Thursday, April 21, 2011

OSHE - ALAT PEMADAM API DI RUMAH, PEJABAT DAN KERETA

As Salam,

Aku tidak akan menerangkan secara terperinci kandungan alat pemadam api ini dalam blog aku. Sekadar menerangkan kepentingan, di mana alat ini perlu diletak dan jangan salah guna alat ini.  Cuma pastikan alat ini tidak diletak atas lantai kerana alat pemadam ini akan berkurang fungsi dan tekanannnya. 

Contoh yang baik, disangkut di tepi dinding dan 
ada pengesahan tarikh untuk servis akan datang

Kalau boleh dalam rumah kena ada satu alat pemadam api ini, sangkut kat porch kereta atau tepi dinding pintu masuk rumah atau di dapur.

Bagi yang berkereta memang digalakkan membeli alat pemadam api yang kecik sekali lebih kurang antara RM 70-90 sebiji,  simpan dalam bonet kereta dan biasanya boleh tahan selama 4 tahun, cuma kena pastikan suhu bonet kereta tidak melebehi 46 darjah Celcius.

Lagi satu perkara yang biasa staff di pejabat buat adalah menjadikan alat pemadam api ini sebagai penyendal pintu masuk  pejabat atau pintu kecemasan.....ini amalan yang salah dan tidak patut diamalkan dan boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain. Sama-sama kita buat teguran dan pastikan keselamatan samada di rumah atau di tempat kerja.

 Tempat yang salah, jangan letak atas karpet atau lantai

Lagi perlakuan salah,  buat sendal pintu

Ni betul2 di salah guna oleh cleaner

Kita sama2 pastikan alat pemadam api ini tidak di salah guna,  mesti diservis setiap tahun dan pastikan ianya di tempatkan di tempat yang betul dan selamat.


4 comments:

Ayah Zain said...

alat pemadam api atas lantai dan jadi penyendal pintu .......... macam biasa benau az lihat

ainhany said...

salam TH Rosli,

info keselamatan yg menarik cuma kita alpa bila jarang2 digunakan..

Apa pandangan TH,alat keselamatan yang diletak kat kereta tu sesuai tak digunakan di Malaysia dgn cuaca yag tak menentu kepanasannya nie?

Terima kasih...sama2 mnjadi individu prihatin

rosli said...

Hj AZ,

Byk kes di pejabat guna alat pemadam api buat sendal pintu, tolonglah tegur mereka dan alihkan...risiko sangat tinggi

rosli said...

Ainhany,

Actually pihak BOMBA dah buat kajian dan alat pemadam api boleh letak dalam bonet kereta, cuaca di Msia paling panas pun 37 darjah Celcius , had maksima 46 darjah celcius