Monday, April 25, 2011

KERENAH PEMANDU PERLAHAN DAN LEMBAB- part 2

As Salam,

Dah 18 tahun aku berulang alik dari Bandar Baru Bangi  ke Bangsar , KL menggunakan lebuhraya PLUS. Biasanya jam 6.45 atau 6.50 pagi sudah berada di lebuhraya ni,  jalan masa ni dah mula sibuk dan penuh dengan kenderaan yang datang dari arah selatan ( Johor, Melaka, Seremban, Bukit Makkota, Bandar Putra, Bandar Baru Bangi, Kajang dan Serdang menuju ke KL.....( aku dah hilang sabar dan menulis dalam blog salah satu cara aku nak releasekan tension dan stress)

Lebih 18 tahun aku bersabar dengan kerenah pemandu lembab dan suka berada di lorong paling kanan....kalau tak percaya cuba ikut jalan raya ni.....mereka macam kura2 seperti gambar di bawah.  Entah kenapa mereka lembab,  aku selalu terfikir mungkin mereka memang jenis slow rock, kereta bercc kecik( masalahnya kereta bercc besar pun  slow rock) mereka rabun sebab keadaan masih gelap atau mereka jenis yang suka2 lepak kat lorong sebelah kanan atau jugak mereka baru mendapat lesen P. Apa barang kalau 90 KM sejam mereka memandu 70 KM sejam !.  Biarlah kami yang nak laju dan cepat  ni tanggung risiko nak kena saman ker,  nak bawak laju ker...dan apa2 lagi..tempat kerja kami jauh lagi.... Bagi aku pulak camana laju pun keselamatan mesti utamakan, jarak kereta di depan aku sentiasa dalam keadaan selamat.....90 km sejam lorong tengah,  kalau nak laju tekan ajer 130 or 140 km sejam....aku tak berapa berani kecuali terpaksa semasa memotong....



Seingat aku tahun 1986 masa mula2 aku belajar driving dulu....buku rujukan JPJ ada cakap,  kalau memandu perlahan mesti guna lorong yang paling kiri dan setiap 45 saat mesti guna cermin untuk melihat kenderaan di belakang kita.....kalau kita memandu perlahan, terus bagi signal dan elok berada di laluan perlahan....JANGANLAH DOK KAT LORONG KANAN, TOLONGLAH....

Entah kenapa mereka ni begitu degil aku pun tak faham dengan sikap segelintir mereka...ada yang dah kena hon dan di bagi lampu tinggi pun masih tidak faham2 dan masih berdegil untuk kekal di lorong kanan. Samada mereka pekak atau buat2 pekak atau memang jenis keras kepala.  Camanalah mereka ni dulu boleh lulus dengan ujian JPJ....Lesen kedai kopi ker ? ( Lesen kopi kata kata orang2 tahun 70an)

Aku biasanya amik pendekatan pertama,  bagi lampu tinggi...kalau silembab/ si kura2 ni masih berdegil ,  biasa aku akan amik lorong tengah atau kiri sekali dan terus memotong....malas nak layan.....bukan berlagak tapi malas nak buat dosa menyumpah pemandu sebegini.....aku cuma nak pastikan aku selamat sampai ke pejabat dan kurang membuat dosa menyumpah pemandu yang tidak sedar diri ini. ( Aku selalu berdoa , "Ya Allah kau lindungilah aku bila aku dah tua dan tidak memandu lembab begini")

Bagi si kura2 elok baca semula buku panduan JPJ....semua peraturan dan arahan JPJ memang nak permudahkan semua orang.  Bagi pemandu baru berlesen P, jangan diikut gelagat kami yang nak laju ni.....tempat kerja kami jauh lagi.....

Tunggu lepas ni kerenah pemandu laju dan kaki 'cocok' dan tak reti bahasa....yang ni lagi ganas....lebih mudah digelar pembuli jalanraya....

4 comments:

KAMATO said...

inila masalah pemandu negara kita, saya pun sama kalau dah ikut rapat pun tak mau ke tepi, saya akan potong kiri dan masuk mengejut depan dia, harap lain kali dia sedar jgn pandu macam kura kat lorong kanan

rosli said...

Kamato,

Kekadang mmg geram, ada jugak terniat buat gitu...tp bila dh byk umur ni, terasa malas pulak.

Kura2 makin byk di jalanraya skrg...

ysa said...

Salam,
Byk masalah bila tidak memandu dilorong yang sepatutnya. Semua naik darah masa nak pergi dan balik kerja.
Di Highway hadlaju kenderaan adalah 110km/j sementara di expressway cuma 90km/j. Jadi kalau dah drive 110/120 kmj dilane paling kanan patutkah dia pelik kalau orang masih flash highbeam?.Mungkin nanti Plus boleh naiktaraf hiway kita jadi macm Autobahn Hiway. Ha ha .Be cool Bro.

rosli said...

Ysa,

Betul tu, kita elok cadang pada plus.....saya akan jawab ni dlm next entri....