Salam,
Khamis , 23 September bermulalah episod aku naik tren komuter dari stesen UKM hingga KL Sentral. Dari KL Sentral aku naik tren Putra LRT hingga stesen Kerinci.
Walaupun lebih kurang 3 minggu aku naik tren, banyak jugak pengalaman aku perolehi, sebelah pagi tren Komuter agak sesak bila tiba di stesen Kajang dan Serdang.....bila tiba KL Sentral lebih kurang separuh orang turun dari tren, masa tu aku fresh lagi, bau pun wangi lagi.
Bergegas terus ke stesen Putra LRT, tren kat sini banyak dan jarak masa lebih kurang 1 hingga 3 minit mesti ada tren ....masih fresh lagi....bau pun wangi lagi. Hehehe....
Sebelah petang semasa nak balik rumah memang satu waktu yang amat kritikal terutama untuk naik tren Komuter KTMBdari KL Sentral ke UKM, orang mulai ramai, biasanya aku target tren jam 6.47 petang atau sebelum itu. Berebut dan bila masuk tren mesti padat......Masa ni kita boleh cium bau macam2....masam ada , pahit ada, tengik ada dan bau ketiak antarabangsa pun ada.
Tahun 1996 hingga 1997 yang ramai orang Malaysia yang berulang alik guna tren ini, tapi sekarang boleh jumpa Indonesia, India , Bangladesh, Myanmar, Nepal, Vietnam, Siam, Iran, Iraq, Nigeria, Ghana, Guinea, Inggeris, Bosnia, Chec republik dan banyak lagi. Macam2 bau ada. Bau aku pun ada sekali.......sebab tu kalau ada peluang elok kawan2 cuba tren ni.
!5 Oktober 2010 kereta aku dah siap, so dah tak naik tren lagi........pengalaman selama 3 minggu lalu sangat berharga, jumpa kawan2 baru dan ada yang siap tanya buku yang aku baca.....Kembara Hati di Tanah Suci tu.....rupa2nya dia memerhati kandungan buku tersebut.
Tren baru tiba dari Seremban
Selesa jugak stesen UKM ni
Tren dah mula penuh dari UKM
Bergegas terus ke stesen Putra LRT, tren kat sini banyak dan jarak masa lebih kurang 1 hingga 3 minit mesti ada tren ....masih fresh lagi....bau pun wangi lagi. Hehehe....
Amat selesa di KL Sentral, bawakkan duit ajer
Luas dan selesa stesen ni...
Ni dalam tren Putra LRT....masih lapang lagi
Tren KTMB masih belum tiba...
lewat 15 minit masa tu
!5 Oktober 2010 kereta aku dah siap, so dah tak naik tren lagi........pengalaman selama 3 minggu lalu sangat berharga, jumpa kawan2 baru dan ada yang siap tanya buku yang aku baca.....Kembara Hati di Tanah Suci tu.....rupa2nya dia memerhati kandungan buku tersebut.
8 comments:
Salam Rosli...
perggghhhhh...tak leh lupa kenangan bau ketiak antarabangsa...nak muntah dibueknya, berpinau biji mato...
itulah kenangan lebih 1o tahun naik komuter n lrt...
salam rosli
hehehe
mesti piaw bau ketiak international tu kan hahaha
manakan tidak , negara kita iklim khatulistiwa , kelembapan tinggi
kalau negara iklim sejuk tak bau ketiak hehehe
cuma satu je yg pada pandangan ku negara kita kena belajar dgn negara lebih maju dalam tren atau lrt atau sewaktu dengannya
negara spt Hong Kong , Singapore , England dll , hanya sebuah sahaja pengendali tren or mrt or lrt ni dan biasanya pihak kerajaan sendiri , jadi di sana mmg cukup efektif sekali pengangkutan ni . Tu sebab dia boleh intergrated dan menghubungkan kesemua tempat
tempat kita banyak sangat operatornya , jadi masing2 ada polisi dan cara masing2 berbanding di tempat yg saya sebutkan tadi, dengan 1 tiket je boleh menggunakan kemudahan tersebut
Assalammulaikom wtb tuan,
Selamat Pagi. Selalu baca blog tuan, tapi tak sempat nak coment. seronok cerita kereta, pelam @ mangga, buku, tren dan perjalanan tuan.
Ana pernah naik tren sekitar tahun 2003. Waktu hbs sekolah. Tetapi bukan selalu naik. Sebab nak merasa sahaja. Maklumla org selatan tak ada LRT, MRT dan Komuter KTM.
Situasi yang tuan cerita tu, bukan setakat didalam tren sahaja. Dikawasan luar juga sama. Termaksuklah Masjid, Marked dan Kedai-kedai makan.
Now kereta merah sudah keluar, tak naik Tren lagi. Allhamdullah.
Wasalam
Salam En Rosli,
Uwaa..sy pun ada isu yg sama..
Dah ler padat berhimpit, pastu bau ketiak antarabangsa..umangaii hanya Allah je yg tau time tuh..serba salah rasanya..haha..
Memang kenangan tul, itu belum lagi kes ambik kesempatan huhu..erkkk aiyarkk geli sy..
Salam TAj,
Semua tu kenangan manis.....hehehe
salam CR,
Betul tu.....sepatutnya kerajaan sepadukan mereka jadi satu....next entri saya share pengalaman semua tren di Msia dan luar negara
Salam MI,
Next time bila datang KL lagi cubalah semua tren tu.....cari pengalaman baru
Salam syima,
Betul tu.....peluh mercik.....ketiak berpeluh dan paling sakit hati ada yang buat perangai dan amik kesempatan....macam2 lagi....
Post a Comment