Salam,
Dari hari Ahad , 3 Oktober hingga 5 Oktober aku berada di Penang atas tugas rasmi OSH. Naik ERL ke KLIA dan flight ke Penang jam 6.30 petang dan selamat mendarat di Penang Airport lebih kurang jam 7.30 malam, perut terasa lapar dan berkeroncong . Beberapa kawan aku memang 'hantu' nasi kandar, rakan di Penang terus bawak kami ke gerai 'Line Clear', kari ayam dan nasi dia memang 'terangkat'....sedap. Tapi aku tak snap gambar pun terlupa dan sebab terlalu lapaq kot...hehe...( kena slang Penang sikit nooooo)
Laju tren ni, dari Putrajaya ke KLIA
terasa sekejap sangat
Hari kedua sibuk bekerja dan tidak keluar hotel pun, makan minum disediakan di Hotel Vistana , Bayan Baru. Tempat selesa pemandangan pun cantik.
Dari bilik aku boleh nampak Hotel Equatorial,
Bkt Jambul dan Kelab golfnya sekali...
Hari ketiga (5 Okt) geng2 yang 'hantu' nasi kandar mencadangkan pulak ke Restoran Tajuddin di Leboh Queen . Makan ayam goreng , Kari ayam ros, Kari Ayam Piru( Ayam Belanda) dan Kari Angsa.....hehehe....lembut dagingnya.......perghhhhhh. Terlupa lagi nak snap gambar...dapat snap tulang angsa ajer....refer gambar di bawah..
Ni buktinya....
Semua bangsa makan dalam restoran ni...
Briyani Angsa dan Briyani Ayam Piru
( Ayam Belanda) memang best
Sori arrrr, baru teringat nak snap gambar...
dah tinggal tulang angsa saja...hehehe
Sempat singgah Farmasi Naina....harga barang2 lebih murah berbanding harga sales di KL....pelik tapi benar. Lepas tu singgah pulak kat Penang Street....macam2 jeruk ada.....tak snap gambar kedai....terlupa lagi....
Murah harga barang....aku tak amik komisyen tau.
Jalan sentiasa sibuk
2 comments:
murah - murah la...kang kena expired? baru tahu....nanti nak mai gak ke Penang ni...dulu belajar kawasan Minden !
Salam Hjh,
So far dah semak semalam masa beli....expired 2012 dan 2013.....pasal jauh tu yg betul semak tu....takut jugak kalau2 salah tarikh.....so far ok.
Oh mesti bestkan belajar kat kampus tercantik di Msia.....dari pejabat Bednahari boleh tengok Jambatan Penang....csntik view dari situ
Post a Comment