren ini. ( Tak ada gambar)

Monorel aku pernah guna dua kali.....dari KL Sentral ke stesen Bukit Bintang urusan Maybank aku di Bangunan Yayasan Selangor.  Kelemahan nyata,  stesennya di KL Sentral agak jauh dari Bangunan KL Sentral kena berjalan lebih kurang 600 meter....tak pasti kenapa jadi begini
( tak ada gambar) . Bagusnya tren ini dia merentas tengah2 bandaraya KL.

KOMUTER KTMB- tren yang paling kerap dan banyak kali aku guna,  ni  pilihan aku wpun banyak kekurangan Komuter ni..tetapi jasa perkhidmatannya aku tak pernah lupa.  Banyak sebab kenapa Komuter selalu lewat,  pertama mereka berkongsi rel keretapi dengan banyak perkhidmatan KTMB.....Aku sangat yakin dengan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya , Dato Dr Aminuddin boleh meningkatkan mutu perkhidmatan mereka ....faktor masa dan ketika sahaja.....teringin nak cuba tren ke Ipoh pergi dan balik....2 jam lebih sikit dah sampai Ipoh....



Sekadar berkongsi pengalaman aku guna beberapa perkhidmatan tren luar negara.  Di luar negara pulak  pada tahun 1994 pernah cuba Underground di London, tahun 1995 guna tram di Melbourne dan tren laju dari Melbourne ke Monash,  tahun 1996 MRT di Singapura dan tahun 1999 tren laju dari airport Schiphol Amsterdam ke Central Station, Amsterdam ( sama macam dari KLIA ke KL Sentral). 

Hampir kesemua mereka menggunakan sistem bersepadu dan menggunakan satu tiket untuk ke mana2 dan biasanya hujung minggu  zon perjalanan mereka diperluaskan tanpa membayar kos tambahan ....macam yang CR cakap tu. Sistem mereka cekap dan effisyen sangat terutama Underground di London.  Bawak jer duit banyak2 sbb tambang mereka jika kita convert pada duit mereka memang mahal.....

Kepada pembaca  boleh kongsi pengalaman tuan/puan menggunakan tren di mana anda berada  sekarang,  mana tau kita boleh bagi cadangan kepada kerajaan kita untuk perbaiki lagi mutu perkhidmatan tren kita .

4 comments:

sonata anak kancil said...

no comment @ wait & see for the ERL/LRT in my state...he3x

rosli said...

Salam Hjh,

Tren tepi sungai Melaka dah cuba ker? Saya nak cuba pun seriau.....ada kontroversi hari tu....hope YAB Ketua Menteri, Dato Seri Ali Rustam bagi jaminan ianya benar2 selamat.

rezeki said...

salam rosli

psl kita kan juga konsep malaysia boleh hehehehehe

sepatutnya kita belajar dari negara maju bab2 pengangkutan awam ni

rosli said...

Salam CR,

Saya harap sgt semua tren dlm Msia ni bergabung dan jadi satu syarikat yg besar.....akan memudahkan rakyat dan pelancong